Followers

Tuesday 19 November 2013

Soalan syariah Penggal 1 2013 :
Bahagian A : Muamalat dan Munakahat

Jawab dua soalan sahaja.
1.  (a) Berikan pengertian riba dan kemukakan dalil mengenainya. [4]
     (b) Berikan maksud riba hutang,dan jelaskan dua jenis riba hutang beserta contoh. [10]
     (c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi kes berikut :
             (i) A telah membuka akaun simpanan di salah sebuah bank yang telah menetapkan bahawa kadar keuntungan ialah sebanyak 5 peratus setiap tahun.  [3]
             (ii) B telah menyimpan sebanyak RM1000.00 di sebuah bank tanpa menetapkan sebarang keuntungan.Namun begitu,setelah genap setahun B mendapati bahawa simpanannya telah bertambah sebanyak RM1100.00.   [3]

2. (a) Terangkan tiga keadaan yang memerlukan wali hakim.  [6]
    (b)  Jelaskan empat syarat yang membolehkan seorang bapa memaksa anaknya berkahwin. [8]
    (c)  Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran  untuk kes yang berikut :
           (i)  Seorang perempuan berkahwin dengan berwalikan wali hakim di luar mukim yang jaraknya 45 km dari kediaman bapanya.      [3]
           (ii) Seorang perempuan berkahwin di Narathiwat,Thailand tanpa kebenaran bapanya. [3]

3. (a) Berikan pengertian iddah dan dua hikmah pensyariatannya.  [6]
    (b) Jelaskan empat hak yang diberikan kepada seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. [8 ]
   (c) Dengan memberikan alasan,huraikan hukum bagi kes berikut :
        (i) D yang baru setengah jam bergelar isteri telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu sebaik sahaja diberitahu bahawa isterinya pernah bersekedudukan dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka. [3]
       (ii) E meninggal dunia di majlis perkahwinannya dengan isteri kedua dandisaksikan oleh iseri pertama. [3].

Bahagian B : Mirath dan Jenayah

4  (a) Dengan memberikan contoh,terangkan jenis al-hajbu.            [6]
    (b) Jelaskan tiga perbezaan antara al-hajbu dengan al-man'u       [6]
    ( c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut :
          (i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri,bapa dan dua orang anak perempuan. [ 4]
                (ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami,ibu kepada ibu(nenek sebelah ibu),dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa. [ 4]

5. (a) Dengan memberikan dalil,terangkan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman qisas. [5]
    (b) Qisas merupakan suatu hak yang boleh diwarisi.Bincangkan pendapat ulamak tentang pelaksanaan hukuman qisas.
     (c) F telah menumbuk G kerana mencuri kasutnya.Tiba-tiba,G rebah dan disahkan meninggal dunia.
Huraikan keslahan jenayah dan jenis diyat bagi kes di atas. [ 6 ]

6  ( a) Terangkan syarat pelaksanaan hukuman terhadap jenayah riddah. [9]
  ( b) H meminta J menjaga lad ATMnya ketika dia menyertai satu ekspidisi ke Gunung Kinabalu. J mengetahui nombor pin kad tersebut keran dia pernah diberitahu oleh H. J telah mengambil sejumlah wang daripada kauan H tanpa pengetahuannya dengan untuk mencuri.
       Jelaskan hukum dan alasan bagi kes diatas.  [ 5 ]
    ( c) Huraikan perkaitan antara matlamat pensyriatan hudud dengan daruririyat al-khamsah  [6].

Monday 11 November 2013

Adat dijadikan sebagai hakim

Bermaksud adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. Berdasarkan hadis:
ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ,و ما راه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح
(Apa yang dinilai oleh orang muslim itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan Apa yang dinilai oleh orang muslim itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah.)
Adat
-          Bahasa ialah Perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat.
-          Istilah ialah  Perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang  tanpa ada kaitan disegi akal.
-          Uruf perkataan seperti MAKANAN digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan.
-          Uruf perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti Mas Kahwin dibayar kepada perempuan sebelum disetubuhi  atau mata wang di Malaysia digunakan RM atau ringgit.
-          Uruf Am ialah perkara yang dikenali di seluruh negara Islam seperti perkataan Nazar wajib ditunaikan sekiranya yang dinazar itu harus atau sunat.
  Uruf Khas ialah perkara yang dikenali di sebahagian negara Islam sahaja seperti di Malaysia menanggal kasut sewaktu masuk rumah.
Kehujahan
-          Syarak memandang uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam. Atau menjadikan adat itu segai hakim dalam pembentukan undang-undang.

Kesukaran itu membawa kemudahan

Kaedah ini bermaksud sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah allah itu maka perintah itu diringankan.
Berdasarkan Dalil :-
يريد الله بكم اليسر ول يريد بكم العسر
)(Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.)
-          Islam membawa konsep kemudahan dan keringanan.
-          Tuntutan Taklif tidak dikira Musyaqqah kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah satu keperluan.
-          Tidak semua perkara diberi rukshah hanya perkara tertentu sahaja. 
-          Sekiranya semua perkara diberi rukshah  sedah tentu hidup tidak akan sempurna

Sebab-Sebab Rukshah

  1. Musafir. Boleh qasar @ Jama’ solat.
  2. Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.
  3. Terpaksa. Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan  memakan perkara yang diharamkan.
  4. Terlupa. Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.
  5. Kejahilan. Kejahilan dimaafkan.
  6. Umum al-Balwa. (Tidak dapat Dielakkan) Air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari hujan dimaafkan.
  7. Kekurangan. Kanak-kanak dan permpuan tidak wajib jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.

  8. Pecahan Kaedah

    1. Kesulitan harus dihapuskan menurut syarak.
    -          Mencari arah Kiblat tidak perlu Yakin tetapi cukup dengan Zhan.
    1. Apabila sesuatu urusan itu sempit maka lapangkanlah.
    -          Saksi wanita boleh diterima apabila lelaki tidak mengetahuinya seperti melihat 
    kecacatan pada wanita.




Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan
Bermaksud: Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku ataupun tidak, maka keraguan yang datang selepasnya tidak diambil kira.
(Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang datang selepas itu tidak diambilkira.)

Pecahan Kaedah


1.Kekal sesuatu itu mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya.
-          Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka ia dikira masih suci.
-          Berbuka puasa tanpa berijtihad, lalu syak samada matahari terbenam atau belum, maka batal puasanya kerana asalnya matahari itu belum tenggelam.
2. Asal sesuatu itu tidak ada.
-          Menggunakan harta orang lain yang dikatakan telah diizinkan kepadanya, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan itu.Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta itu tidak diizinkan.
-          Seseorang mendakwa ia tidak melakukan persetubuhan, maka pendakwaan itu diterima kerana asalnya tidak ada hubungan seks.
3. Asal seseorang itu bebas dari tanggung jawab.
-          Barang yang rosak dalam penjagaan penyimpan minta diganti oleh tuan punyanya,lalu penyimpan menafikannya. Penafian tersebut diterima kerana pada asalnya penyimpan itu bebas dari tanggung jawab.
4. Asal sesuatu perkataan itu dikira maksudnya yang hakiki.
-          Seseorang mewakafkan hartanya kepada anak (walad) maka cucunya tidak boleh menerima harta tersebut kerana maksud perkataan sebenar ialah anak(walad). Maka tidak termasuk cucu (Walad al_Walad)
-          Sesorang bersumpah tidak akan membeli selepas itu dia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli, maka tidak dikenakan kaffarah.
5. Syak adakah telah dilakukan atau belum maka dikira belum melakukan.
-          Syak adakah ia melakukan atau belum sesuatu rukun sewaktu solat, maka hendaklah mengulanginya semula sebab dikira belum melakukannya.
-          Syak bewuduk atau belum maka hendaklah berwuduk semula.

6. Asal sesuatu yang berlaku dikira masa yang paling hampir.
-          Sembahyang dengan berwuduk dari sebuah perigi selama beberapa hari, hari berikutnya didapati ada bangkai maka tidak wajib mengganti solatnya kecuali solat yang diyakini dari wuduk dari air yang bernajis.
-          Melihat ada mani pada kain sedangkan ia tidak ingat bilakah ia bermimpi,maka wajiblah ia mandi dan mengganti solat selepas tidurnya yang terakhir.
7.Asal sesuatu itu dikira harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
-          Binatang yang tidak jelas tentang haramnya,maka hukumnya halal dimakan.
-          Buah-buahan yang tidak jelas haramnya, halal dimakan.          
8. Asalnya kemaluan perempuan itu adalah haram.
-          Berkahwin dengan perempuan yang tidak yakin samada mahramnya atau ajnabi maka hukumnya adalah haram kerana berdasarkan pengharaman asalnya.

 



KAEDAH PERTAMA : AL-UMUR BIMAQASIDIHA

Pengertian : Semua perkara itu bergantung kepada tujuannya.
Maksud kaedah : Setiap amalan seseorang itu samada perkataan atau perbuatan,hukumannya akan berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan itu dilakukan.
Dalil :

Hadis : innamal a,malu binniyat......

Contoh amalan di bawah kaedah ini :

  •  berwudhuk dan mandi : kadang kala mandi itu untuk tujuan menyejukkan badan dan kadang kala utk tujuan ibadah.
  • duduk dalam masjid : kadang kala ia bertujuan utk beristirehat dan ada kala utk tujuan beriktikaf dalam masjid.
  • memberi harta kepada org lain :  kadang kala bertujuan hibah,membayar zakat ,memberi sedekah dan membayar kafarat.
  • menyembelih binatang : ada berbagai tujuan 

Kaedah pecahan dari kaedah utama ini ada 8 kaedah :
  1. adamu isytirati al-niat fi ibadah la takuunu adatan, au la taltabis.
  2. isytiratu al-takyiin fiima yaltabis duuna ghairihi.
  3. maala yustarotu al-tarudh lahu jumlatan wa tafsiilan,iza ayinuhu wa akhto' lam yadhurru.
  4. maa yustarotu fiiha al-tayiin fal khato a fiihi ,mubtil


Saturday 9 November 2013

Sukatan Syariah Bagi Semester 2 (2014)

Kertas 2: 930/2 – Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh (120 waktu)


Usul Fiqh (84 waktu)                                                                   Kaedah Fiqh (36 waktu)
Tajuk                                         Waktu                                         Tajuk              Waktu
                                                                 
Pengenalan                                                                                  Pengenalan      
Pengenalan sumber hukum                                                           Kaedah 1        
Al-Quran                                                                                       kaedah 2          
Al-Sunnah                                                                                     Kaedah 3        
Ijmak                                                                                             Kaedah 4        
Qiyas                                                                                             Kaedah 5        
Istihsan                                            
Maslahah                                          
Sadd al-Dharai’                                
Istishab                                            
Ijtihad                                              
Taqlid dan Talfiq                              





Sunday 1 September 2013

KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN
TAJUK INI ustazah petik dari  repo.uum.edu.my

Ahmad Shamsul Dato’ Abd Aziz’ berkata :
Harta merupakan sesuatu yang diingini oleh tabiat semulajadi manusia dan
boleh disimpan untuk sesuatu tempoh masa. Dengan harta juga seseorang itu
boleh menggunakannya sebagai modal bagi menjalankan sesuatu perniagaan.
Antara sumber pendapatan yang paling penting ialah melalui perniagaan,
pertukangan dan pertanian. Ha1 ini, walaupun boleh dilakukan secara
perseorangan, kebiasaannya ia memerlukan kerjasama pihak lain. Oleh itu,
maka diperundangkan syarikat di dalam syariah yang diturunkan oleh Allah
s. w. t. Organisasi syarikat boleh diwujudkan apabila terdapat dua atau lebih
pihak yang sanggup berkongsi dalam menjalankan sebuah perniagaan. Artikel
ini akan membincangkan mengenai konsep syarikat di dalam perundang Islam.

PENDAHULUAN
Dalam konteks hubungan manusia dengan harta, menerusi konsep perkongsian telah
membawa kepada penubuhan satu entiti perniagaan yang dikenali sebagai ‘as-syarikah’
atau ‘musyarakah’ atau ‘syarikat’. Aktiviti perniagaan seperti ini bukan sekadar satu
perkongsian semata-mata tanpa adab dan peraturan, tetapi syarikat di dalam sistem
ekonomi Islam merupakan satu kaedah yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah
s.a.w. Syarikat ditubuhkan untuk menggerakkan harta melalui penggabungan harta
tersebut dengan sumber manusia supaya ia terus berkembang dan dapat dimanfaatkan
untuk pembangunan individu pemilik harta tersebut khususnya dan masyarakat
umumnya.

MAKSUD SYARIKAT :
Secara etimologi, ‘as-syarikah’ bererti percampuran antara sesuatu dengan yang lain sehingga sukar dibezakan (Rahman Ritonga, 1999).

Manakala ‘syarikah’ mengikut
penggunaan umum bahasa Arab pula membawa erti menggabungkan dua perkongsian
sebagai satu cara untuk membuatkan keduanya tidak boleh dibezakan (Ala’Eddin
Kharofa, 1 997). Walau bagaimanapun jumhur ulama tidak mensyaratkan ‘percampuran’
sebagai satu elemen yang membentuk definisi ‘syarikah’, sebaliknya memberi tumpuan
tentang konsep kontrak yang mendasari sesuatu entiti perniagaan itu (Gulf Legal
Services, 200 1 ).

 Para fuqaha pula memberikan pelbagai definisi tentang istilah syarikat.
Ulama Maliki mentafsirkan syarikat sebagai izin kedua pihak yang bersyarikat bagi pengurusan harta milik mereka dan setiap pihak mempunyai hak pengurusan (Say id
Sabiq, 1990).

Ulama Ham bali pula mentakrifkan syarikat sebagai perhimpunan dalam
memperolehi hak atau ‘tasarruf atau kuasa pengurusan (Ala’ Eddin Kharofa, 1997).

Ulama Syafie menyatakan syarikat sebagai sabit hak pada sesuatu bagi dua orang atau
lebih secara bersama.

 manakala ulama Hanafi menjelaskan syarikat sebagai suatu kontrak
antara dua orang yang berkongsi modal dan untung (Wahbah Zuhaili, 2000).

Pada hakikatnya, definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha menunjukkan
terdapatnya unsur kerjasama dan perkongsian sama ada dalam bentuk hak pengurusan
mahupun hak keuntungan. Namun begitu, definisi yang dikemukakan oleh ulama Hanafi
kelihatan lebih menyeluruh kerana ia mengungkapkan syarikat sebagai suatu kontrak
dengan sendirinya mewujudkan konsep hak dan tanggungjawab yang mengikat,
sedangkan definisi yang lain lebih menjurus kepada tujuan atau kesan kontrak itu sendiri.
Pemakaian konsep syarikat atau perkongsian sebagai suatu kontrak bukan sahaja terpakai
kepada umat Islam, malahan konsep ini telahpun bertapak di zaman purba Rom di mana
undang-undang Rom kuno telah mendefinisikan syarikat sebagai suatu kontrak yang
dibuat secara sukarela yang akan mendatangkan tanggungjawab eksklusif kepada pihak-
pihak yang berkontrak seperti kontrak jual-beli dan sebagainya.

HUKUM SYARIKAT DALAM ISLAM

Menurut para ulama Fiqh, adalah hams mengadakan perkongsian atau syarikat.
Pensabitan hukum harus ini berdasarkan kepada dalil AI-Quran, Sunnah dan Ijma’. Di
dalam AI Quran, konsep ‘perkongsian’ dinyatakan dalam bentuk perkongsian di dalam
pembahagian harta perwarisan. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 12 yang
membawa erti “Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama
banyak lelaki dari perempuan). Manakala di dalam surah Sad ayat 24, Allah menerangkan
tentang bagaimana rakan kongsi memperlakukan rakan-rakan kongsi yang lain,
iaitu finnan Allah,
‘‘ ... Sesungguhnya kebanyakan orang yang bergaul dan berhubungan (dalam
pelbagai Iapangan hidup), sesetengahnya berlaku zalim kepada sesetengah yang
lain, kecuali orang yang beriman dan beramal salih .. . ”
Di samping nas AlQuran, terdapat sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a, beliau mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan yang Allah s.w.t
ber fi rm an,

‘’ Aku (Allah) adalah orang ketiga bersama-sama dengan rakan kongsi, selama
masing-masing tidak mengkhianati yang lain maka Aku meninggalkan mereka
berdua. ”
Berdasarkan hadis ini, jelaslah Allah s.w.t telah berjanji bersama-sama menjaga dan
memelihara pihak-pihak yang berkongsi itu selama mereka saling jujur dan amanah di
dalam perniagaan mereka. Berdasarkan nas-nas ini, maka ijma’ ulama sepakat
mengharuskan kontrak syarikat memandangkan Allah sendiri telah berjanji untuk
bersama-sama rakan kongsi yang jujur dan amanah serta berlandaskan hukum-hukum
syariah dalam perniagaannya.

JENIS-JENIS SYARIKAT :

Secara umumnya, para ulama’ Fiqh membahagikan syarikat kepada 3 bentuk iaitu:

a) Syarikat Milik (Syarikat Amlak)
b) Syarikat Kontrak (Syarikat Uqud)
c) Syarikat Ta;min

Syarikat Milik bermaksud “dua orang atau lebih memiliki suatu barang tanpa
kontrak”. Syarikat Milik ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu:

i) Syarikat Pilihan (Syarikat Ikhtiar) - pihak-pihak bersetuju untuk berkongsi
pemilikan ke atas sesuatu barang dengan kerelaan sendiri.
ii) Syarikat Tanpa Pilihan (Syarikat Jabar) - timbulnya persyarikatan bukanlah
atas dasar pilihan pekongsi seperti barang perwarisan.

Syarikat Kontrak/uqud pula berlaku di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dan
turut serta dalam perniagaan dengan menyumbangkan sama ada modal atau tenaga untuk
berkongsi di antara mereka apa-apa keuntungan atau kerugian (Razali Nawawi, 1999).

Perbincangan dalam artikel lebi h menjurus kepada Syarikat Kontrak kerana syarikat
jenis ini yang seringkali diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut Mazhab Hambali,

 Syarikat Kontrak terbahagi kepada lima bahagian iaitu

syarikat al-Inan
(penggabungan harta atau modal dua orang atau lebih yang semestinya sama banyak),

Syarikat Al-Mufawadah (syarikat yang mana modal, kerjasama dari segi kualiti dan
kuantiti dan keuntungan antara rakan kongsi adalah sama rata),

Syarikat AI-Abdan
(syarikat dalam bentuk perkhidmatan),

Syarikat AI-Wujuh (syarikat tanpa modal) dan

Syarikat Al-Mudharabah (bentuk kerjasama antara pemilik modal dengan pengusaha
supaya memperniagakan modal dan keuntungan dibahagi bersama).

 Namun begitu, mazhab Maliki dan Hanafi tidak memasukkan Syarikat AI-Mudharabah sebagai
sebahagian Syarikat Kontrak.

 Manakala ulama Hanafi pula hanya membahagikan kepada
tiga kategori iaitu Syarikat Al-Amwal, Syarikat AI-A’mal dan Syarikat AI- Wujuh.
Ketiga-tiga syarikat ini memiliki ciri-ciri yang sama dengan Syarikat Al-Inan dan AI-
Mufawadah.

Rukun-rukun bagi Syarikat Kontrak pula terbahagi kepada tiga iaitu :
- dua pihak yang berkontrak (pemegang-pemegang saham),
- perkara yang dikontrakkan dan lafaz akad. (Wahbah Zuhaili, 2000).
Tanpa memenuhi ketiga-tiga rukun tersebut, sesebuah syarikat itu menjadi tidak sah.

SYARAT-SYARAT UMUM SYARIKAT KONTRAK (UQUD)
Terdapat empat syarat umum yang patut ada pada Syarikat Kontrak (BIMB Institute
of Research and Training (BIRT), 1998) iaitu:
- boleh menerima perwakilan - seorang rakan kongsi memberi kuasa pengurusan
kepada rakan kongsinya yang lain sama ada untuk membeli, menjual atau
menerima kerja.
- nisbah keuntungan di antara rakan kongsi dinyatakan dengan jelas di majlis
akad
- keuntungan itu hendaklah bersifat umum dan bukannya dalam jumlah tetap.
Contohnya seperti menetapkan untung bagi salah seorang dari rakan kongsi sebanyak
RM 100 atau RM 1000. Rasionalnya ialah kerana dikhuatiri kemungkinan jumlah
tersebut tidak memadai dengan modal dan usaha yang disumbangkan.
- Keuntungan diambil daripada hail laba perniagaan syarikat dan bukan
daripada harta lain.

Syarat-syarat in i amat penting dalam menentukan keesahan sesebuah kontrak
mengikut hukum syarak. Ketidaktentuan dan kejahilan mengenai perkara yang
dikontrakkan akan menyebabkan kontrak itu menjadi ‘fasid’ atau terbatal.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN KONTRAK
\
SESEBUAH SYARIKAT
Terdapat dua perkara yang mem batalkan kontrak syarikat iaitu:-
i) perkara yang secara umumnya membatalkan kesemua jenis syarikat;
ii) perkara yang khusus membatalkan sesetengah syarikat sahaja.


Perkara umum yang membatalkan Kontrak Syarikat:

- Syarikat difasakhkan oleh salah seorang rakan kongsi.
- Kematian salah seorang rakan kongsi.
- Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari ke negara musuh.
- Rakan kongsi menjadi gila secara berterusan.
- Perkara khusus yang membatalkan Kontrak Syarikat:
- Tidak ada persamaan di antara dua modal khususnya bagi Syarikat al-Mufawadah.
- Kerosakan harta syarikat seluruhn ya atau kerosakan harta salah seorang
daripada rakan kongsi sebelum dimulakan pembelian sesuatu.

SYARIKAT SEBAGAI INSTRUMEN SISTEM KEWANGAN ISLAM

Penubuhan syarikat yang paling baik dan diutamakan dalam Islam ialah perkongsian
sesama muslim kerana diandaikan setiap muslim mempunyai akhlak yang terpuji dan
memahami tanggungjawab masing-masing (Ismail Omar, 2000). Walau bagaimanapun,
perkongsian atau penubuhan syarikat di antara muslim dan bukan muslim dibolehkan
juga selagi kedua-dua pihak berada dalam rukun kedamaian serta memenuhi syarat-syarat
yang tidak bercanggah dengan syariah. Selain daripada itu, ia dibolehkan dalam keadaan
tidak ada atau susah mendapatkan umat Islam yang berupaya menerokai atau memajukan
perniagaan secara aktif. Oleh yang demikian, boleh diadakan perdamaian dengan orang-
orang musyrik apabila mereka memperolehinya dan tidak diperolehi kaum muslimin)
(Imam Syafie, 1982)


Tajuk : Riba dalam Islam
Tulisan ini ustazah petik dari tulisan  Mohd Mukhlis Bin Mohd Nasri, Berasal dari Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada enam orang adik beradik. Kini sedang menuntut di pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Fikh wa Usluluh di Yarmouk University, Jordan.Anak-anak pelajar boleh baca tulisan untuk kuasai tajuk riba yang telah dipelajari.
Pendahuluan :
Riba adalah suatu perkara yang kurang diambil penting dalam masyarakat islam Malaysia, mungkin disebabkan kesedaran dan kejahilan masyarakat dalam memahami isu riba. Sejak merdeka negara kita ditumbuhi dengan banyaknya bank konvensional secara pesat umpama cendawan tumbuh selepas hujan dan bank Islam tiada lagi ketika itu. Kebanyakkan bank ini menyediakan instrument-instrument yang penuh dengan riba dan gharar (penipuan) yang jelas dilarang oleh Islam.
Apabila adanya Bank Islam Malaysia yang ditubuhkan pada April 1983 dan window-window islam yang dibuka sendiri oleh bank konvensional seperti RHB Islamic Banking,HSBC Amanah, dan lain-lain lagi, bilangan yang menggunakan instrument-instrument  patuh syariah masih lagi berada dalam nisbah yang sedikit jika dibandingkan dengan nisbah bilangan penduduk Malaysia yang menggunakan bank-bank konvensional, malah kebanyakkan yang menggunakan instrument patuh syariah terdiri daripada bukan Muslim. Umat islam masih suka menggunakan instrument-instrument yang mengamalkan riba agar cepat kaya dan mudah tanpa memikir ke hadapan dari sudut jangka panjang dan balasan yang Allah janjikan untuk orang-orang yang terlibat dalam riba.
Dalil-Dalil Pengharaman Riba:
1. Allah menghalalkan semua jenis jual beli kecuali jual beli yang melibatkan riba, Allah berfirman dalam kitab sucinya:
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.”[1]
2. Perang diisytiharkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW terhadap manusia yang terlibat dengan riba. Tiada maksiat lain yang Allah dan Rasul iklankan perang terhadap seseorang kecuali RIBA. Allah berfirman juga
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”[2]
Ayat di atas ini sangat jelas akan pengharaman riba, Allah memanggil dengan panggilan “Wahai Orang Beriman”, Ibn Abbas RA telah berkata dalam satu riwayat: Kami (sahabat) apabila mendengar ayat-ayat yang menyebut ‘wahai orang-orang beriman’, kami mendongak kepala kami, kami memasang telinga kami untuk mendengar dan ambil perhatian serta bersedia untuk menerima arahan daripada Allah SWT.” Jadi ambil perhatianlah wahai orang-orang beriman.
Sesungguhnya nas ini diikat oleh Allah dengan perkataan iman seolah Allah berkata: Orang-orang beriman itu meninggalkan saki baki riba yang mereka miliki. Faham daripada konteks ini bahawa tidak berimanlah seseorang  kecuali dia bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan saki baki riba. Jika tidak melaksanakan perkara ini dia bukanlah orang beriman walaupun dia mengiklankan bahawa dia orang beriman kerana tiada iman tanpa ketaatan kepada Allah SWT dan tanpa patuh pada segala arahannya.[3]
3. Hadis tentang larangan riba:
Dari Jabir Ibn Abdillah telah berkata: Rasulullah SAW menglaknat sesiapa yang memakan (harta) riba, yang menjadi wakil, penulis (bagi kontrak)  dan saksi-saksi, Baginda telah berkata: Mereka semua sama)[4]
4. Hadis lain juga ada menyebut bahawa riba termasuk dalam dosa besar:

Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah kamu daripada tujuh dosa-dosa besar: Syirik kepada Allah dan Sihir, bunuh manusia yang diharamkan darahnya oleh Allah, memakan (hasil) riba, memakan harta anak yatim,…)[5]
5. Para ulamak pada setiap zaman berijmak mengatakan haram mengambil riba. Ibn Qudamah telah berkata: Umat bersepakat mengatakan riba haram.[6]
Pemahaman daripada dalil yang disertakana di atas, bahawa haram dan berdosa besar sekiranya seseorang terlibat dengan riba. Zaman sekarang yang terlalu ramai manusia mengejar dunia seolah-oleh kita tidak mampu lari daripada riba malah sekiranya kita cuba lari pasti terkena tempiasan riba ini.
Jenis-jenis riba:
Ulamak membahagikan riba kepada dua iaitu riba dalam jualbeli dan riba hutang.
1. Riba Dalam Jual Beli:
Jenis ini berkait rapat dengan beberapa buah hadis yang berkaitan dengan kategori-kategori barang yang digelar barang ribawi sekiranya tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
Daripada Ubadah ibn As-Somit RA telah berkata: “aku telah mendengar Rasulullah SAW melarang daripada jualbeli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali secara sama bentuknya (timbangannya, isipadunya atau bilangan) barangsiapa yang menambah (timbangannya) sesungguhnya ia telah melakukan riba”
Dalam riwayat yang lain: “…tidak mengapa sekirannya jual beli emas dengan perak, (timbangan) lebih antara yang lain (tetapi) tangan dengan tangan (menukar pada waktu yang sama)…”
Difahami daripada hadis di atas, sekiranya jual beli pada jenis yang sama, wajib timbangannya, isipadunya atau bilangannya sama antara satu sama lain dan menukarkan barang-barang tersebut pada waktu yang sama tidak dibenarkan salah seorang daripada merek menangguh dalam jual beli ini. Sekiranya tidak menepati dua syarat disebutkan di atas maka ia menjadi riba.
Sebagai contoh Ahmad membeli 10 kilo beras gred A daripada Ali dengan bayaran sebanyak 5 kilo beras gred B pada tarikh 25/1/2012. Jual beli ini adalah riba sepertimana yang difahami daripada hadis di atas, dan ulamak mengelarkan riba ini sebagai riba fadhl (riba lebihan).
Contoh lain: Siti membeli 10 gram emas 999 daripada Aminah pada tarikh 25/1/2013 dengan bayaran 10 gram emas 916 pada tarikh 27/1/2013. Jual beli ini juga digelar riba walaupun timbangan gram emas sama tetapi berbeza dari segi masa pertukaran barang maka ia disebut oleh para ulamak sebagai riba nasi’ah (riba tangguh).
Sekiranya berbeza jenis barang, maka jual beli seperti mana yang kita sukai atau kehendaki sama ada timbangan lebih daripada barang yang lain, atau sama atau pun kurang daripada barang tersebut tetapi bersyarat pertukaran barang mesti pada waktu yang sama.
Sebagai contoh: Hilmi membeli 3 kilo barli daripada Karim dengan bayaran 10 kilo garam pada tarikh yang sama dan masa yang sama.
Jual beli berbentuk seperti ini kerap berlaku pada zaman ini antaranya  forex (jual beli mata wang) sekiranya tidak mengikut syarat yang disebutkan di atas iaitu sama nilainya sekiranya jenis matawang adalah sama dan juga jual beli tersebut pertukaran wang tersebut pada waktu yang sama, maka dibenarkan oleh syara’.
2. Riba Hutang
Riba seperti ini sudah dikenali dalam masyarakat kita, malah banyak instrument pinjaman dan pembiayaan yang disediakan oleh bank konvensional dan ahlong-ahlong baik yang rasmi atau haram mempunyai unsur riba jenis ini. Riba hutang ini bermakna seseorang meminjam wang atau sesuatu harta dengan kadar tertentu dan akan membayar hutang ini dalam tempoh tertentu dengan syarat membayar wang tambahan, dan sekiranya lewat daripada waktu yang ditetapkan wang yang disyaratkan semakin meningkat.
Riba tidak dipanggil riba pada zaman sekarang tetapi dipanggil dengan panggilan yang Nampak baik kononnya seperti Bunga, faedah, interest dan sebagainya. Riba seperti ini juga diharamkan oleh islam.

Kalau Riba  Sedikit  dibenarkan?[7]
Ada  beberapa ulamak yang berpandangan membenarkan jual beli riba sekiranya nisbah nilai riba tersebut sedikit iaitu tidak menjangkau 2% dan sekiranya nilai riba melebihi daripada nisbah tersebut maka haram baginya. Mereka berdalilkan:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.”[8]
Ulamak rabbani menolak pendapat ini dengan berhujahkan:
  1. Ayat أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً  berlipat-lipat ganda bukanlah menunjukkan bahawa syarat bahawa ia tidak dibenarkan sekiranya banyak atau pun mengambarkan sebagai pengikat bagi riba tetapi merupakan penerangan kepada realiti ketika zaman jahiliyah riba dikaut secara banyak sehingga menzalimi orang ramai.
  2. Ulamak seluruh zaman sudah bersepakat akan haramnya riba baik sedikit atau pun banyak, maka pendapat di atas sudah keluar daripada ijmak ulamak dan bererti mereka tidak memahami usul fikh. Sedikit akan membawa kepada banyak, islam sekiranya mengharamkan sesuatu akan mengharamkan semua yang berkaitan dengannya berdasarkan dalil saddu zaraie’ (menutup jalan yang membawa kepada mafsadah). Seperti mana arak, ada orang minum sedikit sudah mabuk dan ada yang minum banyak belum menjadi mabuk, maka islam mengharamkan semua baik yang sedikit atau pun yang banyak.
  3.  Adakah mereka beriman dengan sebahagian kitab dan mengkufuri sebahagian yang lain?  Adakah mereka tidak membaca ayat yang lain seperti: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”, “Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu”, dan “Allah susutkan  riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah”. Maka keseluruhan ayat-ayat yang berkaitan riba menunjukkan bahawa pengharaman secara qat’iyah dan jelas.
Penutup: Wahai Orang Beriman, Jauhilah!
Sebagai penutup, orang-orang beriman apabila mendengar arahan Allah swt terus melaksanakan tanpa banyak soal, dan meninggalkan larangan-Nya tanpa ragu-ragu. Kewujudan bank islam yang menyediakan pelbagai instrument yang patuh syariah boleh digunakan oleh masyarakat islam. Walaupun terlalu banyak tarikan-tarikan duniawi daripada pihak-pihak yang menyediakan instrument yang berpaksikan riba baik bank mahupun kerajaan, tetapi Allah SWT sentiasa membantu hamba-hambanya yang berpegang teguh pada deen-Nya.


Barat menjadi bukti satu persatu bank konvensional mereka gulung tikar seolah-olah Allah mengishtiharkan perang terhadap pengguna riba dengan membuatkan mereka menjadi muflis dan mula beralih kepada sistem ekonomi islam. Pada 2009 sahaja sebanyak 97 buah bank di barat diishtiharkan muflis, anataranya National Bank Of Commerce Berkeley USA, Bank of Clark County Washington USA Magnet Bank dan banyak lagi. [9]Maka saya akhiri penulisan ini dengan satu persoalan, sekiranya barat sudah mula beralih kepada sistem ekonomi islam, kenapa kita berebut-rebut mengambil sistem ribawi sebagai paksi?

Wednesday 28 August 2013

JUAL BELI DALAM ISLAM:

berkenaan tajuk jualbeli ini ustazah juga ingin memaparkan perbincangan tentang jual beli Dropship dalam Islam kepada pelajar sekalian:

Perbincangan Jual Beli Dropship dalam Islam

06/07/2013i
No Dropship
Adanya teknologi komunikasi jarak jauh memunculkan beberapa model jual-beli gaya baru. Asal hukum muamalah termasuk jual beli adalah halal kecuali ada dalil yang mengharamkan.  disini Insya Allah kita akan cuba mengupas sedikit tentang Jual Beli Dropship (Drop Shipping).
Jual beli Dropship  adalah seseorang penjual kedua membeli barang dari penjual pertama dan mengirimkannya ke pembeli. seolah2 pembeli membeli barang dari penjual kedua tetapi barang dikirim  dari penjual pertama tanpa pembeli tahu bahwa barang dikirim dari penjual pertama (lihat gambar skema di bawah).
mekanisme dropship
Model jual beli dropship muncul kerana kemudahan dalam berkomunikasi secara jarak jauh. Jual beli dropship biasa terjadi secara online ( internet) maupun offline juga . Contohnya adalah seseorang ‘pedagang A’ mempunyai maklumat tentang dimana tempat membeli barang murah untuk produk tertentu di ‘pedagang B’, kemudian menawarkan ke orang lain yang memerlukan barang tersebut. Setelah ada pesanan, pedagang A menyuruh pedagang B untuk mengirimkan barang kepada pelanggannya dengan syarat tidak diberitahu bahwa barang tersebut adalah milik pedangan B.
Jual beli model dropship sebenarnya menguntungkan dua pihak baik penjual pertama dan penjual kedua. Penjual pertama dibantu oleh pihak penjual kedua, adapun penjual kedua tidak perlu menyentuh barang dan hanya modal komunikasi dengan penjual pertama. Akan tetapi prinsip dalam Islam dalam jual-beli bukan hanya sekadar saling menguntungkan akan tetapi harus sesuai syariat Islam.
Apa dalilnya bahawa Jual Beli Dropship tidak boleh?
Telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmidzi. Dan (jika) pihak pembeli memindahkan barang tersebut ke tempat yang tidak menjadi kekuasaan penjual, itu sudah cukup berdasarkan perkataan Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma.
“Artinya : Kami membeli makanan dari Ar-Rukhbaan (para pedagang) secara acak, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kami membelinya sampai kami membawanya dari tempat tersebut” [1]
Dan dalam riwayat lain.
“Artinya : Kami di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam membeli makanan, lalu beliau mengutus seseorang kepada kami, yang menyuruh kami memindahkan makanan tersebut dari tempat kami membelinya, ke tempat lain sebelum kami menjualnya kembali”
Dan dalam riwayat lain juga Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma berkata.
“Artinya : Bahwa para sahabat membeli makanan dari para saudagar di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lau beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus seseorang kepada mereka yang melarang mereka untuk menjualnya di tempat mereka membelinya, sehingga mereka memindahkan makanan tersebut ke tempat lain agar bisa mejualnya kembali”.
Dan dalam riwayat lain lagi Ibnu Umar Rahiyalahu ‘anhuma berkata.
“Artinya : Aku melihat para sahabat di zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika mereka membeli makanan secara acak, mereka melarang menjualnya di tempat tersebut sampai mereka memindahkannya”.
عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَأْتِينِى الرَّجُلُ فَيُرِيدُ مِنِّى الْبَيْعَ لَيْسَ عِنْدِى أَفَأَبْتَاعُهُ لَهُ مِنَ السُّوقِ فَقَالَ : لاَ تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ
Dari Hakim bin Hizam, “Beliau berkata kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, ada orang yang mendatangiku. Orang tersebut ingin mengadakan transaksi jual beli, denganku, barang yang belum aku miliki. Bolehkah aku membelikan barang tertentu yang dia inginkan di pasar setelah bertransaksi dengan orang tersebut?’ Kemudian, Nabi bersabda, ‘Janganlah kau menjual barang yang belum kau miliki.’” (HR. Abu Daud, no. 3505; dinilai sahih oleh Al-Albani)
Perbezaan Jual Beli Dropship dengan jual beli salam
Beberapa perbahasan yang pernah kami baca tentang bolehnya jual beli dropship hampir sama definisinya dengan jual beli Salam. Jual beli salam mirip tetapi ada perbezaan dengan jual beli dropship.
 dalil yang membolehkan jual beli salam:
عن ابن عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قال: قَدِمَ النبي الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ. فقال: (من أَسْلَفَ في شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ إلى أَجَلٍ مَعْلُومٍ . متفق عليه
“Dari sahabat Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, ia berkata: “Ketika Nabi  tiba di kota Madinah, sedangkan penduduk Madinah telah biasa memesan buah kurma dalam tempo waktu dua tahun dan tiga tahun, maka beliau bersabda: “Barang siapa yang memesan sesuatu, maka hendaknya ia memesan dalam jumlah takaran yang telah diketahui (oleh kedua belah pihak), dan dalam timbangan yang telah diketahui (oleh kedua belah pihak), dan hingga tempoh yang telah diketahui (oleh kedua belah pihak) pula.” (Muttafaqun ‘alaih).
Persamaan antara jual beli salam dan dropship adalah ketika proses transaksi penjual sama-sama tidak memiliki barang. Perbezaannya adalah ketika akan diserahkan kepada pembeli barang telah dikuasai penuh oleh penjual.
Contohnya: penjual kedua menawarkan barang ke pembeli dimana dia belum memiliki barang tersebut, penjual kedua membeli barang kepada penjual pertama yang memiliki barang dan kemudian mengirimkannya ke pembeli.
Terlihat mirip kan? tapi jika jeli bahwasanya sebelum dikirim penjual kedua telah setidaknya memindahkan barang dari penjual pertama baik dengan cara memegangnya atau bentuk berpindah tangan dari penjual pertama ke penjual kedua. Adapun dropship tidak pernah sekalipun penjual kedua memegang langsung barang yang akan diserah terimakan kepada pembeli.

 jual beli melalui online dikira selesai  ketika barang telah sampai kepada pihak pembeli. Jadi jika misal barang ketika dikirim itu hilang maka tanggung jawab masih dipikul pihak penjual online karena barang belum diterima. Jadi kadang kala ada alasan bagi kedai online yang menggunakan khidmat  pos  bahwa itu adalah bukan tanggung jawab penjual maka itu adalah pernyataan yang salah.
__________
Foote Note
[1]. HR Ibnu Hibban XI/357 nomor 4982, dan ini lafazhnya. Muslim III/1161, Ibnu Majah nomor 2229, Al-Bukhari nomor 2167, Abu Dawud nomor 3494



Wednesday 31 July 2013

Gaya tudung di hari raya,tapi saya tidak pasti masih ada atau tidak tudung ini ....bloG  heliza helmi hijab

Sunday 28 July 2013

MAHJUB

A) PENGERTIAN :
 iaitu waris waris yang terdinding daripada menerima pusaka @ tidak dapat menerima harta peninggalan simati sama ada tidak dapat semuanya@ hanya mendapat sedikit sahaja.

B) BAHAGIAN HAJBU/MAHJUB

Hajbu  Hirman : iaitu menghalangi seseorang daripada mendapat ke semua harta . Contohnya dihalang cucu lelaki dari mendapat pusaka apabila ada anak lelaki.

Hajbu Nuqson : iaitu menghalangi seseorang daripada mendapat bahagian yang banyak yang patut diperolehinya.@ waris yang mendapat sedikit sahaja bahagian dan harta pusaka kerana bahagian yang sepatutnya diterima telah bertukar atau berpindah kepada bahagian yang lebih kecil.


PERBEZAAN ANTARA HAJBU HIRMAN DGN HAJBU NUQSON SERTA PENDIDINGNYA:

Hajbu  Hirman
Pendiding
Hajbu Nuqson
Pendiding
Datuk
Ayah
Suami ½ -1/4
anak
Nenek
Ibu @ ayah
Isteri ¼ -1/8
anak
moyangP SB
Nenek s ibu
Ibu 1/3 -1/6
Al/sl
Cucu L/P
Anak L
CP ½ -1/6
AP
SLSISB
Ayah,AL,CL
SPSB ½-1/6
SPSISB
Anak s L SISB
bp ,dt,al,cl,sl
Anak L
AL lain
Bapa s sisb
Bapa ,dt,AL,CL


Sepupu l