Followers

Tuesday 23 July 2013

WARIS ASOBAH

Pengertian : iaitu waris terdekat kepada si mati iaitu anak lelaki @ kaum kerabat sebelah lelaki sahaja.mereka berhak mendapat semua baki harta.

Jenis-jenis asobah : ada tiga jenis iaitu:
a) asobah dengan diri sendiri
b) asobah dengan orang lain
c) asobah beserta orang lain

A) Asobah dengan diri sendiri,mereka ini terdiri daripada:
    1. anak lelaki
    2. cucu lelaki dari anak lelaki
    3. cicit lelaki dan ke bawah
    4. bapa
    5. datuk dan ke atas
    6. saudara lelaki seibu sebapa (SLSISB)
    7. saudara lelaki sebapa (SLSB)
    8. anak saudara lelaki  seibu sebapa
    9. anak saudara lelaki sebapa
   10. cucu saudara lelaki seibu sebapa
   11. cucu saudara lelaki sebapa
   12. bapa saudara seibu sebapa
   13. bapa saudara sebapa
   14. anak bapa saudara seibu sebapa
   15. anak bapa saudara sebapa
   16. cucu bapa sauadara seibu sebapa
   17.cucu bapa saudara sebapa
   18. datuk saudara seibu sebapa
   19 . datuk saudara sebapa
   20. anak datuk saudara seibu sebapa
   21. anak datuk saudara sebapa
         dan seterusnya waris lelaki sebelah bapa.

B) Asobah bersama dengan orang lain (Asobah bil ghairi)
     Asobah bersama orang lain : seseorang itu mendapat asobah apabila simati ada meninggalkan waris lelaki dan waris perempuan yang sama darjat di mana bahagian mereka telah ditetapkan iaitu bahagian lelaki dua kali bahagian perempuan.

Mereka yang mendapat asobah jenis ini terdiri daripada empat golongan. iaitu :

  • anakperempuani                           + anak lelaki
  • cucu perempuan                           + cucu leleki dari anak lelaki
  • saudara perempuan seibu sebapa  + saudara lelaki seibu sebapa
  • saudara perempuan sebapa           + saudara lelaki sebapa
Contoh kes :


waris
bahagian
24 
72 




Isteri
1/8 
 3
9
ibu
 1/6
 4
12 
bapa
 1/6
  4 
12 
al

asobah 
 13
13
ap

 26

C) Asobah bserta orang lain (asobah maal ghairi)

maksudnya : waris wanita tertentu iaitu saudara perempuan seibu sebapa atau saudara prerempuan sebapa menjadi asobah apabila simati ada meninggalkan beserta anak perempuan  atau cucu perempuan,dengan syarat tidak ada saudara lelaki seibu sebapa atau saudara lelaki sebapa yang mengasobahkan saudara perempuan itu menjadi asobah bil ghairi.

Asobah selalunya berkaiantan dengan waris waris lelaki .Akan tetapi sobah jenis ini adalah berkaitan dengan wanita dan mereka tidak memerlukan lelaki untuk menjadi asobah.

Mereka yang menjadi asobah jeni ini adalah :

  • saudara perempuan seibu sebapa   + anak perempuan seorang atau lebih @cucu perempuan dari anak lelaki
  • saudara perempuan sebapa           + anak perempuan seorang atau lebih@cucu perempuan dari anak lelaki.
Contoh kes :

waris
bahagian
 2





Cucu P
1/2 
 1

Saudara P sisb
asobah 
 1 

TERTIB ASOBAH :

Hanya satu golongan asobah sahaja yang mesti wujud di dalam satu kes faraid.Bagi menentukan siapakah waris asobah yang lebih berhak,hendaklah dilihat kepada kekuatan dari segi pihak,kehampiran darjat dan kekuatan darjat.

WARIS ZAWIL ARHAM

orang=orang yang mempunyai kerabat dengan orang yang meninggal, tetapi mereka tidak masuk dalam golonganAsabul Furudh dan tidak pula ke dalam golongan Asabah, seperti cucu perempuan dari anak perempuan, cucu lelaki dari anak perempuan, anak  perempuan dari saudara lelaki sekandung, anak lelaki dari saudara perempuan sekandung, dan seperti saudara ayah yang perempuan, sudara ibu lelaki dan yang perempuan.




selamat berpuasa ustazah ucapkan kepada anak-anak pelajar sekalian,
semoga anak-anak semua mengejar sebanyak mungkin fadhilat-fadhilat ramadhan pada tahun ini,
anggaplah ia baga ramdhan terakhir yang akan kita jumpa.....semoga hidup kita semua selalu diberkati Allah subhanahutaala hendaknya.

jangan lupa minggu hadapan anak-anak semua akan menghadapi ujian penggal kedua,diharap anak-anak semua telah bersedia....
laman web islam usm