Followers

Monday 20 March 2017

Assalamulaikum warahmatullah dan selamat bercuti semua......
ustazah tahu dalam cuti sebenarnya anak-anak sibuk dengan kerja kursus semester ii kan. kerja kursus memang wajib disiapkan cepat-cepat, kalau tidak anak-anak tidak menpunyai cukup masa untuk ulangkaji pengajian semester ini, yang mungkin boleh menyebabkan keputusan anak-anak merosot sedikit atau mungkin kalau terleka akan lebih teruk. jadi gunakan masa cuti ini sesempurna mungkin ,contohnya pada sianghari siapkan kerja kursus ,pada malamnya buat ulangkaji pelajaran.
 
mengurus tentang ulangkaji ini ustazah nak ingatkan tajuk-tajuk penting bagi semester ke-dua ini adalah :
           1. bahagian usul fiqh - al-sunnah
                                             - al-maslahah
                                             - sadd al-zhara'ih
                                             - taklid dan talfiq
 
           2.bahagian Qawaid fiqh - al-umur bimaqosidiha
                                                  - al-yakin la yuzalu bisyakk
                                                  - al-dharar yuzal
 
semua tajuk-tajuk ini anak perlu kuasai betul-betul, maksudnya soalan datang dalam bentuk apa sekali pun anak-anak boleh jawab itu maksud menguasai topik. tapi ingat...... tajuk-tajuk lain juga anak-anak perlu baca dan faham juga.
 
disamping itu anak-anak perlu jawab dan siapkan latihan yang ustazah beri sebagai latihan masa cuti ini.......jangan lupee. akhir sekali sebagai pesanan juga dari ustazah rajin-rajin lah tolong ibu bapa dirumah dan jangan tinggal solat, semoga kita semua mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat....amin.
 
wassalam,

Wednesday 15 March 2017

Assalamualaikum wa rahmatullah......selamat bersuai kembali di alamaya , sudah sekian lama ustazah tidak berceloteh dengan anak-anak pelajar pra-u  yang mungkin sekali sekala terjumpa blog ustazah ini. Insya Allah jika diizinkan Allah ustazah akan cuba memberi beberapa perkembangan pengajian semester ii ini bersama anak-anak pelajar. kita doakan bersama-sama semoga ustzah diberi kelapangan itu....amiiin Ya Allah.

Entah mengapa petang hari ini, setelah selesai LDP  SKPMg2 di sekolah  ustazah teringat pula dengan blog ini yang sudah lama ustazah tinggalkan kerana beberapa kekangan yang tidak dapat dielak. Terasa bersalah pula kepada  anak bangsa sendiri kerana tidak dapat membantu secara tidak langsung terhadap kejayaan anak-anak sekalian.

Ustazah tahu blog ustazah ni bukannya bagus sangat untuk rujukan anak-anak tetapi rasanya terlepas sedikit beban di bahu ustazah bila dapat membantu kalian. Semoga dengan sedikit usaha ini sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anak-anak untuk berusaha dengan lebih tekun lagi, Insya Allah. sekian,

Wassalam.