Followers

Wednesday 31 July 2013

Gaya tudung di hari raya,tapi saya tidak pasti masih ada atau tidak tudung ini ....bloG  heliza helmi hijab

Sunday 28 July 2013

MAHJUB

A) PENGERTIAN :
 iaitu waris waris yang terdinding daripada menerima pusaka @ tidak dapat menerima harta peninggalan simati sama ada tidak dapat semuanya@ hanya mendapat sedikit sahaja.

B) BAHAGIAN HAJBU/MAHJUB

Hajbu  Hirman : iaitu menghalangi seseorang daripada mendapat ke semua harta . Contohnya dihalang cucu lelaki dari mendapat pusaka apabila ada anak lelaki.

Hajbu Nuqson : iaitu menghalangi seseorang daripada mendapat bahagian yang banyak yang patut diperolehinya.@ waris yang mendapat sedikit sahaja bahagian dan harta pusaka kerana bahagian yang sepatutnya diterima telah bertukar atau berpindah kepada bahagian yang lebih kecil.


PERBEZAAN ANTARA HAJBU HIRMAN DGN HAJBU NUQSON SERTA PENDIDINGNYA:

Hajbu  Hirman
Pendiding
Hajbu Nuqson
Pendiding
Datuk
Ayah
Suami ½ -1/4
anak
Nenek
Ibu @ ayah
Isteri ¼ -1/8
anak
moyangP SB
Nenek s ibu
Ibu 1/3 -1/6
Al/sl
Cucu L/P
Anak L
CP ½ -1/6
AP
SLSISB
Ayah,AL,CL
SPSB ½-1/6
SPSISB
Anak s L SISB
bp ,dt,al,cl,sl
Anak L
AL lain
Bapa s sisb
Bapa ,dt,AL,CL


Sepupu l



latihan soalan Mirath :

Bahagian 2 : Mirath



a)
Jelaskan tiga hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [6]. 


b)
Terangkan 2 sebab  yang mengharuskan seseorang itu mendapat harta pusaka    [4]  
                                                                                                                                       

c)
Terangkan pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki yang telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki,bapa ,ibu,nenek(ibu kepada ibu si mati) dan datuk (bapa kepada bapa si mati)                                                                             [ 8 ]

2
a)
Terangkan 3 halangan seseorang itu  dari mendapat harta pusaka    [6]   


b)
Membunuh merupakan satu daripada sebab yang menghalang seseorang itu mendapat harta pusaka;jelaskan pandangan ulama tentang perkara ini.    [8]


c)
Seorang lelaki meninggal dunia.Beliau meninggalkan seorang isteri,ibu,bapa dan dua orang anak perempuan.terangkan bagaimana pembahagian harta pusaka tersebut dilakukan. [ 8 ]

3
a)
Terangkan takrif mirath dan ilmu mirath. [4]


                                                                                                                                           

b)
Selesaikan pembahagian harta pusaka berikut :


i)                    Dengan memberikan kadar bahagian dan alasan, tentukan waris yang layak dan waris yang tidak layak untuk menerima pusaka tersebut       [8]

ii)                  selesaikan pembahagian pusaka tersebut kepada waris si mati. [4]



c)
Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak perempuan, dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4]