Followers

Sunday 1 September 2013

KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN
TAJUK INI ustazah petik dari  repo.uum.edu.my

Ahmad Shamsul Dato’ Abd Aziz’ berkata :
Harta merupakan sesuatu yang diingini oleh tabiat semulajadi manusia dan
boleh disimpan untuk sesuatu tempoh masa. Dengan harta juga seseorang itu
boleh menggunakannya sebagai modal bagi menjalankan sesuatu perniagaan.
Antara sumber pendapatan yang paling penting ialah melalui perniagaan,
pertukangan dan pertanian. Ha1 ini, walaupun boleh dilakukan secara
perseorangan, kebiasaannya ia memerlukan kerjasama pihak lain. Oleh itu,
maka diperundangkan syarikat di dalam syariah yang diturunkan oleh Allah
s. w. t. Organisasi syarikat boleh diwujudkan apabila terdapat dua atau lebih
pihak yang sanggup berkongsi dalam menjalankan sebuah perniagaan. Artikel
ini akan membincangkan mengenai konsep syarikat di dalam perundang Islam.

PENDAHULUAN
Dalam konteks hubungan manusia dengan harta, menerusi konsep perkongsian telah
membawa kepada penubuhan satu entiti perniagaan yang dikenali sebagai ‘as-syarikah’
atau ‘musyarakah’ atau ‘syarikat’. Aktiviti perniagaan seperti ini bukan sekadar satu
perkongsian semata-mata tanpa adab dan peraturan, tetapi syarikat di dalam sistem
ekonomi Islam merupakan satu kaedah yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah
s.a.w. Syarikat ditubuhkan untuk menggerakkan harta melalui penggabungan harta
tersebut dengan sumber manusia supaya ia terus berkembang dan dapat dimanfaatkan
untuk pembangunan individu pemilik harta tersebut khususnya dan masyarakat
umumnya.

MAKSUD SYARIKAT :
Secara etimologi, ‘as-syarikah’ bererti percampuran antara sesuatu dengan yang lain sehingga sukar dibezakan (Rahman Ritonga, 1999).

Manakala ‘syarikah’ mengikut
penggunaan umum bahasa Arab pula membawa erti menggabungkan dua perkongsian
sebagai satu cara untuk membuatkan keduanya tidak boleh dibezakan (Ala’Eddin
Kharofa, 1 997). Walau bagaimanapun jumhur ulama tidak mensyaratkan ‘percampuran’
sebagai satu elemen yang membentuk definisi ‘syarikah’, sebaliknya memberi tumpuan
tentang konsep kontrak yang mendasari sesuatu entiti perniagaan itu (Gulf Legal
Services, 200 1 ).

 Para fuqaha pula memberikan pelbagai definisi tentang istilah syarikat.
Ulama Maliki mentafsirkan syarikat sebagai izin kedua pihak yang bersyarikat bagi pengurusan harta milik mereka dan setiap pihak mempunyai hak pengurusan (Say id
Sabiq, 1990).

Ulama Ham bali pula mentakrifkan syarikat sebagai perhimpunan dalam
memperolehi hak atau ‘tasarruf atau kuasa pengurusan (Ala’ Eddin Kharofa, 1997).

Ulama Syafie menyatakan syarikat sebagai sabit hak pada sesuatu bagi dua orang atau
lebih secara bersama.

 manakala ulama Hanafi menjelaskan syarikat sebagai suatu kontrak
antara dua orang yang berkongsi modal dan untung (Wahbah Zuhaili, 2000).

Pada hakikatnya, definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha menunjukkan
terdapatnya unsur kerjasama dan perkongsian sama ada dalam bentuk hak pengurusan
mahupun hak keuntungan. Namun begitu, definisi yang dikemukakan oleh ulama Hanafi
kelihatan lebih menyeluruh kerana ia mengungkapkan syarikat sebagai suatu kontrak
dengan sendirinya mewujudkan konsep hak dan tanggungjawab yang mengikat,
sedangkan definisi yang lain lebih menjurus kepada tujuan atau kesan kontrak itu sendiri.
Pemakaian konsep syarikat atau perkongsian sebagai suatu kontrak bukan sahaja terpakai
kepada umat Islam, malahan konsep ini telahpun bertapak di zaman purba Rom di mana
undang-undang Rom kuno telah mendefinisikan syarikat sebagai suatu kontrak yang
dibuat secara sukarela yang akan mendatangkan tanggungjawab eksklusif kepada pihak-
pihak yang berkontrak seperti kontrak jual-beli dan sebagainya.

HUKUM SYARIKAT DALAM ISLAM

Menurut para ulama Fiqh, adalah hams mengadakan perkongsian atau syarikat.
Pensabitan hukum harus ini berdasarkan kepada dalil AI-Quran, Sunnah dan Ijma’. Di
dalam AI Quran, konsep ‘perkongsian’ dinyatakan dalam bentuk perkongsian di dalam
pembahagian harta perwarisan. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 12 yang
membawa erti “Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama
banyak lelaki dari perempuan). Manakala di dalam surah Sad ayat 24, Allah menerangkan
tentang bagaimana rakan kongsi memperlakukan rakan-rakan kongsi yang lain,
iaitu finnan Allah,
‘‘ ... Sesungguhnya kebanyakan orang yang bergaul dan berhubungan (dalam
pelbagai Iapangan hidup), sesetengahnya berlaku zalim kepada sesetengah yang
lain, kecuali orang yang beriman dan beramal salih .. . ”
Di samping nas AlQuran, terdapat sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a, beliau mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan yang Allah s.w.t
ber fi rm an,

‘’ Aku (Allah) adalah orang ketiga bersama-sama dengan rakan kongsi, selama
masing-masing tidak mengkhianati yang lain maka Aku meninggalkan mereka
berdua. ”
Berdasarkan hadis ini, jelaslah Allah s.w.t telah berjanji bersama-sama menjaga dan
memelihara pihak-pihak yang berkongsi itu selama mereka saling jujur dan amanah di
dalam perniagaan mereka. Berdasarkan nas-nas ini, maka ijma’ ulama sepakat
mengharuskan kontrak syarikat memandangkan Allah sendiri telah berjanji untuk
bersama-sama rakan kongsi yang jujur dan amanah serta berlandaskan hukum-hukum
syariah dalam perniagaannya.

JENIS-JENIS SYARIKAT :

Secara umumnya, para ulama’ Fiqh membahagikan syarikat kepada 3 bentuk iaitu:

a) Syarikat Milik (Syarikat Amlak)
b) Syarikat Kontrak (Syarikat Uqud)
c) Syarikat Ta;min

Syarikat Milik bermaksud “dua orang atau lebih memiliki suatu barang tanpa
kontrak”. Syarikat Milik ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu:

i) Syarikat Pilihan (Syarikat Ikhtiar) - pihak-pihak bersetuju untuk berkongsi
pemilikan ke atas sesuatu barang dengan kerelaan sendiri.
ii) Syarikat Tanpa Pilihan (Syarikat Jabar) - timbulnya persyarikatan bukanlah
atas dasar pilihan pekongsi seperti barang perwarisan.

Syarikat Kontrak/uqud pula berlaku di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dan
turut serta dalam perniagaan dengan menyumbangkan sama ada modal atau tenaga untuk
berkongsi di antara mereka apa-apa keuntungan atau kerugian (Razali Nawawi, 1999).

Perbincangan dalam artikel lebi h menjurus kepada Syarikat Kontrak kerana syarikat
jenis ini yang seringkali diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut Mazhab Hambali,

 Syarikat Kontrak terbahagi kepada lima bahagian iaitu

syarikat al-Inan
(penggabungan harta atau modal dua orang atau lebih yang semestinya sama banyak),

Syarikat Al-Mufawadah (syarikat yang mana modal, kerjasama dari segi kualiti dan
kuantiti dan keuntungan antara rakan kongsi adalah sama rata),

Syarikat AI-Abdan
(syarikat dalam bentuk perkhidmatan),

Syarikat AI-Wujuh (syarikat tanpa modal) dan

Syarikat Al-Mudharabah (bentuk kerjasama antara pemilik modal dengan pengusaha
supaya memperniagakan modal dan keuntungan dibahagi bersama).

 Namun begitu, mazhab Maliki dan Hanafi tidak memasukkan Syarikat AI-Mudharabah sebagai
sebahagian Syarikat Kontrak.

 Manakala ulama Hanafi pula hanya membahagikan kepada
tiga kategori iaitu Syarikat Al-Amwal, Syarikat AI-A’mal dan Syarikat AI- Wujuh.
Ketiga-tiga syarikat ini memiliki ciri-ciri yang sama dengan Syarikat Al-Inan dan AI-
Mufawadah.

Rukun-rukun bagi Syarikat Kontrak pula terbahagi kepada tiga iaitu :
- dua pihak yang berkontrak (pemegang-pemegang saham),
- perkara yang dikontrakkan dan lafaz akad. (Wahbah Zuhaili, 2000).
Tanpa memenuhi ketiga-tiga rukun tersebut, sesebuah syarikat itu menjadi tidak sah.

SYARAT-SYARAT UMUM SYARIKAT KONTRAK (UQUD)
Terdapat empat syarat umum yang patut ada pada Syarikat Kontrak (BIMB Institute
of Research and Training (BIRT), 1998) iaitu:
- boleh menerima perwakilan - seorang rakan kongsi memberi kuasa pengurusan
kepada rakan kongsinya yang lain sama ada untuk membeli, menjual atau
menerima kerja.
- nisbah keuntungan di antara rakan kongsi dinyatakan dengan jelas di majlis
akad
- keuntungan itu hendaklah bersifat umum dan bukannya dalam jumlah tetap.
Contohnya seperti menetapkan untung bagi salah seorang dari rakan kongsi sebanyak
RM 100 atau RM 1000. Rasionalnya ialah kerana dikhuatiri kemungkinan jumlah
tersebut tidak memadai dengan modal dan usaha yang disumbangkan.
- Keuntungan diambil daripada hail laba perniagaan syarikat dan bukan
daripada harta lain.

Syarat-syarat in i amat penting dalam menentukan keesahan sesebuah kontrak
mengikut hukum syarak. Ketidaktentuan dan kejahilan mengenai perkara yang
dikontrakkan akan menyebabkan kontrak itu menjadi ‘fasid’ atau terbatal.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN KONTRAK
\
SESEBUAH SYARIKAT
Terdapat dua perkara yang mem batalkan kontrak syarikat iaitu:-
i) perkara yang secara umumnya membatalkan kesemua jenis syarikat;
ii) perkara yang khusus membatalkan sesetengah syarikat sahaja.


Perkara umum yang membatalkan Kontrak Syarikat:

- Syarikat difasakhkan oleh salah seorang rakan kongsi.
- Kematian salah seorang rakan kongsi.
- Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari ke negara musuh.
- Rakan kongsi menjadi gila secara berterusan.
- Perkara khusus yang membatalkan Kontrak Syarikat:
- Tidak ada persamaan di antara dua modal khususnya bagi Syarikat al-Mufawadah.
- Kerosakan harta syarikat seluruhn ya atau kerosakan harta salah seorang
daripada rakan kongsi sebelum dimulakan pembelian sesuatu.

SYARIKAT SEBAGAI INSTRUMEN SISTEM KEWANGAN ISLAM

Penubuhan syarikat yang paling baik dan diutamakan dalam Islam ialah perkongsian
sesama muslim kerana diandaikan setiap muslim mempunyai akhlak yang terpuji dan
memahami tanggungjawab masing-masing (Ismail Omar, 2000). Walau bagaimanapun,
perkongsian atau penubuhan syarikat di antara muslim dan bukan muslim dibolehkan
juga selagi kedua-dua pihak berada dalam rukun kedamaian serta memenuhi syarat-syarat
yang tidak bercanggah dengan syariah. Selain daripada itu, ia dibolehkan dalam keadaan
tidak ada atau susah mendapatkan umat Islam yang berupaya menerokai atau memajukan
perniagaan secara aktif. Oleh yang demikian, boleh diadakan perdamaian dengan orang-
orang musyrik apabila mereka memperolehinya dan tidak diperolehi kaum muslimin)
(Imam Syafie, 1982)


Tajuk : Riba dalam Islam
Tulisan ini ustazah petik dari tulisan  Mohd Mukhlis Bin Mohd Nasri, Berasal dari Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada enam orang adik beradik. Kini sedang menuntut di pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Fikh wa Usluluh di Yarmouk University, Jordan.Anak-anak pelajar boleh baca tulisan untuk kuasai tajuk riba yang telah dipelajari.
Pendahuluan :
Riba adalah suatu perkara yang kurang diambil penting dalam masyarakat islam Malaysia, mungkin disebabkan kesedaran dan kejahilan masyarakat dalam memahami isu riba. Sejak merdeka negara kita ditumbuhi dengan banyaknya bank konvensional secara pesat umpama cendawan tumbuh selepas hujan dan bank Islam tiada lagi ketika itu. Kebanyakkan bank ini menyediakan instrument-instrument yang penuh dengan riba dan gharar (penipuan) yang jelas dilarang oleh Islam.
Apabila adanya Bank Islam Malaysia yang ditubuhkan pada April 1983 dan window-window islam yang dibuka sendiri oleh bank konvensional seperti RHB Islamic Banking,HSBC Amanah, dan lain-lain lagi, bilangan yang menggunakan instrument-instrument  patuh syariah masih lagi berada dalam nisbah yang sedikit jika dibandingkan dengan nisbah bilangan penduduk Malaysia yang menggunakan bank-bank konvensional, malah kebanyakkan yang menggunakan instrument patuh syariah terdiri daripada bukan Muslim. Umat islam masih suka menggunakan instrument-instrument yang mengamalkan riba agar cepat kaya dan mudah tanpa memikir ke hadapan dari sudut jangka panjang dan balasan yang Allah janjikan untuk orang-orang yang terlibat dalam riba.
Dalil-Dalil Pengharaman Riba:
1. Allah menghalalkan semua jenis jual beli kecuali jual beli yang melibatkan riba, Allah berfirman dalam kitab sucinya:
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.”[1]
2. Perang diisytiharkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW terhadap manusia yang terlibat dengan riba. Tiada maksiat lain yang Allah dan Rasul iklankan perang terhadap seseorang kecuali RIBA. Allah berfirman juga
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”[2]
Ayat di atas ini sangat jelas akan pengharaman riba, Allah memanggil dengan panggilan “Wahai Orang Beriman”, Ibn Abbas RA telah berkata dalam satu riwayat: Kami (sahabat) apabila mendengar ayat-ayat yang menyebut ‘wahai orang-orang beriman’, kami mendongak kepala kami, kami memasang telinga kami untuk mendengar dan ambil perhatian serta bersedia untuk menerima arahan daripada Allah SWT.” Jadi ambil perhatianlah wahai orang-orang beriman.
Sesungguhnya nas ini diikat oleh Allah dengan perkataan iman seolah Allah berkata: Orang-orang beriman itu meninggalkan saki baki riba yang mereka miliki. Faham daripada konteks ini bahawa tidak berimanlah seseorang  kecuali dia bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan saki baki riba. Jika tidak melaksanakan perkara ini dia bukanlah orang beriman walaupun dia mengiklankan bahawa dia orang beriman kerana tiada iman tanpa ketaatan kepada Allah SWT dan tanpa patuh pada segala arahannya.[3]
3. Hadis tentang larangan riba:
Dari Jabir Ibn Abdillah telah berkata: Rasulullah SAW menglaknat sesiapa yang memakan (harta) riba, yang menjadi wakil, penulis (bagi kontrak)  dan saksi-saksi, Baginda telah berkata: Mereka semua sama)[4]
4. Hadis lain juga ada menyebut bahawa riba termasuk dalam dosa besar:

Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah kamu daripada tujuh dosa-dosa besar: Syirik kepada Allah dan Sihir, bunuh manusia yang diharamkan darahnya oleh Allah, memakan (hasil) riba, memakan harta anak yatim,…)[5]
5. Para ulamak pada setiap zaman berijmak mengatakan haram mengambil riba. Ibn Qudamah telah berkata: Umat bersepakat mengatakan riba haram.[6]
Pemahaman daripada dalil yang disertakana di atas, bahawa haram dan berdosa besar sekiranya seseorang terlibat dengan riba. Zaman sekarang yang terlalu ramai manusia mengejar dunia seolah-oleh kita tidak mampu lari daripada riba malah sekiranya kita cuba lari pasti terkena tempiasan riba ini.
Jenis-jenis riba:
Ulamak membahagikan riba kepada dua iaitu riba dalam jualbeli dan riba hutang.
1. Riba Dalam Jual Beli:
Jenis ini berkait rapat dengan beberapa buah hadis yang berkaitan dengan kategori-kategori barang yang digelar barang ribawi sekiranya tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
Daripada Ubadah ibn As-Somit RA telah berkata: “aku telah mendengar Rasulullah SAW melarang daripada jualbeli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali secara sama bentuknya (timbangannya, isipadunya atau bilangan) barangsiapa yang menambah (timbangannya) sesungguhnya ia telah melakukan riba”
Dalam riwayat yang lain: “…tidak mengapa sekirannya jual beli emas dengan perak, (timbangan) lebih antara yang lain (tetapi) tangan dengan tangan (menukar pada waktu yang sama)…”
Difahami daripada hadis di atas, sekiranya jual beli pada jenis yang sama, wajib timbangannya, isipadunya atau bilangannya sama antara satu sama lain dan menukarkan barang-barang tersebut pada waktu yang sama tidak dibenarkan salah seorang daripada merek menangguh dalam jual beli ini. Sekiranya tidak menepati dua syarat disebutkan di atas maka ia menjadi riba.
Sebagai contoh Ahmad membeli 10 kilo beras gred A daripada Ali dengan bayaran sebanyak 5 kilo beras gred B pada tarikh 25/1/2012. Jual beli ini adalah riba sepertimana yang difahami daripada hadis di atas, dan ulamak mengelarkan riba ini sebagai riba fadhl (riba lebihan).
Contoh lain: Siti membeli 10 gram emas 999 daripada Aminah pada tarikh 25/1/2013 dengan bayaran 10 gram emas 916 pada tarikh 27/1/2013. Jual beli ini juga digelar riba walaupun timbangan gram emas sama tetapi berbeza dari segi masa pertukaran barang maka ia disebut oleh para ulamak sebagai riba nasi’ah (riba tangguh).
Sekiranya berbeza jenis barang, maka jual beli seperti mana yang kita sukai atau kehendaki sama ada timbangan lebih daripada barang yang lain, atau sama atau pun kurang daripada barang tersebut tetapi bersyarat pertukaran barang mesti pada waktu yang sama.
Sebagai contoh: Hilmi membeli 3 kilo barli daripada Karim dengan bayaran 10 kilo garam pada tarikh yang sama dan masa yang sama.
Jual beli berbentuk seperti ini kerap berlaku pada zaman ini antaranya  forex (jual beli mata wang) sekiranya tidak mengikut syarat yang disebutkan di atas iaitu sama nilainya sekiranya jenis matawang adalah sama dan juga jual beli tersebut pertukaran wang tersebut pada waktu yang sama, maka dibenarkan oleh syara’.
2. Riba Hutang
Riba seperti ini sudah dikenali dalam masyarakat kita, malah banyak instrument pinjaman dan pembiayaan yang disediakan oleh bank konvensional dan ahlong-ahlong baik yang rasmi atau haram mempunyai unsur riba jenis ini. Riba hutang ini bermakna seseorang meminjam wang atau sesuatu harta dengan kadar tertentu dan akan membayar hutang ini dalam tempoh tertentu dengan syarat membayar wang tambahan, dan sekiranya lewat daripada waktu yang ditetapkan wang yang disyaratkan semakin meningkat.
Riba tidak dipanggil riba pada zaman sekarang tetapi dipanggil dengan panggilan yang Nampak baik kononnya seperti Bunga, faedah, interest dan sebagainya. Riba seperti ini juga diharamkan oleh islam.

Kalau Riba  Sedikit  dibenarkan?[7]
Ada  beberapa ulamak yang berpandangan membenarkan jual beli riba sekiranya nisbah nilai riba tersebut sedikit iaitu tidak menjangkau 2% dan sekiranya nilai riba melebihi daripada nisbah tersebut maka haram baginya. Mereka berdalilkan:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.”[8]
Ulamak rabbani menolak pendapat ini dengan berhujahkan:
  1. Ayat أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً  berlipat-lipat ganda bukanlah menunjukkan bahawa syarat bahawa ia tidak dibenarkan sekiranya banyak atau pun mengambarkan sebagai pengikat bagi riba tetapi merupakan penerangan kepada realiti ketika zaman jahiliyah riba dikaut secara banyak sehingga menzalimi orang ramai.
  2. Ulamak seluruh zaman sudah bersepakat akan haramnya riba baik sedikit atau pun banyak, maka pendapat di atas sudah keluar daripada ijmak ulamak dan bererti mereka tidak memahami usul fikh. Sedikit akan membawa kepada banyak, islam sekiranya mengharamkan sesuatu akan mengharamkan semua yang berkaitan dengannya berdasarkan dalil saddu zaraie’ (menutup jalan yang membawa kepada mafsadah). Seperti mana arak, ada orang minum sedikit sudah mabuk dan ada yang minum banyak belum menjadi mabuk, maka islam mengharamkan semua baik yang sedikit atau pun yang banyak.
  3.  Adakah mereka beriman dengan sebahagian kitab dan mengkufuri sebahagian yang lain?  Adakah mereka tidak membaca ayat yang lain seperti: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”, “Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu”, dan “Allah susutkan  riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah”. Maka keseluruhan ayat-ayat yang berkaitan riba menunjukkan bahawa pengharaman secara qat’iyah dan jelas.
Penutup: Wahai Orang Beriman, Jauhilah!
Sebagai penutup, orang-orang beriman apabila mendengar arahan Allah swt terus melaksanakan tanpa banyak soal, dan meninggalkan larangan-Nya tanpa ragu-ragu. Kewujudan bank islam yang menyediakan pelbagai instrument yang patuh syariah boleh digunakan oleh masyarakat islam. Walaupun terlalu banyak tarikan-tarikan duniawi daripada pihak-pihak yang menyediakan instrument yang berpaksikan riba baik bank mahupun kerajaan, tetapi Allah SWT sentiasa membantu hamba-hambanya yang berpegang teguh pada deen-Nya.


Barat menjadi bukti satu persatu bank konvensional mereka gulung tikar seolah-olah Allah mengishtiharkan perang terhadap pengguna riba dengan membuatkan mereka menjadi muflis dan mula beralih kepada sistem ekonomi islam. Pada 2009 sahaja sebanyak 97 buah bank di barat diishtiharkan muflis, anataranya National Bank Of Commerce Berkeley USA, Bank of Clark County Washington USA Magnet Bank dan banyak lagi. [9]Maka saya akhiri penulisan ini dengan satu persoalan, sekiranya barat sudah mula beralih kepada sistem ekonomi islam, kenapa kita berebut-rebut mengambil sistem ribawi sebagai paksi?