Followers

Thursday 13 November 2014

SYARIAH STPM PENGGAL 1 2015/ ULANGAN

                                                        Bahagian A
Jawab 2 soalan sahaja :
1.(a) (i) Dengan mengemukakaan dalil,berikan pengertian wakalah.  [2]
        (ii) Terangkan rukun wakalah.  [4]
   (b) Jelaskan empat keadaan yang boleh membatalkan akad wakalah. [8]
   (c) Berikan ulasan anda tentang amalan wakalah dalam perlantikan peguam syarie di Malaysia [6]

2.(a) Berikan pengertian hibah dan tiga syarat pemberian harta hibah.[4]
   (b) Berikan perbezaan antara hibah al-Umra dengan hibah al-Ruqba.  [8]
   (c) x yang telah disahkan menghadapi  penyakit kanser kronik sempat  menghibahkan separuh hartanya kepada sebuah yayasan anak yatim sebelum meninggal dunia.Bincangkan status hibah tersebut.  [8]

3. (a) (i) Dengan mengemukakan dalil , berikan pengertian talak ba'in. [2]
         (ii) Terangkan bahagian talak ba'in.  [4]
    (b) Jelaskan empat sebab berlaku  talak ba'in [8]
    (c) Sebelum sesuatu permohonan cerai kepada Mahkamah Syariah ,pihak suami dan isteri diminta membuat pengaduan kepada Unit Kaunseling Keluarga di Pejabat Agama Islam untuk diberikan kaunseling terlebih dahulu. Sekiranya tiada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipangjangkan ke Mahkamah syariah.
       Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan tiga kepentingan untuk mendapatkan khidmat kaunseling.[6]

                                                                         Bahagian : B
Jawab dua soalan sahaja.

4, (a) Terangkan  pengertian waris asabah dan dua cara pewarisannya. [6]
    (b) Jelaskan waris asabah bi al-nafsi dan waris asabah bi al-ghairi beserta contoh. [6]
    (c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka yang berikut:
         (i)  Seorang perempuan meninggal dunia dan meningalkan ibu, bapa , tiga orang saudara lelaki seibu sebapa, dan bapa kepada bapa (datuk).    [4]
         (ii) Seorang lelaki meninggalkan dan meinggalkan dua orang isteri , seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan ibu. [4]

5. (a) Terangkan maksud pembahagian harta pusaka secara muafakat dan hukumnya. [4]
    (b) Jelaskan dua syarat pembahagian harta secara muafakat. [4]
    (c) Huraikan pembahagian harta pusaka berikut menurut hukum syarak :
         (i) seorang lelaki meningagal dunia dan meninggalkan seorang isteri , dua orang  anak perempuan, dan empat orang saudara perempuan seibu sebapa. [6]
         (ii) seorang perempuan meninggal dunia dan meninggal suami , dua orang anak lelaki, dan ibu. [6]

6.(a) Terangkan tiga kategori kesalahan takir.  [6]
   (b) Jelaskan empat bentuk hukuman takzir dalam sistem perundangan Islam. [8]
   (c) Seksen 14,Akta keslahan Jenayah Syariah(Wilayah-wilyah Persekutuan)1997 memperuntukan :
        "mana-mana orang lelaki yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya."   [6]

        Huraikan jenis kesalahan jenayah di atas.

Wednesday 12 November 2014

TAJUK RAMALAN HADIS AHKAM 2014(SEM3)

BIL
TAJUK
CATATAN
     1
SAHAM AKHIRAT/7 AMAL JARIAH

2*
KEPERIBADIAN ISTERI SOLEHAH / ISTERI SOLEHAH BAHAGIA
2014
3*
MENGHADAPI ISTERI NUSYUZ /SIFAT ISTERI SOLEHAH

     4
DUA AMALAN DICATAT/ SYUKUR DAN SABAR

5*
ISLAM MENGUTAMAKAN KESIHATAN / MENJAGA PERUT
2014
6*
MUKMIN YANG KUAT / KUAT DAN LEMAH

     7
JUJUR DALAM PERNIAGAAN/JUAL BELI YANG DILARANG

8*
MEMBERI HAK KEPADA YANG BERHAK/RASUAH
2014
9*
KEPIMPINAN MENURUT ISLAM / MUKMIN YG KUAT





TAJUK RAMALAN AYAT AHKAM 2014(SEM3)

BIL
TAJUK
CATATAN
     1
BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA   (AN-AAM : 151-152)

2*
KEADILAN MENUNAI AMANAH      (NISA’ :3-4)
2014
3*
KERUKUNAN RUMAHTANGGA      (NISA’: 34-35)

     4
KONSEP AMAR MAKRUF               (IMRAN:103-105

5*
BERHIAS MENURUT ISLAM             (A’RAF :31-33)

     6*
HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN (BAQARAH: 173-174)
2014
7*
MEMAKMURKAN BUMI  ALLAH      (A’RAF: 54-58)

8*
PENGURUSAN SUMBER ALAM       (NAHLU :10-16)
2014
9
KEWAJIPAN MENURUT PERINTAH  (NAHLU: 90-92)


TAJUK-TAJUK DIJANGKA KELUAR ( SYARIAH ) SEMESTER 1 2014
sama-sama kita doakan semoga apa yang kita rancangkan ini diperkenan oleh Allah S.W.T

MUAMALAT
MUNAKAHAT
JENAYAH
MIRATH
Mukadimah
Tanggungjawab suami isteri
Konsep Jenayah
Asabul Furu’
Khiyar
Penyelesaian krisis RT
Diyat
Kadar
Ijarah
Talak
Kaffarah
Persoalan semasa
Al-rahnu
Rujuk
Takzir

Wakalah
Poligami
Persoalan Semasa Tentang Takzir

Wadiah
Persoalan semasa


Hibah



Wasiat



Tuesday 11 November 2014

Gambar kenangan bersama peserta MTQ tahun 2010.
Ketika ini ustazah mengiringi pelajar bagi pertandingan syarahan agama,  Izudin mendapat tempat kedua di peringkat bahagian kuching ketika itu....

Monday 10 November 2014

Assalamualaikum warahmatullah.....

Mohon maaf kerana sudah  lama ustazah tidak berkongsi di blog ini. Masa dan keadaan yang sibuk di sekolah dan di rumah menyebabkan ustazah tidak mempunyai kelapangan untuk menulis dan memuatkan soalan-soalan Syariah di sini.

Ustazah banyak luangkan masa bersama pelajar-pelajar ustazah di sekolah, kami baru berpindah ke tapak baru  pada awal tahun ini, banyak masa dihabiskan untuk  menghias kelas, bilik-bilik dan tempat-tempat lain untuk akviti baru kami di sini. di tapak sekolah baru ini juga pelajar tidak dapat akses internet dengan baik menyebabkan ustazah rasa tidak perlu untuk kemaskini maklumat dalam blog ini.

Minggu ini pelajar semester 1 STPM 2015  akan menduduki peperiksaan mereka. Bagi subjek Syariah ustazah telah mengadakan tiga kali ujian percubaan sebagai persedian,   semoga mereka telah mendapat persiapan yang mantap untuk peperiksaan pada Khamis ini......amin

Insya Allah esok ustazah akan paparkan tajuk-tajuk  Syariah yang dijangka keluar dalam peperiksaan semester1 STPM 2015.