Followers

Thursday 4 October 2012

latihan mirath:

Seorang suami mati meninggalkan isteri,bapa,ibu,seorang anak perempuan dan
seorang anak lelaki.


Seorang isteri mati meninggalkan suami,saudara lelaki seibu,saudara lelaki seibu
sebapa dan saudara perempuan seibu sebapa


Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu,bapa,seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Seorang meninggal dunia dan meinggalkan isteri,ibu,bapa,seprang anak lelaki dan seorang anak perempuan 

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu,bapa,seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. 

seorang meninggal dunia dan meninggalkan isteri,ibu,bapa, dua orang anak perempuan 

Seorang meninggal dunia dan meninggalkan isteri, ibu,bapa, tiga orang anak lelaki



                                                                                                                                                                                                                                   

Tuesday 2 October 2012

ISU SEMASA TENTANG TALAK :

a) Perceraian di luar mahkamah
b) Kaunseling sebelum perceraian
c) Tuntutan nafkah selepas perceraian: mut'ah,harta sepencarian
d) hak hadhanah
e) talak melalui alat komunikasi

Perceraian di luar mahkamah:


Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri, perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Maknanya, bagaimanapun teruknya keadaan rumahtangga itu, pasangan berkenaan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.
Maksud cerai di luar mahkamah :
suami melafazkan cerai samada talaq 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.
Hukuman : denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”.
Prosedur yang perlu diambil apabila berlaku perceraian di luar mahkamah :
a) merujuk hal ini kepada mahkamah syariah :
Jika suami sudah terlafaz cerai di rumah, di pejabat, di dalam kereta, atau di mana saja, asalkan tanpa kebenaran mahkamah, maka apa yang perlu dilakukan selepas itu ialah merujukkan hal tersebut di mahkamah syariah di mana pasangan tinggal atau bermastautin. Buat satu permohonan untuk memohon pengesahan samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak.
b) Hadir ke Mahkamah :
Kedua pasangan mesti hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz tersebut. Mahkamah akan meneliti bentuk lafaz samada lafaz tersebut berbentuk soreh atau kinayah atau ta’liq. Jika sah, maka mahkamah akan mengesahkan bahawa talaq telah gugur, bilangan talaq yang gugur, tempoh isteri bereddah dan lain-lain hal yang bersangkutan dengan perceraian.
c) daftarkan perceraian :
Ada sesetengah negeri yang tidak akan mendaftarkan perceraian itu di hadapan Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama Islam selagi pasangan tersebut tidak didakwa di Mahkamah Syariah. Sesetengah negeri pula tidak ada halangan untuk mendaftarkan perceraian tersebut samada telah didakwa atas kesalahan bercerai tanpa kebenaran mahkamah atau didakwa kemudian. Yang penting, pendaftaran perceraian dibuat dan pendakwaan akan dibuat kemudian.
Apa yang penting di sini adalah kesedaran umat Islam di negara ini  bahawa undang-undang tidak membenarkan pasangan bercerai tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada mahkamah syariah. Kebenaran ini perlu bagi memastikan masyarakat Islam tidak sewenang-wenangnya bercerai sesuka hati tanpa kawalan atau pemantauan.
d) Penalti :
Jika disabitkan bersalah, pasangan yang menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah boleh dihukum denda tidak lebih dari RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Sila lihat seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam untuk lebih jelas.
ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN IX – PENALTI

Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah
“Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”.
Kesimpulan :
Justeru, jangan sampai terlalu ikutkan hati sehingga sewenang-wenangnya bercerai tanpa kebenaran mahkamah, pasangan tersebut akhirnya turun naik di mahkamah untuk menghadapi perbicaraan jenayah kerana bercerai tanpa kebenaran.
Dalam menghadapi kemelut rumahtangga, kesabaran amat penting dan tinggi harganya. Janganlah melafazkan cerai terburu-buru. Selain berlaku penyesalan, pasangan juga akhirnya mendapat status “penjenayah” di kemudian hari. Sebabnya hanya satu iaitu bercerai tanpa kebenaran mahkamah syariah.

Kufu Dalam Pernikahan
1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan.
2. Kufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah mefasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu.
3. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".

4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan taqwa ".

5. Kufu berpunca daripada lima sebab :
  • Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.
  • Merdeka bukan hamba .
  • Keturunan.
  • Pekerjaan.
  • 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )
TALAK DALAM ISLAM

1) Konsep Talak :

- Pengertian :

Talak dari istilah bahasa bermaksud meleraikan atau melepaskan ikatan. 

Pada istilah syara’ pula bermaksud meleraikan ikatan perkahwinan atau memutuskan akad perkahwinan dengan lafaz talak iaitu menggunakan perkataan yang khusus iaitu lafaz yang terang dan jelas yang membawa maksud talak ataupunmenggunakan lafaz kinayah iaitu lafaz sindiran atau kiasan.

Contohnya :

- Hukum Talak :

- Dalil diharuskan talak :
- Hikmah talak :
  a)
  b)
  c)
  d)
- Rukun talak :

- Syarat sah talak :


Lafaz Talak yang digunakan ;

Lafaz talak terbahagi kepada dua:
  1. Talak Sharih
  2. Talak Kinayah.
Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".
Contoh lafaz yang Sharih:
  1. Aku ceraikan kau dengan talak satu
  2. Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
  3. Hari ini aku ceraikan kau
Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.
Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
  1. Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
  2. Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
  3. Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi
Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.
Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.

Jenis-jenis Talak
Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut:
  1. Talak Raj'ie
  2. Talak Battah
  3. Talak Bain
  4. Menjatuhkan talak tiga sekaligus
  5. Talak Sunni
  6. Talak Bid'i

1. Talak Raj'ie
Talak Raj'ie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak Battah
Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya,
"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"
Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.

3. Talak Bain
Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:
  1. Talak Bain Kubra
  2. Talak Bain Sughra.
Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:
  1. Talak yang diputuskan oleh Hakam
  2. Talak melalui Khulu'
  3. Talak yang difasakhkan oleh Hakim
4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus
Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.
Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.

5. Talak Sunni
Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.
6. Talak Bid'i
Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:
  1. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).
  2. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
  3. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu denganny 

Pembubaran Perkahwinan :

a) Fasakh
b) Khulu'
c) Ta'liq
d) Faraq
e) Talak
f) Li'an


PENGERTIAN FASAKH
  • Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

SEBAB FASAKH
  • Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh ialah:
1. Sebab yang merosakkan akad.
a) Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami pertamanya.
b) Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila baligh minta difasakhkan akad itu.
2. Sebab yang mendatang selepas pernikahan.
a) Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
b) Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah seorang memeluk Islam.
c) Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.
  • Manakala dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka 2002, Seksyen 53 menegaskan lagi sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya fasakh seperti di bawah ini:
    1. Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari setahun.
    2. Suami cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
    3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
    4. Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama tempoh satu tahun.
    5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk.
    6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
    7. Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia mencapai umur enam belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu.
8. Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu antaranya:
a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya.
b) Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan hukum syara‘.
c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
d) Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.
e) Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
f) Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syara‘.
9. Walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan bersetubuh.
10. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara‘.

HIKMAH FASAKH
1. Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya.
2. Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.
3. Menunjukkan keunggulan syari‘at Allah subhanahu wata‘ala yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.
kESAN FASAKH :







KHUL‘ (TEBUS TALAQ)
PENGERTIAN KHUL‘
  • Khul‘ dari segi bahasa bererti melepas atau menanggalkan. 
  • Manakala dari segi syara‘ pula ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami. 
  • Contohnya suami berkata “Aku talaqkan kamu dengan bayaran sekian banyak” atau isteri berkata: “Aku menebus talaq ke atas diriku dengan bayaran sekian banyak”.DALIL PENSYARI‘ATAN KHUL‘
  • Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Talaq (yang boleh diruju‘ kembali) hanya dua kali. Sesudah itu peganglah (ruju‘) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)


SYARAT SAH KHUL‘
  • Syarat sah khul‘ adalah seperti berikut:
1. Suami: Baligh, berakal, mukhtar (bebas) melakukan khul‘ bukan dipaksa.
2. Isteri: Hendaklah seorang yang boleh menguruskan harta dan mukallaf.
3. Lafaz khul‘: Hendaklah disebut dengan terang.
4. Bayaran khul‘: Hendaklah dijelaskan dengan jumlah yang tertentu.
  • Peringatan: 
    Walaupun isteri mempunyai hak untuk memohon fasakh dan khul‘, tetapi Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam menuntut agar ia tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
  • Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:
Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)


PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI KHUL‘

· Di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 49 ada menerangkan bahawa:
Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai denagn tebus talaq, Mahkamah hendaklah selepas sejumlah tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, menasihatkan suami itu melafazkan perceraian dengan tebus talaq mengikut hukum syara‘, dan perceraian itu adalah bain sughra dan tidak boleh diruju‘kan.
PENGERTIAN TA‘LIQ
  • Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut.

SYARAT TA‘LIQ
  • Syarat jatuh cerai ta‘liq :
1. Suami: Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-kata ta‘liq.
2. Belum berlaku: Hendaklah ta‘liq ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara yang mungkin berlaku.
3. Isteri: Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah).
  • Contohnya suami berkata kepada isteri: “Jika engkau keluar dari rumah ini sepanjang ketiadaan aku, jatuhlah talaq engkau” atau “Apabila engkau pergi ke rumah si anu, jatuhlah talaq” atau “Manakala engkau pergi ke sana tanpa izinku jatuh talaq” atau sebagainya.
  • Apabila berlakunya perkara yang bertentangan dengan syarat yang dilafazkan, maka terjatuhlah talaq menurut hukum syara‘.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI TA‘LIQ
  • Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50, seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut syarat-syarat ta‘liq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz ta‘liq tersebut:
1. Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut.
2. Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut.
3. Menyakiti tubuh badan isteri.
4. Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut- turut.
 PENGERTIAN LI‘AN
  • Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.
  • Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.
  • Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”. 
  • Firman Allah subhanahu wata‘ala:
“Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.”
(Surah An-Nur, 24:6-9)


KESAN LI‘AN
  • ·Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa:
“Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li‘an mengikut hukum syara‘ di hadapan seorang hakim syar‘i, atas penghakiman, maka hakim syar‘i itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.”
  • Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.
  • Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.
  • Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya.
(Riwayat Daruqutni)

NIKAH MUT'AH:


Apa itu Nikah Mut'ah dan hukumnya.
Nikah mut'ah ialah perkawinan antara seorang lelaki dan wanita dengan maskawin tertentu untuk jangka waktu terbatas yang berakhir dengan habisnya masa tersebut, dimana suami tidak berkewajiban memberikan nafkah, dan tempat tinggal kepada istri, serta tidak menimbulkan pewarisan antara keduanya.
PERBEZAAN NIKAH MUT'AH   DAN NIKAH SUNNI :
Ada 6 perbedaan prinsip antara nikah mut'ah dan nikah sunni (syar'i):
1. Nikah mut'ah dibatasi oleh waktu, nikah sunni tidak dibatasi oleh waktu.
2. Nikah mut'ah berakhir dengan habisnya waktu yang ditentukan dalam akad atau fasakh, sedangkan nikah sunni berakhir dengan talaq atau meninggal dunia.
3. Nikah mut'ah tidak berakibat saling mewarisi antara suami istri, nikah sunni menimbulkan pewarisan antara keduanya.
4. Nikah mut'ah tidak membatasi jumlah istri, nikah sunni dibatasi dengan jumlah istri hingga maksimal 4 orang.
5. Nikah mut'ah dapat dilaksanakan tanpa wali dan saksi, nikah sunni harus dilaksanakan dengan wali dan saksi.
6. Nikah mut'ah tidak mewajibkan suami memberikan nafkah kepada istri, nikah sunni mewajibkan suami memberikan nafkah kepada istri.
HUKUM  NIKAH MUT'AH :
a)  Haram mengikut  pendapat dari mazhab empat .
b)  bagi pendapat Syiah Imamiah adalah harus dengan mana-mana perempuan muslimah atau kitabiah , dan makruh dengan perkahwinan ini dengan pelacur atau zaniah,dengan syarat sebut mahar dan tempoh masa.
DALIL YANG MENGAHARAMKAN NIKAH INI ADALAH :
a) Dalil dari hadits Nabi saw yang diwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Shahih Muslim menyatakan bahwa dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata: "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki istri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Karena Allah azza wa jalla telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).
b) Dalil hadits lainnya: Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahwa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keledai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).
c) Ayat 5-7 dalam surah al-mukminun: jelas menunjukkan  haram melakukan persetubuhan kecuali dengan dua cara iaitu:  berkahwian dan memiliki hamba. nikah muta'ah bukan  perkahwinan yang sahih dan bukan juga hamba yang dimiliki , ia bukan bukan suatu perkahwinan kerana  ia tidak boleh ditalak,tidak wajib nafkah dan tidak boleh mempusakai antara suami dan isteri jika berlaku kematian.
d) Ijma'ulamak telah bersepakat mengharamkan nikah mut'ah kecuali syaiat imamiyah.
e) Kebenaran nikah mut'ah  yang diharuskan dalam hadis nabawi semasa beberapa peperangan adalah kerana darurah yang terpaksa dan kerana ketiadaan isteri bersama mereka semasa musafir itu ,kemudian Rasulullah mengharamkannya sehingga hari qiamat.
e) hujah akal :  diharuskan perkahwinan untuk  selamanya kerana beberapa matlamat seperti menenangkan jiwa ,meramaikan zuriat dan sebagainya. Ini semua tidak terdapat dalam pernikahan mut'ah  kecuali untuk memenuhi tuntutan syahwat beberapa ketika sahaja. maka ini samalah seperti zina, jika zina itu hukumnya haram,maka kenapa pula nikah  mut'ah ini harus.
Berdasarkan hadits-hadits tersebut diatas, para ulama berpendapat sebagai berikut:
- Dari Madzhab Hanafi, Imam Syamsuddin Al-Sarkhasi (wafat 490 H) dalam kitabnya Al-Mabsuth (V/152) mengatakan: "Nikah mut'ah ini bathil menurut madzhab kami. Demikian pula Imam Ala Al Din Al-Kasani (wafat 587 H) dalam kitabnya Bada'i Al-Sana'i fi Tartib Al-Syara'i (II/272) mengatakan, "Tidak boleh nikah yang bersifat sementara, yaitu nikah mut'ah".
- Dari Madzhab Maliki, Imam Ibnu Rusyd (wafat 595 H) dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid wa Nihayah Al-Muqtashid (IV/325 s.d 334) mengatakan, "hadits-hadits yang mengharamkan nikah mut'ah mencapai peringkat mutawatir" Sementara itu Imam Malik bin Anas (wafat 179 H) dalam kitabnya Al-Mudawanah Al-Kubra (II/130) mengatakan, "Apabila seorang lelaki menikahi wanita dengan dibatasi waktu, maka nikahnya batil."
- Dari Madzhab Syafi', Imam Syafi'i (wafat 204 H) dalam kitabnya Al-Umm (V/85) mengatakan, "Nikah mut'ah yang dilarang itu adalah semua nikah yang dibatasi dengan waktu, baik dalam jangka pendek maupun jangka panjang, seperti ucapan seorang lelaki kepada seorang perempuan, aku nikahi kamu selama satu hari, sepuluh hari atau satu bulan." Sementara itu
 Imam Nawawi (wafat 676 H) dalam kitabnya Al-Majmu' (XVII/356) mengatakan, "Nikah mut'ah tidak diperbolehkan, karena pernikahan itu pada dasarnya adalah suatu aqad yang bersifat mutlaq, maka tidak sah apabila dibatasi dengan waktu."
- Dari Madzhab Hambali, Imam Ibnu Qudamah (wafat 620 H) dalam kitabnya Al-Mughni (X/46) mengatakan, "Nikah Mut'ah ini adalah nikah yang bathil." Ibnu Qudamah juga menukil pendapat Imam Ahmad bin Hambal (wafat 242 H) yang menegaskan bahwa nikah mut'ah adalah haram.
SYARAT NIKAH MUT'AH


1 )Syarat Utama Nikah Mut'ah

Dalam nikah mut'ah yang terpenting adalah waktu dan mahar. Jika keduanya telah disebutkan dalam akad, maka sahlah akad mut'ah mereka berdua. Kerana pernikahan mut'ah berakhir dengan selesainya waktu yang disepakati. Jika waktu tidak disepakati maka tidak akan menjadi pernikahan yang lazim dikenal dalam Islam.

2) Nikah Mut'ah  bukan pernikahan yang membatasi istri hanya empat.

Wanita yang dinikahi secara mut'ah adalah wanita sewaan, jadi diperbolehkan nikah mut'ah walaupun dengan 1000 wanita sekaligus, karena akad mut'ah bukanlah pernikahan. Jika memang pernikahan maka dibatasi hanya dengan 4 istri.

Begitulah wanita bagi imam maksum syi’ah adalah barang sewaan yang dapat disewa lalu dikembalikan lagi tanpa ada tanggungan apa pun. Tidak ada bezanya dengan kereta yang setelah disewa dapat dikembalikan. malangnya kaum wanita. 

3)Tidak ada talak dalam mut'ah

dalam nikah mut'ah tidak dikenal istilah talak, kerana seperti di atas telah diterangkan bahwa nikah mut'ah bukanlah pernikahan yang lazim dikenal dalam Islam. Jika hubungan pernikahan yang lazim dilakukan dalam Islam selesai dengan beberapa hal dan salah satunya adalah talak, maka hubungan nikah mut'ah selesai dengan berlalunya waktu yang telah disepakati bersama. Seperti diketahui dalam riwayat di atas, kesepakatan atas jangka waktu mut'ah adalah salah satu rukun/elemen penting dalam mut'ah selain kesepakatan atas mahar.


4)Nikah mut'ah berkali-kali tanpa batas.

Diperbolehkan nikah mut'ah dengan seorang wanita berkali-kali tanpa batas, tidak seperti pernikahan yang lazim, yang mana jika seorang wanita telah ditalak tiga maka harus menikah dengan laki-laki lain dulu sebelum dibolehkan menikah kembali dengan suami pertama. Hal ini seperti diterangkan oleh Abu Ja'far, Imam Syiah yang ke empat, karena wanita mut'ah bukannya istri, tapi wanita sewaan. Sebagaimana barang sewaan, orang dibolehkan menyewa sesuatu dan mengembalikannya lalu menyewa lagi dan mengembalikannya berulang kali tanpa batas.

5)Wanita mut'ah diberi mahar sesuai jumlah hari yang dipersetujui. 

Wanita yang dinikah mut'ah mendapatkan bagian maharnya sesuai dengan hari yang disepakati. Jika ternyata wanita itu pergi maka boleh menahan maharnya.

6)Jika ternyata wanita yang dimut'ah telah bersuami ataupun seorang pelacur, maka mut'ah tidak terputus dengan sendirinya.

Jika seorang lelaki hendak melamar seorang wanita untuk menikah mut'ah dan bertanya tentang statusnya, maka harus percaya pada pengakuan wanita itu. Jika ternyata wanita itu berbohong, dengan mengatakan bahwa dia adalah gadis tapi ternyata telah bersuami maka menjadi tanggung jawab wanita tadi.

7)Hubungan warisan

Ayatullah Udhma Ali Al Sistani dalam bukunya menuliskan : Masalah 255 :  Nikah mut'ah tidak mengakibatkan hubungan warisan antara suami dan isteri.

8)Nafkah

Wanita yang dinikah mut'ah tidak berhak mendapatkan nafkah dari suami. 
Masalah 256 : Laki-laki yang nikah mut'ah dengan seorang wanita tidak wajib untuk menafkahi istri mut'ahnya walaupun sedang hamil dari bibitnya. Suami tidak wajib menginap di tempat istrinya kecuali telah disepakati pada akad mut'ah atau akad lain yang mengikat. Minhajus shalihin. Jilid 3 hal 80.


Sunday 30 September 2012

SOALAN PERCUBAAN  SATU SYARIAH 1 2012


Bahagian 1 : Fikah
Jawab tiga soalan sahaja.

1
a)
 Berdasarkan contoh ,terangkan konsep syarikat imlak dari segi
 pengertian ,hukum dan jenis -jenisnya  .

                                                                                     [10 m]
b)
Berdasarkan pendapat ulamak,jelaskan hukum operasi syarikat
 takmin atau syarikat yang menawarkan perlindungan :
                                                                                     [10 m]
2
a)
 Bersarkan dalil dan contoh , terangkan  jenis nazar yang terdapat 
 dalam syariat Islam.

                                                                                     [10m ]
b)
 Bincangkan kifarat yamin yang dikenakan kepada orang yang 
tidak laksanakan
 sumpah dalam nazarnya itu.

                                                                                    [10m ]
3
a)
Jelaskan konsep mahar dalam perkahwinan Islam


                                                                                    [ 8m ]

b)
Jelaskan pendapat ulamak tentang kedudukan hantaran selepas 
berlaku perkara 
yang tidak  diingini seperti putus tunang.


                                                                                                 [ 12m ]
4
a)
 Jelaskan konsep diat dari segi pengertian,contoh ,dalil dan hikmahnya.
                                                                                            [ 12 m]
Dengan berdasarkan contoh,jelaskan jenis-jenis kesalahan yang dikenakan 
hukuman diat ?                                
                                                                                             [8m ]
Terangkan konsep liwat dan sehak dari segi pengertian,dalil, dan
 hukumannya
                                                                                              [ 8m ]
Jelaskan faktor yang menyumbangkan kepada berlakunya jenayah
 di atas dalam
 masyarakat Islam kebelakangan ini.
                                                                                            [ 12m ]
Terangkan pengertian waris asabah dan  lima orang waris asabah dan
 contoh kes pusaka yang melibatkan  waris  asabah ini. 

                                                                                        [ 12m ]
Huraikan pembahagian harta untuk waris-waris peninggalan si mati bagi 
yang berikut :                                                                                                             
(i) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami,
 ibu,bapa,seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
                                                                                      [ 4m ]

(ii) Seorang meninggal dunia dan meinggalkan isteri,ibu,bapa,seorang
 anak lelaki dan seorang anak perempuan                      [4m]

            Bahagian 2 : Usul Fikah
Jawab dua soalan sahaja.

7

a) Jelaskan pengertian al-mahkum alaih serta syarat-syarat 
sah taklif
 [6 m]

b) Jelaskan konsep ahliyyah dari segi pengertian,bahagian
 dan halangannya


                                                                   [ 14m]



8

Dalam menerangkan hukum,ada ayat-ayat al-Quran 
yang bersifat qati-e  al-dalalah dan ada yang bersifat
 zanni al-dalalah.Dengan memberikan contoh
           
a) huraikan maksud qati-e  al-dalalah dan zanni al-dalalah


                                                                 


b) huraikan cara-cara bagaimana al-quran menerangkan
 hukum


                                                                        [ 12m ]
9

a) Dengan memberikan contoh,jelaskan pengertian al-Sunnah
 dan bahagian-bahagianya dengan terperinci.


                                                                      [ 12m ]


b) Jelaskan pengertian hadis ahad dan Syarat-syarat menerima 
hadis Ahad di kalangan imam mazhab fikah:


                                                                   [ 8m ]
10

a) Jelaskan dengan kaedah al-Umur bimaqasidiha dari  
segi pengertian, dalil,dan contoh.


                                                                    [8 m]


b) dengan memberikan contoh-contoh,huraikan kaedah-kaedah
 yang terbit daripada kaedah al-umur bimaasidiha.   


                                                                                                                                                                  [12 m ]






SOALAN TAMAT