Followers

Sunday, 28 July 2013

latihan soalan Mirath :

Bahagian 2 : Mirath



a)
Jelaskan tiga hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [6]. 


b)
Terangkan 2 sebab  yang mengharuskan seseorang itu mendapat harta pusaka    [4]  
                                                                                                                                       

c)
Terangkan pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki yang telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki,bapa ,ibu,nenek(ibu kepada ibu si mati) dan datuk (bapa kepada bapa si mati)                                                                             [ 8 ]

2
a)
Terangkan 3 halangan seseorang itu  dari mendapat harta pusaka    [6]   


b)
Membunuh merupakan satu daripada sebab yang menghalang seseorang itu mendapat harta pusaka;jelaskan pandangan ulama tentang perkara ini.    [8]


c)
Seorang lelaki meninggal dunia.Beliau meninggalkan seorang isteri,ibu,bapa dan dua orang anak perempuan.terangkan bagaimana pembahagian harta pusaka tersebut dilakukan. [ 8 ]

3
a)
Terangkan takrif mirath dan ilmu mirath. [4]


                                                                                                                                           

b)
Selesaikan pembahagian harta pusaka berikut :


i)                    Dengan memberikan kadar bahagian dan alasan, tentukan waris yang layak dan waris yang tidak layak untuk menerima pusaka tersebut       [8]

ii)                  selesaikan pembahagian pusaka tersebut kepada waris si mati. [4]



c)
Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak perempuan, dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4]





Tuesday, 23 July 2013

WARIS ASOBAH

Pengertian : iaitu waris terdekat kepada si mati iaitu anak lelaki @ kaum kerabat sebelah lelaki sahaja.mereka berhak mendapat semua baki harta.

Jenis-jenis asobah : ada tiga jenis iaitu:
a) asobah dengan diri sendiri
b) asobah dengan orang lain
c) asobah beserta orang lain

A) Asobah dengan diri sendiri,mereka ini terdiri daripada:
    1. anak lelaki
    2. cucu lelaki dari anak lelaki
    3. cicit lelaki dan ke bawah
    4. bapa
    5. datuk dan ke atas
    6. saudara lelaki seibu sebapa (SLSISB)
    7. saudara lelaki sebapa (SLSB)
    8. anak saudara lelaki  seibu sebapa
    9. anak saudara lelaki sebapa
   10. cucu saudara lelaki seibu sebapa
   11. cucu saudara lelaki sebapa
   12. bapa saudara seibu sebapa
   13. bapa saudara sebapa
   14. anak bapa saudara seibu sebapa
   15. anak bapa saudara sebapa
   16. cucu bapa sauadara seibu sebapa
   17.cucu bapa saudara sebapa
   18. datuk saudara seibu sebapa
   19 . datuk saudara sebapa
   20. anak datuk saudara seibu sebapa
   21. anak datuk saudara sebapa
         dan seterusnya waris lelaki sebelah bapa.

B) Asobah bersama dengan orang lain (Asobah bil ghairi)
     Asobah bersama orang lain : seseorang itu mendapat asobah apabila simati ada meninggalkan waris lelaki dan waris perempuan yang sama darjat di mana bahagian mereka telah ditetapkan iaitu bahagian lelaki dua kali bahagian perempuan.

Mereka yang mendapat asobah jenis ini terdiri daripada empat golongan. iaitu :

  • anakperempuani                           + anak lelaki
  • cucu perempuan                           + cucu leleki dari anak lelaki
  • saudara perempuan seibu sebapa  + saudara lelaki seibu sebapa
  • saudara perempuan sebapa           + saudara lelaki sebapa
Contoh kes :


waris
bahagian
24 
72 




Isteri
1/8 
 3
9
ibu
 1/6
 4
12 
bapa
 1/6
  4 
12 
al

asobah 
 13
13
ap

 26

C) Asobah bserta orang lain (asobah maal ghairi)

maksudnya : waris wanita tertentu iaitu saudara perempuan seibu sebapa atau saudara prerempuan sebapa menjadi asobah apabila simati ada meninggalkan beserta anak perempuan  atau cucu perempuan,dengan syarat tidak ada saudara lelaki seibu sebapa atau saudara lelaki sebapa yang mengasobahkan saudara perempuan itu menjadi asobah bil ghairi.

Asobah selalunya berkaiantan dengan waris waris lelaki .Akan tetapi sobah jenis ini adalah berkaitan dengan wanita dan mereka tidak memerlukan lelaki untuk menjadi asobah.

Mereka yang menjadi asobah jeni ini adalah :

  • saudara perempuan seibu sebapa   + anak perempuan seorang atau lebih @cucu perempuan dari anak lelaki
  • saudara perempuan sebapa           + anak perempuan seorang atau lebih@cucu perempuan dari anak lelaki.
Contoh kes :

waris
bahagian
 2





Cucu P
1/2 
 1

Saudara P sisb
asobah 
 1 

TERTIB ASOBAH :

Hanya satu golongan asobah sahaja yang mesti wujud di dalam satu kes faraid.Bagi menentukan siapakah waris asobah yang lebih berhak,hendaklah dilihat kepada kekuatan dari segi pihak,kehampiran darjat dan kekuatan darjat.

WARIS ZAWIL ARHAM

orang=orang yang mempunyai kerabat dengan orang yang meninggal, tetapi mereka tidak masuk dalam golonganAsabul Furudh dan tidak pula ke dalam golongan Asabah, seperti cucu perempuan dari anak perempuan, cucu lelaki dari anak perempuan, anak  perempuan dari saudara lelaki sekandung, anak lelaki dari saudara perempuan sekandung, dan seperti saudara ayah yang perempuan, sudara ibu lelaki dan yang perempuan.




selamat berpuasa ustazah ucapkan kepada anak-anak pelajar sekalian,
semoga anak-anak semua mengejar sebanyak mungkin fadhilat-fadhilat ramadhan pada tahun ini,
anggaplah ia baga ramdhan terakhir yang akan kita jumpa.....semoga hidup kita semua selalu diberkati Allah subhanahutaala hendaknya.

jangan lupa minggu hadapan anak-anak semua akan menghadapi ujian penggal kedua,diharap anak-anak semua telah bersedia....
laman web islam usm

Thursday, 4 October 2012

latihan mirath:

Seorang suami mati meninggalkan isteri,bapa,ibu,seorang anak perempuan dan
seorang anak lelaki.


Seorang isteri mati meninggalkan suami,saudara lelaki seibu,saudara lelaki seibu
sebapa dan saudara perempuan seibu sebapa


Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu,bapa,seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Seorang meninggal dunia dan meinggalkan isteri,ibu,bapa,seprang anak lelaki dan seorang anak perempuan 

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu,bapa,seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. 

seorang meninggal dunia dan meninggalkan isteri,ibu,bapa, dua orang anak perempuan 

Seorang meninggal dunia dan meninggalkan isteri, ibu,bapa, tiga orang anak lelaki



                                                                                                                                                                                                                                   

Tuesday, 2 October 2012

ISU SEMASA TENTANG TALAK :

a) Perceraian di luar mahkamah
b) Kaunseling sebelum perceraian
c) Tuntutan nafkah selepas perceraian: mut'ah,harta sepencarian
d) hak hadhanah
e) talak melalui alat komunikasi

Perceraian di luar mahkamah:


Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri, perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Maknanya, bagaimanapun teruknya keadaan rumahtangga itu, pasangan berkenaan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.
Maksud cerai di luar mahkamah :
suami melafazkan cerai samada talaq 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.
Hukuman : denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”.
Prosedur yang perlu diambil apabila berlaku perceraian di luar mahkamah :
a) merujuk hal ini kepada mahkamah syariah :
Jika suami sudah terlafaz cerai di rumah, di pejabat, di dalam kereta, atau di mana saja, asalkan tanpa kebenaran mahkamah, maka apa yang perlu dilakukan selepas itu ialah merujukkan hal tersebut di mahkamah syariah di mana pasangan tinggal atau bermastautin. Buat satu permohonan untuk memohon pengesahan samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak.
b) Hadir ke Mahkamah :
Kedua pasangan mesti hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz tersebut. Mahkamah akan meneliti bentuk lafaz samada lafaz tersebut berbentuk soreh atau kinayah atau ta’liq. Jika sah, maka mahkamah akan mengesahkan bahawa talaq telah gugur, bilangan talaq yang gugur, tempoh isteri bereddah dan lain-lain hal yang bersangkutan dengan perceraian.
c) daftarkan perceraian :
Ada sesetengah negeri yang tidak akan mendaftarkan perceraian itu di hadapan Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama Islam selagi pasangan tersebut tidak didakwa di Mahkamah Syariah. Sesetengah negeri pula tidak ada halangan untuk mendaftarkan perceraian tersebut samada telah didakwa atas kesalahan bercerai tanpa kebenaran mahkamah atau didakwa kemudian. Yang penting, pendaftaran perceraian dibuat dan pendakwaan akan dibuat kemudian.
Apa yang penting di sini adalah kesedaran umat Islam di negara ini  bahawa undang-undang tidak membenarkan pasangan bercerai tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada mahkamah syariah. Kebenaran ini perlu bagi memastikan masyarakat Islam tidak sewenang-wenangnya bercerai sesuka hati tanpa kawalan atau pemantauan.
d) Penalti :
Jika disabitkan bersalah, pasangan yang menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah boleh dihukum denda tidak lebih dari RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Sila lihat seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam untuk lebih jelas.
ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN IX – PENALTI

Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah
“Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”.
Kesimpulan :
Justeru, jangan sampai terlalu ikutkan hati sehingga sewenang-wenangnya bercerai tanpa kebenaran mahkamah, pasangan tersebut akhirnya turun naik di mahkamah untuk menghadapi perbicaraan jenayah kerana bercerai tanpa kebenaran.
Dalam menghadapi kemelut rumahtangga, kesabaran amat penting dan tinggi harganya. Janganlah melafazkan cerai terburu-buru. Selain berlaku penyesalan, pasangan juga akhirnya mendapat status “penjenayah” di kemudian hari. Sebabnya hanya satu iaitu bercerai tanpa kebenaran mahkamah syariah.