Followers

Monday 10 November 2014

Assalamualaikum warahmatullah.....

Mohon maaf kerana sudah  lama ustazah tidak berkongsi di blog ini. Masa dan keadaan yang sibuk di sekolah dan di rumah menyebabkan ustazah tidak mempunyai kelapangan untuk menulis dan memuatkan soalan-soalan Syariah di sini.

Ustazah banyak luangkan masa bersama pelajar-pelajar ustazah di sekolah, kami baru berpindah ke tapak baru  pada awal tahun ini, banyak masa dihabiskan untuk  menghias kelas, bilik-bilik dan tempat-tempat lain untuk akviti baru kami di sini. di tapak sekolah baru ini juga pelajar tidak dapat akses internet dengan baik menyebabkan ustazah rasa tidak perlu untuk kemaskini maklumat dalam blog ini.

Minggu ini pelajar semester 1 STPM 2015  akan menduduki peperiksaan mereka. Bagi subjek Syariah ustazah telah mengadakan tiga kali ujian percubaan sebagai persedian,   semoga mereka telah mendapat persiapan yang mantap untuk peperiksaan pada Khamis ini......amin

Insya Allah esok ustazah akan paparkan tajuk-tajuk  Syariah yang dijangka keluar dalam peperiksaan semester1 STPM 2015.

No comments:

Post a Comment