Followers

Wednesday, 12 November 2014


TAJUK-TAJUK DIJANGKA KELUAR ( SYARIAH ) SEMESTER 1 2014
sama-sama kita doakan semoga apa yang kita rancangkan ini diperkenan oleh Allah S.W.T

MUAMALAT
MUNAKAHAT
JENAYAH
MIRATH
Mukadimah
Tanggungjawab suami isteri
Konsep Jenayah
Asabul Furu’
Khiyar
Penyelesaian krisis RT
Diyat
Kadar
Ijarah
Talak
Kaffarah
Persoalan semasa
Al-rahnu
Rujuk
Takzir

Wakalah
Poligami
Persoalan Semasa Tentang Takzir

Wadiah
Persoalan semasa


Hibah



Wasiat



Tuesday, 11 November 2014

Gambar kenangan bersama peserta MTQ tahun 2010.
Ketika ini ustazah mengiringi pelajar bagi pertandingan syarahan agama,  Izudin mendapat tempat kedua di peringkat bahagian kuching ketika itu....

Monday, 10 November 2014

Assalamualaikum warahmatullah.....

Mohon maaf kerana sudah  lama ustazah tidak berkongsi di blog ini. Masa dan keadaan yang sibuk di sekolah dan di rumah menyebabkan ustazah tidak mempunyai kelapangan untuk menulis dan memuatkan soalan-soalan Syariah di sini.

Ustazah banyak luangkan masa bersama pelajar-pelajar ustazah di sekolah, kami baru berpindah ke tapak baru  pada awal tahun ini, banyak masa dihabiskan untuk  menghias kelas, bilik-bilik dan tempat-tempat lain untuk akviti baru kami di sini. di tapak sekolah baru ini juga pelajar tidak dapat akses internet dengan baik menyebabkan ustazah rasa tidak perlu untuk kemaskini maklumat dalam blog ini.

Minggu ini pelajar semester 1 STPM 2015  akan menduduki peperiksaan mereka. Bagi subjek Syariah ustazah telah mengadakan tiga kali ujian percubaan sebagai persedian,   semoga mereka telah mendapat persiapan yang mantap untuk peperiksaan pada Khamis ini......amin

Insya Allah esok ustazah akan paparkan tajuk-tajuk  Syariah yang dijangka keluar dalam peperiksaan semester1 STPM 2015.

Friday, 21 March 2014

LATIHAN  CUTI SEKOLAH

Berdasarkan hadis di bawah ,jelaskan kaedah yang terbit daripadanya beserta contoh.

Innama A'maalu bi-niyaat,wainnama Likuli amri  een manawa...

CARA MENJAWABNYA :
i)                   Kaedah yang terbit dari hadis ini ialah :

…………………………………………………………………………………………...................................................................................................
ii)                 Maksud kaedah ini ialah :
…………………………………………………………………………………………………………............................................................................
…………………………………………………………………………………………………………..............................................................................
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................
iii)               Contoh kaedah ini ialah :
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................
iv)               Hukum  bagi contoh ini ialah:
……………………………………………………………………………………………………………........................................................................



SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN MENYIAPKAN KERJA PROJEK MASING-MASING

Friday, 3 January 2014

Soalan Syariah kertas 2 ulangan 2013(Usul Fikah dan Kaedah Fiqh)

Bahagian A : Usul Fiqh
1) (a) (i) Berikan pengertian al-sunah dan hadis Ahad    [2]
          (ii) Berikan ciri utama hadis Ahad                        [3]
   
    (b) (i) Dengan memberikan dalil al-Quran dan hadis,kemukan hujah anda tentang
              kedudukan al-sunnah sebagai sumber perundangan Islam.  [4]
          (ii) Jelaskan kedudukan golongan yang berpegang dengan pandangan di atas  [5]
    (c) Dengan memberikan contoh,huraikan tiga peranan al-sunnah dalam penentuan hukum  [6]

2)  (a)  Berikan pengertian maslahah,masalih mursalah,dan masalih mulghah      [6]
     (b)  Dengan memberikan alasan,jelaskan kategori maslahah dalam perkara berikut :
           (i) Hukum sebat kepada peminum arak
           (ii) Insentif cukai ke atas sektor perjudian
           (iii) Keizinan mahkamah untuk poligami
           (iv) memberi hak sama rata antara lelaki dengan perempuan dalam pembahagian harta pusaka [8]
      (c) Bincangkan kehujjahan maslahah mursalah  mengikut pandangan ulama.  [6]

3)  (a) Terangkan konsep istishab dari segi pengertian,dalil,dan contoh.  [5]
     (b)  Jelaskan pendapat ulama tentang kehujjahan istihab.                  [9]
     (c)  Berdasarkan prinsip istishab,bincangkan kedudukan wuduk jika keluar najis tidak melalui qubul
           dan dubur.  [6]

Bahagian B : Kaedah Fikah

4. (a) .Terangkan kaedah al-dharar yuzal dari segi pengertian dan dalil  [4]
    (b) .Dengan memberikan contoh, jelaskan darar yang dimaksudkan mengikut kaedah al-dharar yuzal dan              darar yang dikecualikan dalam kaedah tersebut.[8]
    (c) .Huraikan kaedah al-darurat tubih al-mahzurat dan berikan contoh pengaplikasiannya dalam masalah              akidah dan muamalah.[8]

5. (a) Terangkan kaedah al-masyaqah tajlibu hataisyir dari segi pemerhatian dan dalil. [4]
    (b) Jelaskan lima sebab takhfif yang diharuskan dalam syarak [10]
    (c) Dengan memberikan contoh, huraikan perbezaan antara kaedah iza dhoqo al-amru ittasa'a dengan             kaedah iza ittasa'a dhoqo. [6]

6. (a)  Terangkan kaedah al-adah muhakamah dari segi pengertian dan dalil  [6]
    (b)  Dengan memberikan contoh, huraikan kaedah istimaal al-nasi hujjatan yuhibul mal biha [6]
    (c ) Dengan memberikan contoh dan hukumnya,jelaskan perbezaan antara adat yang sahih dengan adat
          yang fasid.   [ 8 ]

Tuesday, 19 November 2013

Soalan syariah Penggal 1 2013 :
Bahagian A : Muamalat dan Munakahat

Jawab dua soalan sahaja.
1.  (a) Berikan pengertian riba dan kemukakan dalil mengenainya. [4]
     (b) Berikan maksud riba hutang,dan jelaskan dua jenis riba hutang beserta contoh. [10]
     (c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi kes berikut :
             (i) A telah membuka akaun simpanan di salah sebuah bank yang telah menetapkan bahawa kadar keuntungan ialah sebanyak 5 peratus setiap tahun.  [3]
             (ii) B telah menyimpan sebanyak RM1000.00 di sebuah bank tanpa menetapkan sebarang keuntungan.Namun begitu,setelah genap setahun B mendapati bahawa simpanannya telah bertambah sebanyak RM1100.00.   [3]

2. (a) Terangkan tiga keadaan yang memerlukan wali hakim.  [6]
    (b)  Jelaskan empat syarat yang membolehkan seorang bapa memaksa anaknya berkahwin. [8]
    (c)  Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran  untuk kes yang berikut :
           (i)  Seorang perempuan berkahwin dengan berwalikan wali hakim di luar mukim yang jaraknya 45 km dari kediaman bapanya.      [3]
           (ii) Seorang perempuan berkahwin di Narathiwat,Thailand tanpa kebenaran bapanya. [3]

3. (a) Berikan pengertian iddah dan dua hikmah pensyariatannya.  [6]
    (b) Jelaskan empat hak yang diberikan kepada seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. [8 ]
   (c) Dengan memberikan alasan,huraikan hukum bagi kes berikut :
        (i) D yang baru setengah jam bergelar isteri telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu sebaik sahaja diberitahu bahawa isterinya pernah bersekedudukan dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka. [3]
       (ii) E meninggal dunia di majlis perkahwinannya dengan isteri kedua dandisaksikan oleh iseri pertama. [3].

Bahagian B : Mirath dan Jenayah

4  (a) Dengan memberikan contoh,terangkan jenis al-hajbu.            [6]
    (b) Jelaskan tiga perbezaan antara al-hajbu dengan al-man'u       [6]
    ( c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut :
          (i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri,bapa dan dua orang anak perempuan. [ 4]
                (ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami,ibu kepada ibu(nenek sebelah ibu),dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa. [ 4]

5. (a) Dengan memberikan dalil,terangkan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman qisas. [5]
    (b) Qisas merupakan suatu hak yang boleh diwarisi.Bincangkan pendapat ulamak tentang pelaksanaan hukuman qisas.
     (c) F telah menumbuk G kerana mencuri kasutnya.Tiba-tiba,G rebah dan disahkan meninggal dunia.
Huraikan keslahan jenayah dan jenis diyat bagi kes di atas. [ 6 ]

6  ( a) Terangkan syarat pelaksanaan hukuman terhadap jenayah riddah. [9]
  ( b) H meminta J menjaga lad ATMnya ketika dia menyertai satu ekspidisi ke Gunung Kinabalu. J mengetahui nombor pin kad tersebut keran dia pernah diberitahu oleh H. J telah mengambil sejumlah wang daripada kauan H tanpa pengetahuannya dengan untuk mencuri.
       Jelaskan hukum dan alasan bagi kes diatas.  [ 5 ]
    ( c) Huraikan perkaitan antara matlamat pensyriatan hudud dengan daruririyat al-khamsah  [6].

Monday, 11 November 2013

Adat dijadikan sebagai hakim

Bermaksud adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. Berdasarkan hadis:
ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ,و ما راه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح
(Apa yang dinilai oleh orang muslim itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan Apa yang dinilai oleh orang muslim itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah.)
Adat
-          Bahasa ialah Perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat.
-          Istilah ialah  Perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang  tanpa ada kaitan disegi akal.
-          Uruf perkataan seperti MAKANAN digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan.
-          Uruf perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti Mas Kahwin dibayar kepada perempuan sebelum disetubuhi  atau mata wang di Malaysia digunakan RM atau ringgit.
-          Uruf Am ialah perkara yang dikenali di seluruh negara Islam seperti perkataan Nazar wajib ditunaikan sekiranya yang dinazar itu harus atau sunat.
  Uruf Khas ialah perkara yang dikenali di sebahagian negara Islam sahaja seperti di Malaysia menanggal kasut sewaktu masuk rumah.
Kehujahan
-          Syarak memandang uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam. Atau menjadikan adat itu segai hakim dalam pembentukan undang-undang.