Followers

Tuesday 2 October 2012

TALAK DALAM ISLAM

1) Konsep Talak :

- Pengertian :

Talak dari istilah bahasa bermaksud meleraikan atau melepaskan ikatan. 

Pada istilah syara’ pula bermaksud meleraikan ikatan perkahwinan atau memutuskan akad perkahwinan dengan lafaz talak iaitu menggunakan perkataan yang khusus iaitu lafaz yang terang dan jelas yang membawa maksud talak ataupunmenggunakan lafaz kinayah iaitu lafaz sindiran atau kiasan.

Contohnya :

- Hukum Talak :

- Dalil diharuskan talak :
- Hikmah talak :
  a)
  b)
  c)
  d)
- Rukun talak :

- Syarat sah talak :


Lafaz Talak yang digunakan ;

Lafaz talak terbahagi kepada dua:
  1. Talak Sharih
  2. Talak Kinayah.
Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".
Contoh lafaz yang Sharih:
  1. Aku ceraikan kau dengan talak satu
  2. Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
  3. Hari ini aku ceraikan kau
Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.
Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
  1. Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
  2. Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
  3. Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi
Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.
Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.

Jenis-jenis Talak
Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut:
  1. Talak Raj'ie
  2. Talak Battah
  3. Talak Bain
  4. Menjatuhkan talak tiga sekaligus
  5. Talak Sunni
  6. Talak Bid'i

1. Talak Raj'ie
Talak Raj'ie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak Battah
Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya,
"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"
Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.

3. Talak Bain
Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:
  1. Talak Bain Kubra
  2. Talak Bain Sughra.
Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:
  1. Talak yang diputuskan oleh Hakam
  2. Talak melalui Khulu'
  3. Talak yang difasakhkan oleh Hakim
4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus
Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.
Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.

5. Talak Sunni
Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.
6. Talak Bid'i
Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:
  1. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).
  2. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
  3. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu denganny 

Pembubaran Perkahwinan :

a) Fasakh
b) Khulu'
c) Ta'liq
d) Faraq
e) Talak
f) Li'an


PENGERTIAN FASAKH
  • Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

SEBAB FASAKH
  • Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh ialah:
1. Sebab yang merosakkan akad.
a) Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami pertamanya.
b) Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila baligh minta difasakhkan akad itu.
2. Sebab yang mendatang selepas pernikahan.
a) Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
b) Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah seorang memeluk Islam.
c) Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.
  • Manakala dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka 2002, Seksyen 53 menegaskan lagi sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya fasakh seperti di bawah ini:
    1. Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari setahun.
    2. Suami cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
    3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
    4. Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama tempoh satu tahun.
    5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk.
    6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
    7. Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia mencapai umur enam belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu.
8. Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu antaranya:
a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya.
b) Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan hukum syara‘.
c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
d) Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.
e) Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
f) Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syara‘.
9. Walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan bersetubuh.
10. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara‘.

HIKMAH FASAKH
1. Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya.
2. Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.
3. Menunjukkan keunggulan syari‘at Allah subhanahu wata‘ala yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.
kESAN FASAKH :







KHUL‘ (TEBUS TALAQ)
PENGERTIAN KHUL‘
  • Khul‘ dari segi bahasa bererti melepas atau menanggalkan. 
  • Manakala dari segi syara‘ pula ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami. 
  • Contohnya suami berkata “Aku talaqkan kamu dengan bayaran sekian banyak” atau isteri berkata: “Aku menebus talaq ke atas diriku dengan bayaran sekian banyak”.DALIL PENSYARI‘ATAN KHUL‘
  • Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Talaq (yang boleh diruju‘ kembali) hanya dua kali. Sesudah itu peganglah (ruju‘) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)


SYARAT SAH KHUL‘
  • Syarat sah khul‘ adalah seperti berikut:
1. Suami: Baligh, berakal, mukhtar (bebas) melakukan khul‘ bukan dipaksa.
2. Isteri: Hendaklah seorang yang boleh menguruskan harta dan mukallaf.
3. Lafaz khul‘: Hendaklah disebut dengan terang.
4. Bayaran khul‘: Hendaklah dijelaskan dengan jumlah yang tertentu.
  • Peringatan: 
    Walaupun isteri mempunyai hak untuk memohon fasakh dan khul‘, tetapi Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam menuntut agar ia tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
  • Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:
Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)


PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI KHUL‘

· Di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 49 ada menerangkan bahawa:
Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai denagn tebus talaq, Mahkamah hendaklah selepas sejumlah tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, menasihatkan suami itu melafazkan perceraian dengan tebus talaq mengikut hukum syara‘, dan perceraian itu adalah bain sughra dan tidak boleh diruju‘kan.
PENGERTIAN TA‘LIQ
  • Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut.

SYARAT TA‘LIQ
  • Syarat jatuh cerai ta‘liq :
1. Suami: Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-kata ta‘liq.
2. Belum berlaku: Hendaklah ta‘liq ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara yang mungkin berlaku.
3. Isteri: Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah).
  • Contohnya suami berkata kepada isteri: “Jika engkau keluar dari rumah ini sepanjang ketiadaan aku, jatuhlah talaq engkau” atau “Apabila engkau pergi ke rumah si anu, jatuhlah talaq” atau “Manakala engkau pergi ke sana tanpa izinku jatuh talaq” atau sebagainya.
  • Apabila berlakunya perkara yang bertentangan dengan syarat yang dilafazkan, maka terjatuhlah talaq menurut hukum syara‘.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI TA‘LIQ
  • Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50, seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut syarat-syarat ta‘liq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz ta‘liq tersebut:
1. Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut.
2. Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut.
3. Menyakiti tubuh badan isteri.
4. Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut- turut.
 PENGERTIAN LI‘AN
  • Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.
  • Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.
  • Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”. 
  • Firman Allah subhanahu wata‘ala:
“Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.”
(Surah An-Nur, 24:6-9)


KESAN LI‘AN
  • ·Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa:
“Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li‘an mengikut hukum syara‘ di hadapan seorang hakim syar‘i, atas penghakiman, maka hakim syar‘i itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.”
  • Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.
  • Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.
  • Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya.
(Riwayat Daruqutni)

16 comments:

  1. salam ustazah.....

    -----SITUASI PERTAMA------

    si suami ingin ke kedai, dan jika isterinya bertanya “abg pergi kejap ye?” suami berkata “em.”

    maksud isteri adalah pergi ke kedai dan suami mengetahuinya, adakah kiranya itu lafaz kinayah kalu suami niat cerai waktu itu (suami berkata dalam hati nak pergi)


    -----SITUASI KEDUA---------

    si isteri sedih sebab tidak dapat melaksanakan tugasan di tempat belajarnya kemudian berkata pada suami "saya nak minta tolong siapa ni"

    dalam keadaan marah suami berkata "suruh khai ajar @ tanyalah khai esok".

    Adakah ianya lafaz kinayah jika suami berniat cerai pada ketika itu dengan berkata dalam hati pergi jela pada khai tu? Khai adalah kawan lelaki si isteri

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, apa hukum nya apabila suami saya telah melepas kan kata " awak pergilah kahwin dgn org lain" dgn nada marah dan serious.

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum
    semalam sy ad selisih fhm dgn suami
    kemuadian suami berkata 'dosa ku adalah dosaku..kau takde kena mngena dgn dosaku'
    adakah jatuh talak ?
    kemudian sy bgahu suami yg talak telah jatuh kerana sy mnygka talak jatuh selepas dia berkata demikian
    kemudian suami menjawab ' betulkaah? kalau kau rasa mcm tu..terpulang dengan kau lah"
    boleh beri sy penjelasan ustazah

    ReplyDelete
  4. Salam ustazah adakah jatuh talak jika si suami mengatakan "sy kene cerai dh dgn awak" kpd isterinya..mohon penjelasan

    ReplyDelete
  5. Salam ustazah adakah jatuh talak jika si suami mengatakan "sy kene cerai dh dgn awak" kpd isterinya..mohon penjelasan

    ReplyDelete
  6. Senyap je tuan tanah ni.. Jawap la soalan2 yg ditanya tu..

    ReplyDelete
  7. Assalammu'alaikum ust..Ya Allah..rindu nya kat usth..teringat usth ajar subjek ni time f6 dulu..hehhee..best sgt..senang nak faham..terima kasih usth..kemah keming nota ni..sangat membantu..

    ReplyDelete
  8. salam ustzah.. sya nak mnta penjelasan . suami saya menceraikan saya talak satu. dan dia mengulangi percakapannya semata mata mahu memberitahu kpd ibu bapa sya dan mengulangi sekali lagi dihadapan adik2 saya,org tua saya beranggapan sudah jatuh talak 3. dan selepas itu dia meminta rujuk dgn memegang kepala sya tanpa saksi. persoalannya skrg,,adakah dgn mengulangi ucapan talak satu itu sudah jatuh talak 3???? bagaimana dgn rujuk selepas 3 kali ulang?

    ReplyDelete
  9. salam ustzah.. sya nak mnta penjelasan . suami saya menceraikan saya talak satu. dan dia mengulangi percakapannya semata mata mahu memberitahu kpd ibu bapa sya dan mengulangi sekali lagi dihadapan adik2 saya,org tua saya beranggapan sudah jatuh talak 3. dan selepas itu dia meminta rujuk dgn memegang kepala sya tanpa saksi. persoalannya skrg,,adakah dgn mengulangi ucapan talak satu itu sudah jatuh talak 3???? bagaimana dgn rujuk selepas 3 kali ulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam nurul dan anak-anak yang bertanya, maafkan ustazah sebab baru tengok persoalan nurul ini.sebenarnya ustazah tak perasan ada persoalan-persoalan yg dikemukan sebab ustazah sediakan blog ini untuk anak-anak pelajar ustazah sahaja. untuk menjawab persoalan secara terbuka di sini ustazah tidak ada otoriti untuk berbuat demikian. anak-anak boleh bertanya kepada orang yang ahli dalam bidang ini seperti jabatan agama terdekat , atau pun boleh juga kemukakan persoalan melalui emal ustazah. Insya Allah ustazah cuba jawab.

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. salam ustazah..lafaz "aku lepaskan kau" termasuk jelas atau kinayah ye?

    ReplyDelete
  12. Bagai mana suami tidak melafazkan talak terapi berniat dlm hati melafazkan... Dan tidak dilafazkan pada isteri... Adakah jatuh talak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm bercakap dgn dri sendiri maksud saya.....

      Delete
  13. Assalamualaikum...sya mnta pncerahan...klu suami ckp aku mnyesal kawin ngan kau...aku stay pun sbb ank2...adakah jatuh talk...

    ReplyDelete
  14. Saya tidak mengizinkan isteri untuk berjudi. Dan saya telah mengingatkan kepada isteri bahawa jika dia bermain judi maka saya akan menceraikannya. Akhirnya saya dapat tau dan terbukti yang isteri saya tetap berjudi lagi. Maka adakah talaq telah jatuh keatas isteri saya dan bagaimana caranya untuk menghalalkan semual ikatan perkahwinan kami?

    ReplyDelete