Followers

Wednesday, 7 January 2015

Assamualaikum........ Selamat menyambut Tahun baru 2015 ustazah ucapkan kepada semua pelajar Pra U  semester 2  SMKA SHOAW tahun 2015,semoga kalian semua sudah bersedia dan bersemangat untuk menghadapi semester baru ini kerana ianya lebih mencabar lagi berbanding dengan semester satu lepas..........tapi ustazah percaya ramai dikalangan anda  yang telah bersedia dengan nota-nota "segala" tahniah kepada mereka ini,  ustazah bangga dengan anda semua......

Ustazah harap dalam kita bersenang-senang di negeri Sarawak ini jangan kita lupa dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di negeri-negeri yang ditimpa banjir yang dasyat itu.......sama-sama kita doakan semoga mereka dapat menghadapi pelajaran pada semester 2 ini dengan sabar dan tabah.....aamin....

Ustazh akan memaparkan beberapa tajuk yang boleh dicadang bagi KPS (Syariah) 2015 berdasarkan tiga tema yang telah ditetapkan oleh pihak MPM, anda semua boleh pilih mana-mana tajuk kemudian  bincang dengan saya atau ustaz Ishak untuk tindakan selanjutnya.


CADANGAN TAJUK KPS SYARIAH  (930/4) 2015
TEMA 1: JUAL BELI
1.       ANALISIS AMALAN KHIYAR ..(AIB/ MAJLIS/SYARAT DALAM JUAL BELI DI........( NAMA TEMPAT)...............
2.       KAEDAH JUAL BELI EMAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
3.       KONSEP BBA MENURUT PANDANGAN FUQAHA DAN PELAKSANAANNYA DALAM PRODUK KEWANGAN MASA KINI.
4.       PERBANDINGAN ANTARA BAY’ SALAM DENGAN BAY’ ISTISNA MENURUT FUQAHA.
5.       KEDUDUKAN JUAL BELI SECARA ATAS TALIAN MENURUT MUAMALAT ISLAM.
6.       KEFAHAMAN... MASYARAKAT/ GOLONGAN/ PELAJAR...TERHADAP JUAL BELI SALAM DI.....................
7.       BAY’ MU’ATAH  DAN  AMALANNYA DI..........................
8.       KONSEP BAY’ INAH MENURUT PANDANGAN FUQAHA DAN PELAKSANAANNYA DALAM PRODUK KEWANGAN MASA KINI.
9.       BAY’ URBUN MENURUT PANDANGAN FUQAHA DAN AMALANNYA MASA KINI.
10.   JUAL BELI YANG SAH TETAPI HARAM DALAM AKTIVITI PERNIAGAAN MASA KINI.

TEMA 2: TALAK
1.       TALAK MELALUI ALAT KOMUNIKASI  ELEKTRONIK MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
2.       KEFAHAMAN TENTANG TALAK DALAM KALANGAN......................DI..............................
3.       FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KES PERCERAIAN DALAM MASYARAKAT DI...........................
4.       PERANAN....INSTITUSI AGAMA/ JABATAN AGAMA/ MAHKAMAH....DALAM MENANGANI MASALAH PERCERAIAN DI........................
5.       KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG PERCERAIAN MELALUI ...FASAKH/KHULUK/ TA’LIK DI..........................
6.       KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG TUNTUTAN SELEPAS PERCERAIAN. SATU KAJIAN DI...........................
7.       PERCERAIAN DI LUAR MAHKAMAH. SATU KAJIAN DI..................................
8.       BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM PROSES PERCERAIAN. SATU KAJIAN DI......................
9.       ALASAN FASAKH MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI..............................
10.   PROSEDUR PERCERAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH ............................
TEMA 3: QISAS
1.       HALANGAN DALAM PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
2.       HALANGAN DALAM PELAKSANAAN QISAS DI MALAYSIA.
3.       HUKUMAM MATI DALAM KANUN KESEKSAAN MALAYSIA DAN HUKUMAN QISAS DALAM ISLAM. SATU PERBANDINGAN.
4.       KEFAHAMAN MASYARAKAT DI............................TERHADAP HUKUMAN QISAS.
5.       KAEDAH SABITAN PEMBUNUHAN DALAM QISAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
6.       KAEDAH SABITAN MENCEDERAKAN ANGGOTA DALAM QISAS MENURUT PANDANGAN FUQAHA.
7.       MAQASID AS-SYAREIYYAH DALAM HUKUMAN QISAS.
8.       ANALISIS NAS-NAS AL-QURAN DAN HADIS YANG BERKAITAN HUKUMAN QISAS.
9.       HAK WARIS MANGSA DALAM PENENTUAN HUKUMAN QISAS.

10.   KONSEP KEMAAFAN DALAM QISAS DAN HIKMAHNYA MENURUT PANDANGAN ISLAM.



Thursday, 20 November 2014

                                  TAJUK YANG DIJANGKA MASUK ULANGAN 2 (2014)

BAHAGIAN A


  1. PENGENALAN USUL FIKAH
  2. AL-IJMAK      2014
  3. AL-QIYAS
  4. AL-ISTIHSAN      2014
  5. TAQLID DAN TALFIQ    2014
BAHAGIAN B

  1. PENGENALAN KAEDAH FIKAH 
  2. AL-DHARAR YUZAL     2014
  3. AL-MASYAQQAH TAJLIBU TAISIR  
  4. AL-ADAH MUHAKAMAH  

Thursday, 13 November 2014

SYARIAH STPM PENGGAL 1 2015/ ULANGAN

                                                        Bahagian A
Jawab 2 soalan sahaja :
1.(a) (i) Dengan mengemukakaan dalil,berikan pengertian wakalah.  [2]
        (ii) Terangkan rukun wakalah.  [4]
   (b) Jelaskan empat keadaan yang boleh membatalkan akad wakalah. [8]
   (c) Berikan ulasan anda tentang amalan wakalah dalam perlantikan peguam syarie di Malaysia [6]

2.(a) Berikan pengertian hibah dan tiga syarat pemberian harta hibah.[4]
   (b) Berikan perbezaan antara hibah al-Umra dengan hibah al-Ruqba.  [8]
   (c) x yang telah disahkan menghadapi  penyakit kanser kronik sempat  menghibahkan separuh hartanya kepada sebuah yayasan anak yatim sebelum meninggal dunia.Bincangkan status hibah tersebut.  [8]

3. (a) (i) Dengan mengemukakan dalil , berikan pengertian talak ba'in. [2]
         (ii) Terangkan bahagian talak ba'in.  [4]
    (b) Jelaskan empat sebab berlaku  talak ba'in [8]
    (c) Sebelum sesuatu permohonan cerai kepada Mahkamah Syariah ,pihak suami dan isteri diminta membuat pengaduan kepada Unit Kaunseling Keluarga di Pejabat Agama Islam untuk diberikan kaunseling terlebih dahulu. Sekiranya tiada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipangjangkan ke Mahkamah syariah.
       Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan tiga kepentingan untuk mendapatkan khidmat kaunseling.[6]

                                                                         Bahagian : B
Jawab dua soalan sahaja.

4, (a) Terangkan  pengertian waris asabah dan dua cara pewarisannya. [6]
    (b) Jelaskan waris asabah bi al-nafsi dan waris asabah bi al-ghairi beserta contoh. [6]
    (c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka yang berikut:
         (i)  Seorang perempuan meninggal dunia dan meningalkan ibu, bapa , tiga orang saudara lelaki seibu sebapa, dan bapa kepada bapa (datuk).    [4]
         (ii) Seorang lelaki meninggalkan dan meinggalkan dua orang isteri , seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan ibu. [4]

5. (a) Terangkan maksud pembahagian harta pusaka secara muafakat dan hukumnya. [4]
    (b) Jelaskan dua syarat pembahagian harta secara muafakat. [4]
    (c) Huraikan pembahagian harta pusaka berikut menurut hukum syarak :
         (i) seorang lelaki meningagal dunia dan meninggalkan seorang isteri , dua orang  anak perempuan, dan empat orang saudara perempuan seibu sebapa. [6]
         (ii) seorang perempuan meninggal dunia dan meninggal suami , dua orang anak lelaki, dan ibu. [6]

6.(a) Terangkan tiga kategori kesalahan takir.  [6]
   (b) Jelaskan empat bentuk hukuman takzir dalam sistem perundangan Islam. [8]
   (c) Seksen 14,Akta keslahan Jenayah Syariah(Wilayah-wilyah Persekutuan)1997 memperuntukan :
        "mana-mana orang lelaki yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya."   [6]

        Huraikan jenis kesalahan jenayah di atas.

Wednesday, 12 November 2014

TAJUK RAMALAN HADIS AHKAM 2014(SEM3)

BIL
TAJUK
CATATAN
     1
SAHAM AKHIRAT/7 AMAL JARIAH

2*
KEPERIBADIAN ISTERI SOLEHAH / ISTERI SOLEHAH BAHAGIA
2014
3*
MENGHADAPI ISTERI NUSYUZ /SIFAT ISTERI SOLEHAH

     4
DUA AMALAN DICATAT/ SYUKUR DAN SABAR

5*
ISLAM MENGUTAMAKAN KESIHATAN / MENJAGA PERUT
2014
6*
MUKMIN YANG KUAT / KUAT DAN LEMAH

     7
JUJUR DALAM PERNIAGAAN/JUAL BELI YANG DILARANG

8*
MEMBERI HAK KEPADA YANG BERHAK/RASUAH
2014
9*
KEPIMPINAN MENURUT ISLAM / MUKMIN YG KUAT





TAJUK RAMALAN AYAT AHKAM 2014(SEM3)

BIL
TAJUK
CATATAN
     1
BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA   (AN-AAM : 151-152)

2*
KEADILAN MENUNAI AMANAH      (NISA’ :3-4)
2014
3*
KERUKUNAN RUMAHTANGGA      (NISA’: 34-35)

     4
KONSEP AMAR MAKRUF               (IMRAN:103-105

5*
BERHIAS MENURUT ISLAM             (A’RAF :31-33)

     6*
HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN (BAQARAH: 173-174)
2014
7*
MEMAKMURKAN BUMI  ALLAH      (A’RAF: 54-58)

8*
PENGURUSAN SUMBER ALAM       (NAHLU :10-16)
2014
9
KEWAJIPAN MENURUT PERINTAH  (NAHLU: 90-92)


TAJUK-TAJUK DIJANGKA KELUAR ( SYARIAH ) SEMESTER 1 2014
sama-sama kita doakan semoga apa yang kita rancangkan ini diperkenan oleh Allah S.W.T

MUAMALAT
MUNAKAHAT
JENAYAH
MIRATH
Mukadimah
Tanggungjawab suami isteri
Konsep Jenayah
Asabul Furu’
Khiyar
Penyelesaian krisis RT
Diyat
Kadar
Ijarah
Talak
Kaffarah
Persoalan semasa
Al-rahnu
Rujuk
Takzir

Wakalah
Poligami
Persoalan Semasa Tentang Takzir

Wadiah
Persoalan semasa


Hibah



Wasiat



Tuesday, 11 November 2014

Gambar kenangan bersama peserta MTQ tahun 2010.
Ketika ini ustazah mengiringi pelajar bagi pertandingan syarahan agama,  Izudin mendapat tempat kedua di peringkat bahagian kuching ketika itu....

Monday, 10 November 2014

Assalamualaikum warahmatullah.....

Mohon maaf kerana sudah  lama ustazah tidak berkongsi di blog ini. Masa dan keadaan yang sibuk di sekolah dan di rumah menyebabkan ustazah tidak mempunyai kelapangan untuk menulis dan memuatkan soalan-soalan Syariah di sini.

Ustazah banyak luangkan masa bersama pelajar-pelajar ustazah di sekolah, kami baru berpindah ke tapak baru  pada awal tahun ini, banyak masa dihabiskan untuk  menghias kelas, bilik-bilik dan tempat-tempat lain untuk akviti baru kami di sini. di tapak sekolah baru ini juga pelajar tidak dapat akses internet dengan baik menyebabkan ustazah rasa tidak perlu untuk kemaskini maklumat dalam blog ini.

Minggu ini pelajar semester 1 STPM 2015  akan menduduki peperiksaan mereka. Bagi subjek Syariah ustazah telah mengadakan tiga kali ujian percubaan sebagai persedian,   semoga mereka telah mendapat persiapan yang mantap untuk peperiksaan pada Khamis ini......amin

Insya Allah esok ustazah akan paparkan tajuk-tajuk  Syariah yang dijangka keluar dalam peperiksaan semester1 STPM 2015.