Followers

Monday 20 March 2017

Assalamulaikum warahmatullah dan selamat bercuti semua......
ustazah tahu dalam cuti sebenarnya anak-anak sibuk dengan kerja kursus semester ii kan. kerja kursus memang wajib disiapkan cepat-cepat, kalau tidak anak-anak tidak menpunyai cukup masa untuk ulangkaji pengajian semester ini, yang mungkin boleh menyebabkan keputusan anak-anak merosot sedikit atau mungkin kalau terleka akan lebih teruk. jadi gunakan masa cuti ini sesempurna mungkin ,contohnya pada sianghari siapkan kerja kursus ,pada malamnya buat ulangkaji pelajaran.
 
mengurus tentang ulangkaji ini ustazah nak ingatkan tajuk-tajuk penting bagi semester ke-dua ini adalah :
           1. bahagian usul fiqh - al-sunnah
                                             - al-maslahah
                                             - sadd al-zhara'ih
                                             - taklid dan talfiq
 
           2.bahagian Qawaid fiqh - al-umur bimaqosidiha
                                                  - al-yakin la yuzalu bisyakk
                                                  - al-dharar yuzal
 
semua tajuk-tajuk ini anak perlu kuasai betul-betul, maksudnya soalan datang dalam bentuk apa sekali pun anak-anak boleh jawab itu maksud menguasai topik. tapi ingat...... tajuk-tajuk lain juga anak-anak perlu baca dan faham juga.
 
disamping itu anak-anak perlu jawab dan siapkan latihan yang ustazah beri sebagai latihan masa cuti ini.......jangan lupee. akhir sekali sebagai pesanan juga dari ustazah rajin-rajin lah tolong ibu bapa dirumah dan jangan tinggal solat, semoga kita semua mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat....amin.
 
wassalam,

Wednesday 15 March 2017

Assalamualaikum wa rahmatullah......selamat bersuai kembali di alamaya , sudah sekian lama ustazah tidak berceloteh dengan anak-anak pelajar pra-u  yang mungkin sekali sekala terjumpa blog ustazah ini. Insya Allah jika diizinkan Allah ustazah akan cuba memberi beberapa perkembangan pengajian semester ii ini bersama anak-anak pelajar. kita doakan bersama-sama semoga ustzah diberi kelapangan itu....amiiin Ya Allah.

Entah mengapa petang hari ini, setelah selesai LDP  SKPMg2 di sekolah  ustazah teringat pula dengan blog ini yang sudah lama ustazah tinggalkan kerana beberapa kekangan yang tidak dapat dielak. Terasa bersalah pula kepada  anak bangsa sendiri kerana tidak dapat membantu secara tidak langsung terhadap kejayaan anak-anak sekalian.

Ustazah tahu blog ustazah ni bukannya bagus sangat untuk rujukan anak-anak tetapi rasanya terlepas sedikit beban di bahu ustazah bila dapat membantu kalian. Semoga dengan sedikit usaha ini sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anak-anak untuk berusaha dengan lebih tekun lagi, Insya Allah. sekian,

Wassalam.

Wednesday 30 September 2015

Assamualaikum ......
ustazah mohon maaf banyak-banyak sebab telah lama tidak kemaskini maklumat di blog ini......, hari ini ustazah ingin berkongsi dengan semua pelajar STPM sem.3 berkaitan dengan tajuk-tajuk yang boleh kamu beri perhatian dan penekanan yang lebih mendalam lagi, semoga tajuk ini dapat memudahkan kamu semua untuk mengadapi peperiksaan November ini....amin.......Walau bagaimana pun tajuk-tajuk lain juga kamu perlu memahaminya dengan baik.


TAJUK HADIS & AYAT AHKAM YANG PERLU DIBERI PENEKANAN 2015

HADIS AHKAM
BIL
TAJUK
CATATAN
     1
SAHAM AKHIRAT/7 AMAL JARIAH

2
MUFLIS HAKIKI / AHDIS RIWAYAT MUSLIM

3
KESAYANGAN DAN KEBENCIAN ALLAH /RIWAYAT TIRMIZI

4
DUA AMALAN DICATAT/ SYUKUR DAN SABAR

5
JUJUR DALAM PERNIAGAAN/JUAL BELI YANG DILARANG

6
HALAL DAN HARAM ADALA NYATA/ RIWAYAT BUKHARI


AYAT AHKAM 2015

BIL
TAJUK
CATATAN
     1
SIFAT IBA DAR-RAMAN   (AL-FURQON : 63-68)

2
KERUKUNAN RUMAHTANGGA      (NISA’: 34-35)

     3
KONSEP AMAR MAKRUF               (IMRAN:103-105)

4
KONSEP JIHAD             (AL-HAJJ :77-78)

5
KEWAJIPAN MENURUT PERINTAH  (NAHLU: 90-92)

Wednesday 27 May 2015

Tajuk-tajuk yang perlu buat kajian masa cuti semester:
A . Ayat Ahkam:
      Sifat Mukmin sejati (Al-furqan : 63-68)
      Konsep Amar Makruf ( Al-imran :103-105)
      Merialisasikan Umat Contoh (al-hajj : 77-78)
      Kewajipan menurut Perintah (al-nisa : 58-60)
      Kewajipan Pemerintah (al-Nahl :90-92)

B.  Hadis Ahkam:
      Saham Akhirat (Riwayat Ibnu Majjah)
      Muflis HAkiki (Riwayat Muslim)
      Kesayangan dan kebencian Allah ( Riwayat Tirmizi)
      Dua Amalan Dicatat (Tirmimizi)
      Halal dan Haram Adalah Nyata
   
Hadis Ahkam:
1)

Terjemahannya : sabda Rasulullah saw: Antara perkara yang menyertai (manfaat) seseorang mukmin setelah dia meninggal dunia dari amalan dan kebaikannya(di dunia): ilmu yang diajar dan disebarkan, anak-anak soleh yang ditinggalkan, mashaf yang diwaris atau masjid yang dibinanya atau rumah penginapan untuk orang musafir, atau suangai sungai yang dialirkan airnya atau sedekah yang dikeluarkan dari hartanya di waktu sihat dan hidupnya...kesemuanya menyertainya setelah dia meninggal dunia. (Riwayat Ibnu Majah)

2) 






Wednesday 7 January 2015

STPM 2014, SYARIAH ULANGAN KERTAS 2 PENGGAL2

                                                    Bahagian A : Usul Fikah (40 markah)

1(a) (i) Dengan memberikan dalil,berikan pengertian ijmak.  [2]
       (ii) Terangkan jenis ijmak.                                                [4]
  (b) Jelaskan pandangan ulama tentang kehujahan satu daripada jenis ijmak tersebut.   [6]
  (c) Bincangkan pandngan ulama tentang sandaran ijmak sebagai sumber hukum.        [8]

2(a) Dengan memberikan dalil,terangkan pengertian istihsan.  [3]
  (b) Dengan memberikan contoh,jelaskan empat bahagian istihsan.         [8]
  (c) Bincangkan pandangan ulama usul fiqh tentang kedudukan istihsan dalam perundangan Islam.
                                                                                                                                  [9]

3(a) Berikan pengertian taqlid dan terangkan hukum bertaqlid dalam masalah fiqh.   [6]
  (b) Jelaskan pengertian talfiq dan hukumnya menurut pandangan Islam.              [6]
  (c) Berdasarkan kaedah taqlid dan talfiq,bincangkan pandangan ulama tentang pembayaran zakat  
       fitrah dengan wang.                                                                                           [8]

                                              Bahagian B : Kaedah Fiqh [40 markah]

4(a) Terangkan maksud kaedah al-Umur bi Maqasidiha beserta dalil.                [6]
  (b) Jelaskan peranan niat, masa perlu niat, dan mengapakah sesetengah amalan tidak perlu kepada
        niat?                                                                                                               [8]
  (c) " Seorang pelajar bersumpah bahawa dia tidak akan bermain bola, tetapi dia berniat untuk bermain bola keranjang, kemudian dia bermain bola sepak apabila diajak oleh kawan-kawannya. " Dengan menggunakan kaedaah terbitan daripada kaedah al-Umur bi Maqasidiha, huraikan hukum bagi masalah tersebut.                                                                                          [6]
Assamualaikum........ Selamat menyambut Tahun baru 2015 ustazah ucapkan kepada semua pelajar Pra U  semester 2  SMKA SHOAW tahun 2015,semoga kalian semua sudah bersedia dan bersemangat untuk menghadapi semester baru ini kerana ianya lebih mencabar lagi berbanding dengan semester satu lepas..........tapi ustazah percaya ramai dikalangan anda  yang telah bersedia dengan nota-nota "segala" tahniah kepada mereka ini,  ustazah bangga dengan anda semua......

Ustazah harap dalam kita bersenang-senang di negeri Sarawak ini jangan kita lupa dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di negeri-negeri yang ditimpa banjir yang dasyat itu.......sama-sama kita doakan semoga mereka dapat menghadapi pelajaran pada semester 2 ini dengan sabar dan tabah.....aamin....

Ustazh akan memaparkan beberapa tajuk yang boleh dicadang bagi KPS (Syariah) 2015 berdasarkan tiga tema yang telah ditetapkan oleh pihak MPM, anda semua boleh pilih mana-mana tajuk kemudian  bincang dengan saya atau ustaz Ishak untuk tindakan selanjutnya.


CADANGAN TAJUK KPS SYARIAH  (930/4) 2015
TEMA 1: JUAL BELI
1.       ANALISIS AMALAN KHIYAR ..(AIB/ MAJLIS/SYARAT DALAM JUAL BELI DI........( NAMA TEMPAT)...............
2.       KAEDAH JUAL BELI EMAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
3.       KONSEP BBA MENURUT PANDANGAN FUQAHA DAN PELAKSANAANNYA DALAM PRODUK KEWANGAN MASA KINI.
4.       PERBANDINGAN ANTARA BAY’ SALAM DENGAN BAY’ ISTISNA MENURUT FUQAHA.
5.       KEDUDUKAN JUAL BELI SECARA ATAS TALIAN MENURUT MUAMALAT ISLAM.
6.       KEFAHAMAN... MASYARAKAT/ GOLONGAN/ PELAJAR...TERHADAP JUAL BELI SALAM DI.....................
7.       BAY’ MU’ATAH  DAN  AMALANNYA DI..........................
8.       KONSEP BAY’ INAH MENURUT PANDANGAN FUQAHA DAN PELAKSANAANNYA DALAM PRODUK KEWANGAN MASA KINI.
9.       BAY’ URBUN MENURUT PANDANGAN FUQAHA DAN AMALANNYA MASA KINI.
10.   JUAL BELI YANG SAH TETAPI HARAM DALAM AKTIVITI PERNIAGAAN MASA KINI.

TEMA 2: TALAK
1.       TALAK MELALUI ALAT KOMUNIKASI  ELEKTRONIK MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
2.       KEFAHAMAN TENTANG TALAK DALAM KALANGAN......................DI..............................
3.       FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KES PERCERAIAN DALAM MASYARAKAT DI...........................
4.       PERANAN....INSTITUSI AGAMA/ JABATAN AGAMA/ MAHKAMAH....DALAM MENANGANI MASALAH PERCERAIAN DI........................
5.       KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG PERCERAIAN MELALUI ...FASAKH/KHULUK/ TA’LIK DI..........................
6.       KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN. SATU KAJIAN DI...........................
7.       PERCERAIAN DI LUAR MAHKAMAH. SATU KAJIAN DI..................................
8.       BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM PROSES PERCERAIAN. SATU KAJIAN DI......................
9.       ALASAN FASAKH MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI..............................
10.   PROSEDUR PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH ............................
TEMA 3: QISAS
1.       HALANGAN DALAM PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
2.       HALANGAN DALAM PELAKSANAAN QISAS DI MALAYSIA.
3.       HUKUMAM MATI DALAM KANUN KESEKSAAN MALAYSIA DAN HUKUMAN QISAS DALAM ISLAM. SATU PERBANDINGAN.
4.       KEFAHAMAN MASYARAKAT DI............................TERHADAP HUKUMAN QISAS.
5.       KAEDAH SABITAN PEMBUNUHAN DALAM QISAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
6.       KAEDAH SABITAN MENCEDERAKAN ANGGOTA DALAM QISAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
7.       MAQASID AS-SYAREIYYAH DALAM HUKUMAN QISAS.
8.       ANALISIS NAS-NAS AL-QURAN DAN HADIS YANG BERKAITAN HUKUMAN QISAS.
9.       HAK WARIS MANGSA DALAM PENENTUAN HUKUMAN QISAS.

10.   KONSEP KEMAAFAN DALAM QISAS DAN HIKMAHNYA MENURUT PANDANGAN ISLAM.



Thursday 20 November 2014

                                  TAJUK YANG DIJANGKA MASUK ULANGAN 2 (2014)

BAHAGIAN A


  1. PENGENALAN USUL FIKAH
  2. AL-IJMAK      2014
  3. AL-QIYAS
  4. AL-ISTIHSAN      2014
  5. TAQLID DAN TALFIQ    2014
BAHAGIAN B

  1. PENGENALAN KAEDAH FIKAH 
  2. AL-DHARAR YUZAL     2014
  3. AL-MASYAQQAH TAJLIBU TAISIR  
  4. AL-ADAH MUHAKAMAH