Followers

Sunday 1 September 2013

KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN
TAJUK INI ustazah petik dari  repo.uum.edu.my

Ahmad Shamsul Dato’ Abd Aziz’ berkata :
Harta merupakan sesuatu yang diingini oleh tabiat semulajadi manusia dan
boleh disimpan untuk sesuatu tempoh masa. Dengan harta juga seseorang itu
boleh menggunakannya sebagai modal bagi menjalankan sesuatu perniagaan.
Antara sumber pendapatan yang paling penting ialah melalui perniagaan,
pertukangan dan pertanian. Ha1 ini, walaupun boleh dilakukan secara
perseorangan, kebiasaannya ia memerlukan kerjasama pihak lain. Oleh itu,
maka diperundangkan syarikat di dalam syariah yang diturunkan oleh Allah
s. w. t. Organisasi syarikat boleh diwujudkan apabila terdapat dua atau lebih
pihak yang sanggup berkongsi dalam menjalankan sebuah perniagaan. Artikel
ini akan membincangkan mengenai konsep syarikat di dalam perundang Islam.

PENDAHULUAN
Dalam konteks hubungan manusia dengan harta, menerusi konsep perkongsian telah
membawa kepada penubuhan satu entiti perniagaan yang dikenali sebagai ‘as-syarikah’
atau ‘musyarakah’ atau ‘syarikat’. Aktiviti perniagaan seperti ini bukan sekadar satu
perkongsian semata-mata tanpa adab dan peraturan, tetapi syarikat di dalam sistem
ekonomi Islam merupakan satu kaedah yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah
s.a.w. Syarikat ditubuhkan untuk menggerakkan harta melalui penggabungan harta
tersebut dengan sumber manusia supaya ia terus berkembang dan dapat dimanfaatkan
untuk pembangunan individu pemilik harta tersebut khususnya dan masyarakat
umumnya.

MAKSUD SYARIKAT :
Secara etimologi, ‘as-syarikah’ bererti percampuran antara sesuatu dengan yang lain sehingga sukar dibezakan (Rahman Ritonga, 1999).

Manakala ‘syarikah’ mengikut
penggunaan umum bahasa Arab pula membawa erti menggabungkan dua perkongsian
sebagai satu cara untuk membuatkan keduanya tidak boleh dibezakan (Ala’Eddin
Kharofa, 1 997). Walau bagaimanapun jumhur ulama tidak mensyaratkan ‘percampuran’
sebagai satu elemen yang membentuk definisi ‘syarikah’, sebaliknya memberi tumpuan
tentang konsep kontrak yang mendasari sesuatu entiti perniagaan itu (Gulf Legal
Services, 200 1 ).

 Para fuqaha pula memberikan pelbagai definisi tentang istilah syarikat.
Ulama Maliki mentafsirkan syarikat sebagai izin kedua pihak yang bersyarikat bagi pengurusan harta milik mereka dan setiap pihak mempunyai hak pengurusan (Say id
Sabiq, 1990).

Ulama Ham bali pula mentakrifkan syarikat sebagai perhimpunan dalam
memperolehi hak atau ‘tasarruf atau kuasa pengurusan (Ala’ Eddin Kharofa, 1997).

Ulama Syafie menyatakan syarikat sebagai sabit hak pada sesuatu bagi dua orang atau
lebih secara bersama.

 manakala ulama Hanafi menjelaskan syarikat sebagai suatu kontrak
antara dua orang yang berkongsi modal dan untung (Wahbah Zuhaili, 2000).

Pada hakikatnya, definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha menunjukkan
terdapatnya unsur kerjasama dan perkongsian sama ada dalam bentuk hak pengurusan
mahupun hak keuntungan. Namun begitu, definisi yang dikemukakan oleh ulama Hanafi
kelihatan lebih menyeluruh kerana ia mengungkapkan syarikat sebagai suatu kontrak
dengan sendirinya mewujudkan konsep hak dan tanggungjawab yang mengikat,
sedangkan definisi yang lain lebih menjurus kepada tujuan atau kesan kontrak itu sendiri.
Pemakaian konsep syarikat atau perkongsian sebagai suatu kontrak bukan sahaja terpakai
kepada umat Islam, malahan konsep ini telahpun bertapak di zaman purba Rom di mana
undang-undang Rom kuno telah mendefinisikan syarikat sebagai suatu kontrak yang
dibuat secara sukarela yang akan mendatangkan tanggungjawab eksklusif kepada pihak-
pihak yang berkontrak seperti kontrak jual-beli dan sebagainya.

HUKUM SYARIKAT DALAM ISLAM

Menurut para ulama Fiqh, adalah hams mengadakan perkongsian atau syarikat.
Pensabitan hukum harus ini berdasarkan kepada dalil AI-Quran, Sunnah dan Ijma’. Di
dalam AI Quran, konsep ‘perkongsian’ dinyatakan dalam bentuk perkongsian di dalam
pembahagian harta perwarisan. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 12 yang
membawa erti “Maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama
banyak lelaki dari perempuan). Manakala di dalam surah Sad ayat 24, Allah menerangkan
tentang bagaimana rakan kongsi memperlakukan rakan-rakan kongsi yang lain,
iaitu finnan Allah,
‘‘ ... Sesungguhnya kebanyakan orang yang bergaul dan berhubungan (dalam
pelbagai Iapangan hidup), sesetengahnya berlaku zalim kepada sesetengah yang
lain, kecuali orang yang beriman dan beramal salih .. . ”
Di samping nas AlQuran, terdapat sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan daripada
Abu Hurairah r.a, beliau mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan yang Allah s.w.t
ber fi rm an,

‘’ Aku (Allah) adalah orang ketiga bersama-sama dengan rakan kongsi, selama
masing-masing tidak mengkhianati yang lain maka Aku meninggalkan mereka
berdua. ”
Berdasarkan hadis ini, jelaslah Allah s.w.t telah berjanji bersama-sama menjaga dan
memelihara pihak-pihak yang berkongsi itu selama mereka saling jujur dan amanah di
dalam perniagaan mereka. Berdasarkan nas-nas ini, maka ijma’ ulama sepakat
mengharuskan kontrak syarikat memandangkan Allah sendiri telah berjanji untuk
bersama-sama rakan kongsi yang jujur dan amanah serta berlandaskan hukum-hukum
syariah dalam perniagaannya.

JENIS-JENIS SYARIKAT :

Secara umumnya, para ulama’ Fiqh membahagikan syarikat kepada 3 bentuk iaitu:

a) Syarikat Milik (Syarikat Amlak)
b) Syarikat Kontrak (Syarikat Uqud)
c) Syarikat Ta;min

Syarikat Milik bermaksud “dua orang atau lebih memiliki suatu barang tanpa
kontrak”. Syarikat Milik ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu:

i) Syarikat Pilihan (Syarikat Ikhtiar) - pihak-pihak bersetuju untuk berkongsi
pemilikan ke atas sesuatu barang dengan kerelaan sendiri.
ii) Syarikat Tanpa Pilihan (Syarikat Jabar) - timbulnya persyarikatan bukanlah
atas dasar pilihan pekongsi seperti barang perwarisan.

Syarikat Kontrak/uqud pula berlaku di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi dan
turut serta dalam perniagaan dengan menyumbangkan sama ada modal atau tenaga untuk
berkongsi di antara mereka apa-apa keuntungan atau kerugian (Razali Nawawi, 1999).

Perbincangan dalam artikel lebi h menjurus kepada Syarikat Kontrak kerana syarikat
jenis ini yang seringkali diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut Mazhab Hambali,

 Syarikat Kontrak terbahagi kepada lima bahagian iaitu

syarikat al-Inan
(penggabungan harta atau modal dua orang atau lebih yang semestinya sama banyak),

Syarikat Al-Mufawadah (syarikat yang mana modal, kerjasama dari segi kualiti dan
kuantiti dan keuntungan antara rakan kongsi adalah sama rata),

Syarikat AI-Abdan
(syarikat dalam bentuk perkhidmatan),

Syarikat AI-Wujuh (syarikat tanpa modal) dan

Syarikat Al-Mudharabah (bentuk kerjasama antara pemilik modal dengan pengusaha
supaya memperniagakan modal dan keuntungan dibahagi bersama).

 Namun begitu, mazhab Maliki dan Hanafi tidak memasukkan Syarikat AI-Mudharabah sebagai
sebahagian Syarikat Kontrak.

 Manakala ulama Hanafi pula hanya membahagikan kepada
tiga kategori iaitu Syarikat Al-Amwal, Syarikat AI-A’mal dan Syarikat AI- Wujuh.
Ketiga-tiga syarikat ini memiliki ciri-ciri yang sama dengan Syarikat Al-Inan dan AI-
Mufawadah.

Rukun-rukun bagi Syarikat Kontrak pula terbahagi kepada tiga iaitu :
- dua pihak yang berkontrak (pemegang-pemegang saham),
- perkara yang dikontrakkan dan lafaz akad. (Wahbah Zuhaili, 2000).
Tanpa memenuhi ketiga-tiga rukun tersebut, sesebuah syarikat itu menjadi tidak sah.

SYARAT-SYARAT UMUM SYARIKAT KONTRAK (UQUD)
Terdapat empat syarat umum yang patut ada pada Syarikat Kontrak (BIMB Institute
of Research and Training (BIRT), 1998) iaitu:
- boleh menerima perwakilan - seorang rakan kongsi memberi kuasa pengurusan
kepada rakan kongsinya yang lain sama ada untuk membeli, menjual atau
menerima kerja.
- nisbah keuntungan di antara rakan kongsi dinyatakan dengan jelas di majlis
akad
- keuntungan itu hendaklah bersifat umum dan bukannya dalam jumlah tetap.
Contohnya seperti menetapkan untung bagi salah seorang dari rakan kongsi sebanyak
RM 100 atau RM 1000. Rasionalnya ialah kerana dikhuatiri kemungkinan jumlah
tersebut tidak memadai dengan modal dan usaha yang disumbangkan.
- Keuntungan diambil daripada hail laba perniagaan syarikat dan bukan
daripada harta lain.

Syarat-syarat in i amat penting dalam menentukan keesahan sesebuah kontrak
mengikut hukum syarak. Ketidaktentuan dan kejahilan mengenai perkara yang
dikontrakkan akan menyebabkan kontrak itu menjadi ‘fasid’ atau terbatal.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN KONTRAK
\
SESEBUAH SYARIKAT
Terdapat dua perkara yang mem batalkan kontrak syarikat iaitu:-
i) perkara yang secara umumnya membatalkan kesemua jenis syarikat;
ii) perkara yang khusus membatalkan sesetengah syarikat sahaja.


Perkara umum yang membatalkan Kontrak Syarikat:

- Syarikat difasakhkan oleh salah seorang rakan kongsi.
- Kematian salah seorang rakan kongsi.
- Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari ke negara musuh.
- Rakan kongsi menjadi gila secara berterusan.
- Perkara khusus yang membatalkan Kontrak Syarikat:
- Tidak ada persamaan di antara dua modal khususnya bagi Syarikat al-Mufawadah.
- Kerosakan harta syarikat seluruhn ya atau kerosakan harta salah seorang
daripada rakan kongsi sebelum dimulakan pembelian sesuatu.

SYARIKAT SEBAGAI INSTRUMEN SISTEM KEWANGAN ISLAM

Penubuhan syarikat yang paling baik dan diutamakan dalam Islam ialah perkongsian
sesama muslim kerana diandaikan setiap muslim mempunyai akhlak yang terpuji dan
memahami tanggungjawab masing-masing (Ismail Omar, 2000). Walau bagaimanapun,
perkongsian atau penubuhan syarikat di antara muslim dan bukan muslim dibolehkan
juga selagi kedua-dua pihak berada dalam rukun kedamaian serta memenuhi syarat-syarat
yang tidak bercanggah dengan syariah. Selain daripada itu, ia dibolehkan dalam keadaan
tidak ada atau susah mendapatkan umat Islam yang berupaya menerokai atau memajukan
perniagaan secara aktif. Oleh yang demikian, boleh diadakan perdamaian dengan orang-
orang musyrik apabila mereka memperolehinya dan tidak diperolehi kaum muslimin)
(Imam Syafie, 1982)


1 comment:

  1. Mengapa apabila seseorang rakan kongsi murtad, syarikat akan
    terbatal?

    ReplyDelete