Assalamualaikum warahmatullah.....
Mohon maaf kerana sudah lama ustazah tidak berkongsi di blog ini. Masa dan keadaan yang sibuk di sekolah dan di rumah menyebabkan ustazah tidak mempunyai kelapangan untuk menulis dan memuatkan soalan-soalan Syariah di sini.
Ustazah banyak luangkan masa bersama pelajar-pelajar ustazah di sekolah, kami baru berpindah ke tapak baru pada awal tahun ini, banyak masa dihabiskan untuk menghias kelas, bilik-bilik dan tempat-tempat lain untuk akviti baru kami di sini. di tapak sekolah baru ini juga pelajar tidak dapat akses internet dengan baik menyebabkan ustazah rasa tidak perlu untuk kemaskini maklumat dalam blog ini.
Minggu ini pelajar semester 1 STPM 2015 akan menduduki peperiksaan mereka. Bagi subjek Syariah ustazah telah mengadakan tiga kali ujian percubaan sebagai persedian, semoga mereka telah mendapat persiapan yang mantap untuk peperiksaan pada Khamis ini......amin
Insya Allah esok ustazah akan paparkan tajuk-tajuk Syariah yang dijangka keluar dalam peperiksaan semester1 STPM 2015.
Followers
Monday, 10 November 2014
Friday, 21 March 2014
LATIHAN CUTI SEKOLAH
Berdasarkan hadis di bawah ,jelaskan kaedah yang
terbit daripadanya beserta contoh.
Innama A'maalu bi-niyaat,wainnama Likuli amri een manawa...
CARA MENJAWABNYA :
i)
Kaedah yang terbit dari hadis ini ialah :
…………………………………………………………………………………………...................................................................................................
ii)
Maksud kaedah ini ialah :
…………………………………………………………………………………………………………............................................................................
…………………………………………………………………………………………………………..............................................................................
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................
iii)
Contoh kaedah ini ialah :
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................
iv)
Hukum bagi contoh ini ialah:
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................
SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN MENYIAPKAN KERJA PROJEK
MASING-MASING
Friday, 3 January 2014
Soalan Syariah kertas 2 ulangan 2013(Usul Fikah dan Kaedah Fiqh)
Bahagian A : Usul Fiqh
1) (a) (i) Berikan pengertian al-sunah dan hadis Ahad [2]
(ii) Berikan ciri utama hadis Ahad [3]
(b) (i) Dengan memberikan dalil al-Quran dan hadis,kemukan hujah anda tentang
kedudukan al-sunnah sebagai sumber perundangan Islam. [4]
(ii) Jelaskan kedudukan golongan yang berpegang dengan pandangan di atas [5]
(c) Dengan memberikan contoh,huraikan tiga peranan al-sunnah dalam penentuan hukum [6]
2) (a) Berikan pengertian maslahah,masalih mursalah,dan masalih mulghah [6]
(b) Dengan memberikan alasan,jelaskan kategori maslahah dalam perkara berikut :
(i) Hukum sebat kepada peminum arak
(ii) Insentif cukai ke atas sektor perjudian
(iii) Keizinan mahkamah untuk poligami
(iv) memberi hak sama rata antara lelaki dengan perempuan dalam pembahagian harta pusaka [8]
(c) Bincangkan kehujjahan maslahah mursalah mengikut pandangan ulama. [6]
3) (a) Terangkan konsep istishab dari segi pengertian,dalil,dan contoh. [5]
(b) Jelaskan pendapat ulama tentang kehujjahan istihab. [9]
(c) Berdasarkan prinsip istishab,bincangkan kedudukan wuduk jika keluar najis tidak melalui qubul
dan dubur. [6]
Bahagian B : Kaedah Fikah
4. (a) .Terangkan kaedah al-dharar yuzal dari segi pengertian dan dalil [4]
(b) .Dengan memberikan contoh, jelaskan darar yang dimaksudkan mengikut kaedah al-dharar yuzal dan darar yang dikecualikan dalam kaedah tersebut.[8]
(c) .Huraikan kaedah al-darurat tubih al-mahzurat dan berikan contoh pengaplikasiannya dalam masalah akidah dan muamalah.[8]
5. (a) Terangkan kaedah al-masyaqah tajlibu hataisyir dari segi pemerhatian dan dalil. [4]
(b) Jelaskan lima sebab takhfif yang diharuskan dalam syarak [10]
(c) Dengan memberikan contoh, huraikan perbezaan antara kaedah iza dhoqo al-amru ittasa'a dengan kaedah iza ittasa'a dhoqo. [6]
6. (a) Terangkan kaedah al-adah muhakamah dari segi pengertian dan dalil [6]
(b) Dengan memberikan contoh, huraikan kaedah istimaal al-nasi hujjatan yuhibul mal biha [6]
(c ) Dengan memberikan contoh dan hukumnya,jelaskan perbezaan antara adat yang sahih dengan adat
yang fasid. [ 8 ]
Bahagian A : Usul Fiqh
1) (a) (i) Berikan pengertian al-sunah dan hadis Ahad [2]
(ii) Berikan ciri utama hadis Ahad [3]
(b) (i) Dengan memberikan dalil al-Quran dan hadis,kemukan hujah anda tentang
kedudukan al-sunnah sebagai sumber perundangan Islam. [4]
(ii) Jelaskan kedudukan golongan yang berpegang dengan pandangan di atas [5]
(c) Dengan memberikan contoh,huraikan tiga peranan al-sunnah dalam penentuan hukum [6]
2) (a) Berikan pengertian maslahah,masalih mursalah,dan masalih mulghah [6]
(b) Dengan memberikan alasan,jelaskan kategori maslahah dalam perkara berikut :
(i) Hukum sebat kepada peminum arak
(ii) Insentif cukai ke atas sektor perjudian
(iii) Keizinan mahkamah untuk poligami
(iv) memberi hak sama rata antara lelaki dengan perempuan dalam pembahagian harta pusaka [8]
(c) Bincangkan kehujjahan maslahah mursalah mengikut pandangan ulama. [6]
3) (a) Terangkan konsep istishab dari segi pengertian,dalil,dan contoh. [5]
(b) Jelaskan pendapat ulama tentang kehujjahan istihab. [9]
(c) Berdasarkan prinsip istishab,bincangkan kedudukan wuduk jika keluar najis tidak melalui qubul
dan dubur. [6]
Bahagian B : Kaedah Fikah
4. (a) .Terangkan kaedah al-dharar yuzal dari segi pengertian dan dalil [4]
(b) .Dengan memberikan contoh, jelaskan darar yang dimaksudkan mengikut kaedah al-dharar yuzal dan darar yang dikecualikan dalam kaedah tersebut.[8]
(c) .Huraikan kaedah al-darurat tubih al-mahzurat dan berikan contoh pengaplikasiannya dalam masalah akidah dan muamalah.[8]
5. (a) Terangkan kaedah al-masyaqah tajlibu hataisyir dari segi pemerhatian dan dalil. [4]
(b) Jelaskan lima sebab takhfif yang diharuskan dalam syarak [10]
(c) Dengan memberikan contoh, huraikan perbezaan antara kaedah iza dhoqo al-amru ittasa'a dengan kaedah iza ittasa'a dhoqo. [6]
6. (a) Terangkan kaedah al-adah muhakamah dari segi pengertian dan dalil [6]
(b) Dengan memberikan contoh, huraikan kaedah istimaal al-nasi hujjatan yuhibul mal biha [6]
(c ) Dengan memberikan contoh dan hukumnya,jelaskan perbezaan antara adat yang sahih dengan adat
yang fasid. [ 8 ]
Tuesday, 19 November 2013
Soalan syariah Penggal 1 2013 :
Bahagian A : Muamalat dan Munakahat
Jawab dua soalan sahaja.
1. (a) Berikan pengertian riba dan kemukakan dalil mengenainya. [4]
(b) Berikan maksud riba hutang,dan jelaskan dua jenis riba hutang beserta contoh. [10]
(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi kes berikut :
(i) A telah membuka akaun simpanan di salah sebuah bank yang telah menetapkan bahawa kadar keuntungan ialah sebanyak 5 peratus setiap tahun. [3]
(ii) B telah menyimpan sebanyak RM1000.00 di sebuah bank tanpa menetapkan sebarang keuntungan.Namun begitu,setelah genap setahun B mendapati bahawa simpanannya telah bertambah sebanyak RM1100.00. [3]
2. (a) Terangkan tiga keadaan yang memerlukan wali hakim. [6]
(b) Jelaskan empat syarat yang membolehkan seorang bapa memaksa anaknya berkahwin. [8]
(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran untuk kes yang berikut :
(i) Seorang perempuan berkahwin dengan berwalikan wali hakim di luar mukim yang jaraknya 45 km dari kediaman bapanya. [3]
(ii) Seorang perempuan berkahwin di Narathiwat,Thailand tanpa kebenaran bapanya. [3]
3. (a) Berikan pengertian iddah dan dua hikmah pensyariatannya. [6]
(b) Jelaskan empat hak yang diberikan kepada seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. [8 ]
(c) Dengan memberikan alasan,huraikan hukum bagi kes berikut :
(i) D yang baru setengah jam bergelar isteri telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu sebaik sahaja diberitahu bahawa isterinya pernah bersekedudukan dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka. [3]
(ii) E meninggal dunia di majlis perkahwinannya dengan isteri kedua dandisaksikan oleh iseri pertama. [3].
Bahagian B : Mirath dan Jenayah
4 (a) Dengan memberikan contoh,terangkan jenis al-hajbu. [6]
(b) Jelaskan tiga perbezaan antara al-hajbu dengan al-man'u [6]
( c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut :
(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri,bapa dan dua orang anak perempuan. [ 4]
(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami,ibu kepada ibu(nenek sebelah ibu),dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa. [ 4]
5. (a) Dengan memberikan dalil,terangkan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman qisas. [5]
(b) Qisas merupakan suatu hak yang boleh diwarisi.Bincangkan pendapat ulamak tentang pelaksanaan hukuman qisas.
(c) F telah menumbuk G kerana mencuri kasutnya.Tiba-tiba,G rebah dan disahkan meninggal dunia.
Huraikan keslahan jenayah dan jenis diyat bagi kes di atas. [ 6 ]
6 ( a) Terangkan syarat pelaksanaan hukuman terhadap jenayah riddah. [9]
( b) H meminta J menjaga lad ATMnya ketika dia menyertai satu ekspidisi ke Gunung Kinabalu. J mengetahui nombor pin kad tersebut keran dia pernah diberitahu oleh H. J telah mengambil sejumlah wang daripada kauan H tanpa pengetahuannya dengan untuk mencuri.
Jelaskan hukum dan alasan bagi kes diatas. [ 5 ]
( c) Huraikan perkaitan antara matlamat pensyriatan hudud dengan daruririyat al-khamsah [6].
Monday, 11 November 2013
Adat dijadikan sebagai hakim
Bermaksud adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. Berdasarkan hadis:
ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ,و ما راه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح
(Apa yang dinilai oleh orang muslim itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan Apa yang dinilai oleh orang muslim itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah.)
Adat
- Bahasa ialah Perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat.
- Istilah ialah Perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang tanpa ada kaitan disegi akal.
- Uruf perkataan seperti MAKANAN digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan.
- Uruf perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti Mas Kahwin dibayar kepada perempuan sebelum disetubuhi atau mata wang di Malaysia digunakan RM atau ringgit.
- Uruf Am ialah perkara yang dikenali di seluruh negara Islam seperti perkataan Nazar wajib ditunaikan sekiranya yang dinazar itu harus atau sunat.
Uruf Khas ialah perkara yang dikenali di sebahagian negara Islam sahaja seperti di Malaysia menanggal kasut sewaktu masuk rumah.
Kehujahan
- Syarak memandang uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam. Atau menjadikan adat itu segai hakim dalam pembentukan undang-undang.
Kesukaran itu membawa kemudahan
Kaedah ini bermaksud sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah allah itu maka perintah itu diringankan.
Berdasarkan Dalil :-
يريد الله بكم اليسر ول يريد بكم العسر
)(Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.)
- Islam membawa konsep kemudahan dan keringanan.
- Tuntutan Taklif tidak dikira Musyaqqah kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah satu keperluan.
- Tidak semua perkara diberi rukshah hanya perkara tertentu sahaja.
- Sekiranya semua perkara diberi rukshah sedah tentu hidup tidak akan sempurna
Sebab-Sebab Rukshah
- Musafir. Boleh qasar @ Jama’ solat.
- Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.
- Terpaksa. Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan memakan perkara yang diharamkan.
- Terlupa. Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.
- Kejahilan. Kejahilan dimaafkan.
- Umum al-Balwa. (Tidak dapat Dielakkan) Air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari hujan dimaafkan.
- Kekurangan. Kanak-kanak dan permpuan tidak wajib jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.
- Kesulitan harus dihapuskan menurut syarak.
- Apabila sesuatu urusan itu sempit maka lapangkanlah.
Pecahan Kaedah
- Mencari arah Kiblat tidak perlu Yakin tetapi cukup dengan Zhan.
- Saksi wanita boleh diterima apabila lelaki tidak mengetahuinya seperti melihat
kecacatan pada wanita.
Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan
Bermaksud: Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku ataupun tidak, maka keraguan yang datang selepasnya tidak diambil kira.
(Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang datang selepas itu tidak diambilkira.)
Pecahan Kaedah
1.Kekal sesuatu itu mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya.
- Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka ia dikira masih suci.
- Berbuka puasa tanpa berijtihad, lalu syak samada matahari terbenam atau belum, maka batal puasanya kerana asalnya matahari itu belum tenggelam.
2. Asal sesuatu itu tidak ada.
- Menggunakan harta orang lain yang dikatakan telah diizinkan kepadanya, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan itu.Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta itu tidak diizinkan.
- Seseorang mendakwa ia tidak melakukan persetubuhan, maka pendakwaan itu diterima kerana asalnya tidak ada hubungan seks.
3. Asal seseorang itu bebas dari tanggung jawab.
- Barang yang rosak dalam penjagaan penyimpan minta diganti oleh tuan punyanya,lalu penyimpan menafikannya. Penafian tersebut diterima kerana pada asalnya penyimpan itu bebas dari tanggung jawab.
4. Asal sesuatu perkataan itu dikira maksudnya yang hakiki.
- Seseorang mewakafkan hartanya kepada anak (walad) maka cucunya tidak boleh menerima harta tersebut kerana maksud perkataan sebenar ialah anak(walad). Maka tidak termasuk cucu (Walad al_Walad)
- Sesorang bersumpah tidak akan membeli selepas itu dia mewakilkan kepada orang lain untuk membeli, maka tidak dikenakan kaffarah.
5. Syak adakah telah dilakukan atau belum maka dikira belum melakukan.
- Syak adakah ia melakukan atau belum sesuatu rukun sewaktu solat, maka hendaklah mengulanginya semula sebab dikira belum melakukannya.
- Syak bewuduk atau belum maka hendaklah berwuduk semula.
6. Asal sesuatu yang berlaku dikira masa yang paling hampir.
- Sembahyang dengan berwuduk dari sebuah perigi selama beberapa hari, hari berikutnya didapati ada bangkai maka tidak wajib mengganti solatnya kecuali solat yang diyakini dari wuduk dari air yang bernajis.
- Melihat ada mani pada kain sedangkan ia tidak ingat bilakah ia bermimpi,maka wajiblah ia mandi dan mengganti solat selepas tidurnya yang terakhir.
7.Asal sesuatu itu dikira harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
- Binatang yang tidak jelas tentang haramnya,maka hukumnya halal dimakan.
- Buah-buahan yang tidak jelas haramnya, halal dimakan.
8. Asalnya kemaluan perempuan itu adalah haram.
- Berkahwin dengan perempuan yang tidak yakin samada mahramnya atau ajnabi maka hukumnya adalah haram kerana berdasarkan pengharaman asalnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)