Pengertian : iaitu waris terdekat kepada si mati iaitu anak lelaki @ kaum kerabat sebelah lelaki sahaja.mereka berhak mendapat semua baki harta.
Jenis-jenis asobah : ada tiga jenis iaitu:
a) asobah dengan diri sendiri
b) asobah dengan orang lain
c) asobah beserta orang lain
A) Asobah dengan diri sendiri,mereka ini terdiri daripada:
1. anak lelaki
2. cucu lelaki dari anak lelaki
3. cicit lelaki dan ke bawah
4. bapa
5. datuk dan ke atas
6. saudara lelaki seibu sebapa (SLSISB)
7. saudara lelaki sebapa (SLSB)
8. anak saudara lelaki seibu sebapa
9. anak saudara lelaki sebapa
10. cucu saudara lelaki seibu sebapa
11. cucu saudara lelaki sebapa
12. bapa saudara seibu sebapa
13. bapa saudara sebapa
14. anak bapa saudara seibu sebapa
15. anak bapa saudara sebapa
16. cucu bapa sauadara seibu sebapa
17.cucu bapa saudara sebapa
18. datuk saudara seibu sebapa
19 . datuk saudara sebapa
20. anak datuk saudara seibu sebapa
21. anak datuk saudara sebapa
dan seterusnya waris lelaki sebelah bapa.
B) Asobah bersama dengan orang lain (Asobah bil ghairi)
Asobah bersama orang lain : seseorang itu mendapat asobah apabila simati ada meninggalkan waris lelaki dan waris perempuan yang sama darjat di mana bahagian mereka telah ditetapkan iaitu bahagian lelaki dua kali bahagian perempuan.
Mereka yang mendapat asobah jenis ini terdiri daripada empat golongan. iaitu :
- anakperempuani + anak lelaki
- cucu perempuan + cucu leleki dari anak lelaki
- saudara perempuan seibu sebapa + saudara lelaki seibu sebapa
- saudara perempuan sebapa + saudara lelaki sebapa
waris
|
bahagian
|
24
|
72
|
Isteri
|
1/8
|
3
|
9
|
ibu
|
1/6
|
4
|
12
|
bapa
|
1/6
|
4
|
12
|
al
|
asobah
|
13
|
13
|
ap
|
26
|
C) Asobah bserta orang lain (asobah maal ghairi)
maksudnya : waris wanita tertentu iaitu saudara perempuan seibu sebapa atau saudara prerempuan sebapa menjadi asobah apabila simati ada meninggalkan beserta anak perempuan atau cucu perempuan,dengan syarat tidak ada saudara lelaki seibu sebapa atau saudara lelaki sebapa yang mengasobahkan saudara perempuan itu menjadi asobah bil ghairi.
Asobah selalunya berkaiantan dengan waris waris lelaki .Akan tetapi sobah jenis ini adalah berkaitan dengan wanita dan mereka tidak memerlukan lelaki untuk menjadi asobah.
Mereka yang menjadi asobah jeni ini adalah :
- saudara perempuan seibu sebapa + anak perempuan seorang atau lebih @cucu perempuan dari anak lelaki
- saudara perempuan sebapa + anak perempuan seorang atau lebih@cucu perempuan dari anak lelaki.
waris
|
bahagian
|
2
|
|
Cucu P
|
1/2
|
1
|
|
Saudara P sisb
|
asobah
|
1
|
TERTIB ASOBAH :
Hanya satu golongan asobah sahaja yang mesti wujud di dalam satu kes faraid.Bagi menentukan siapakah waris asobah yang lebih berhak,hendaklah dilihat kepada kekuatan dari segi pihak,kehampiran darjat dan kekuatan darjat.
No comments:
Post a Comment