Followers

Thursday 13 November 2014

SYARIAH STPM PENGGAL 1 2015/ ULANGAN

                                                        Bahagian A
Jawab 2 soalan sahaja :
1.(a) (i) Dengan mengemukakaan dalil,berikan pengertian wakalah.  [2]
        (ii) Terangkan rukun wakalah.  [4]
   (b) Jelaskan empat keadaan yang boleh membatalkan akad wakalah. [8]
   (c) Berikan ulasan anda tentang amalan wakalah dalam perlantikan peguam syarie di Malaysia [6]

2.(a) Berikan pengertian hibah dan tiga syarat pemberian harta hibah.[4]
   (b) Berikan perbezaan antara hibah al-Umra dengan hibah al-Ruqba.  [8]
   (c) x yang telah disahkan menghadapi  penyakit kanser kronik sempat  menghibahkan separuh hartanya kepada sebuah yayasan anak yatim sebelum meninggal dunia.Bincangkan status hibah tersebut.  [8]

3. (a) (i) Dengan mengemukakan dalil , berikan pengertian talak ba'in. [2]
         (ii) Terangkan bahagian talak ba'in.  [4]
    (b) Jelaskan empat sebab berlaku  talak ba'in [8]
    (c) Sebelum sesuatu permohonan cerai kepada Mahkamah Syariah ,pihak suami dan isteri diminta membuat pengaduan kepada Unit Kaunseling Keluarga di Pejabat Agama Islam untuk diberikan kaunseling terlebih dahulu. Sekiranya tiada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipangjangkan ke Mahkamah syariah.
       Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan tiga kepentingan untuk mendapatkan khidmat kaunseling.[6]

                                                                         Bahagian : B
Jawab dua soalan sahaja.

4, (a) Terangkan  pengertian waris asabah dan dua cara pewarisannya. [6]
    (b) Jelaskan waris asabah bi al-nafsi dan waris asabah bi al-ghairi beserta contoh. [6]
    (c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka yang berikut:
         (i)  Seorang perempuan meninggal dunia dan meningalkan ibu, bapa , tiga orang saudara lelaki seibu sebapa, dan bapa kepada bapa (datuk).    [4]
         (ii) Seorang lelaki meninggalkan dan meinggalkan dua orang isteri , seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan ibu. [4]

5. (a) Terangkan maksud pembahagian harta pusaka secara muafakat dan hukumnya. [4]
    (b) Jelaskan dua syarat pembahagian harta secara muafakat. [4]
    (c) Huraikan pembahagian harta pusaka berikut menurut hukum syarak :
         (i) seorang lelaki meningagal dunia dan meninggalkan seorang isteri , dua orang  anak perempuan, dan empat orang saudara perempuan seibu sebapa. [6]
         (ii) seorang perempuan meninggal dunia dan meninggal suami , dua orang anak lelaki, dan ibu. [6]

6.(a) Terangkan tiga kategori kesalahan takir.  [6]
   (b) Jelaskan empat bentuk hukuman takzir dalam sistem perundangan Islam. [8]
   (c) Seksen 14,Akta keslahan Jenayah Syariah(Wilayah-wilyah Persekutuan)1997 memperuntukan :
        "mana-mana orang lelaki yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya."   [6]

        Huraikan jenis kesalahan jenayah di atas.

3 comments: