A. HUKUM
HUDUD
1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti
menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi
istilah hudud ditakrifkan sebagai
keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib
dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda
sama ada dikurang atau ditambah.
Jumhur ulamak
: mengatakan ialah keseksaan atau hukuman yang ditetapkan oleh syarak,yang
wajib ilaksanakan kerana melanggarkan hak Allah dan hak manusia.
© Dalil pengharaman
:
Surah
al-baqarah : 229 /187
Maksudnya;
“Itulah
hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan
sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim”
(d) Hukum : haram
(e)
Hikmah disyariatkan hudud :
-
Memelihara manusia dari melakukan kekacauan
-
Memelihara manusia dari tercemar dengan dosa
-
Memelihara keturunan dan maruah
-
Memelihara akal,harta benda dan kesucian agama dari
dicabuli.
2. Jenis-jenis jenayah
hudud dan hukumannya
(a) Zina;
Persetubuhan
haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat
100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga
mati.
Hukum : Haram,sangat keji dan merupakan dosa
besar.
Dalil :
a)
Firman Allah :
b)
Syarat-syarat wajid had Zina :
a)
Penzina yang cukup umur:
b)
(b) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti
terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh
menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
(d) Mencuri;
Mengambil harta orang lain
secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
(e) Merompak;
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukuman :
sekiranyamembunuh
hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara (f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan
perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
#
Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajibdikenakan hukuman hudud tanpa sebarang
pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
B.
HUKUM QISAS
1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi
bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak
bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan
Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak
individu.
2. Jenis
jenayah qisas;
Kesalahan-kesalahan yang
diwajibkan hukuman qisas ialah
membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti
mencederakan mata, hidung dan telinga.
3. Hukuman
terhadap kesalahan qisas;
Mengikut hukum
qisas seseorang penjenayah mesti
diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya.
Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat
itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan
hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi
dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi
sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa
baginya” (Surah al-Maidah
ayat 45)
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan
jenayah sebagai ganti qisas.
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
a ) wang emas = 1000
dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham c) lembu = 200 ekor d) kambing = 2000 ekor e) Persalinan = 200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh)
yang terdiri drp ;
a) 30 ekor Juz'ah (unta
berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun) c) 40 ekor Hulqah
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas
@ diat. Diathanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh
dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh
ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100
ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
a)
20 ekor Juz'ah (unta berumur 5
tahun)
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun) c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun) d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun) e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun) # Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.
* Diat perempuan 1/2 drp diat
lelaki
* Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
# Pembunuhan Sengaja
ialah membunuh dengan niat.
# Pembunuhan Separuh Sengajaialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya) # Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan. # Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b.
Diat jenayah mencederakan anggota
1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta
untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100
unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.
3. 33 ekor unta
untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta
untuk luka Al-Ma'muumah( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta
untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu
kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta
untuk luka Al-Hasyimah(luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta
untuk luka Al-Munqilah(luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya
sehingga tergeser dari tempatnya).
8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta. 9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah@ Muwadhdhohah(luka yang menampakkan tulang)
C. HUKUM TA’ZIR
1. Pengertian ta’zir.
(a) Dan segi
bahasa ta’zir bererti menolak atau
menghalang.
(b) Dan segi istilah
ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat
atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman
keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas
orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak
cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
2. Kesalahan-kesalahan
yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau
qisas yang tidak cukup bukti untuk
dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan
khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan
yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi,
rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
3.
Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
(a) Nasihat;
Menasihati orang yang melakukan
kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa
akan datang.
(b) Teguran;
Teguran rasmi yang dilakukan oleh
hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan
tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki
dirinya.
(c) Ancaman;
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas
sebab takut dikenakan hukuman.
(d) Pemulauan;
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya
ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat
dengan orang lain dalam masyarakat.
(e) Perisytiharan umum;
Membuat pengisytiharan
kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa
tertekan dan malu yang amat sangat.
(f) Denda
dan merampas harta;
Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki
oieh penjenayah.
(g) Penjara;
Mengenakan hukuman penjara dalam
tempoh tertentu mengikut pertimbangan
realiti smasa.
(h) Sebat;
Mengenakan hukuman sebat kepadapenjenayah dengan jumlah
sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.
(i) Bunuh;
Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi
menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
(j) Buang daerah;
Hukuman ini dikenakan supaya
penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat
handai.
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya
jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
(b) untuk
memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat
daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi
pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
(c) untuk membersih dosa penjenayah dan
menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
(a) Undang-undang jenayah
Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang
membunuh
dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
(b) Hukuman
jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai
takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman
dan sejahtera.
(c) Hukuman
jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang
ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan
menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan
dalam masyarakat.
|
Followers
Monday 7 May 2012
HUDUD,QISAS,TA'ZIR,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment