Followers

Wednesday 15 March 2017

Assalamualaikum wa rahmatullah......selamat bersuai kembali di alamaya , sudah sekian lama ustazah tidak berceloteh dengan anak-anak pelajar pra-u  yang mungkin sekali sekala terjumpa blog ustazah ini. Insya Allah jika diizinkan Allah ustazah akan cuba memberi beberapa perkembangan pengajian semester ii ini bersama anak-anak pelajar. kita doakan bersama-sama semoga ustzah diberi kelapangan itu....amiiin Ya Allah.

Entah mengapa petang hari ini, setelah selesai LDP  SKPMg2 di sekolah  ustazah teringat pula dengan blog ini yang sudah lama ustazah tinggalkan kerana beberapa kekangan yang tidak dapat dielak. Terasa bersalah pula kepada  anak bangsa sendiri kerana tidak dapat membantu secara tidak langsung terhadap kejayaan anak-anak sekalian.

Ustazah tahu blog ustazah ni bukannya bagus sangat untuk rujukan anak-anak tetapi rasanya terlepas sedikit beban di bahu ustazah bila dapat membantu kalian. Semoga dengan sedikit usaha ini sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anak-anak untuk berusaha dengan lebih tekun lagi, Insya Allah. sekian,

Wassalam.