Bahagian A : Muamalat dan Munakahat
Jawab dua soalan sahaja.
1. (a) Berikan pengertian riba dan kemukakan dalil mengenainya. [4]
(b) Berikan maksud riba hutang,dan jelaskan dua jenis riba hutang beserta contoh. [10]
(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi kes berikut :
(i) A telah membuka akaun simpanan di salah sebuah bank yang telah menetapkan bahawa kadar keuntungan ialah sebanyak 5 peratus setiap tahun. [3]
(ii) B telah menyimpan sebanyak RM1000.00 di sebuah bank tanpa menetapkan sebarang keuntungan.Namun begitu,setelah genap setahun B mendapati bahawa simpanannya telah bertambah sebanyak RM1100.00. [3]
2. (a) Terangkan tiga keadaan yang memerlukan wali hakim. [6]
(b) Jelaskan empat syarat yang membolehkan seorang bapa memaksa anaknya berkahwin. [8]
(c) Berikan hukum dan jelaskan alasan bagi perkahwinan tanpa kebenaran untuk kes yang berikut :
(i) Seorang perempuan berkahwin dengan berwalikan wali hakim di luar mukim yang jaraknya 45 km dari kediaman bapanya. [3]
(ii) Seorang perempuan berkahwin di Narathiwat,Thailand tanpa kebenaran bapanya. [3]
3. (a) Berikan pengertian iddah dan dua hikmah pensyariatannya. [6]
(b) Jelaskan empat hak yang diberikan kepada seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. [8 ]
(c) Dengan memberikan alasan,huraikan hukum bagi kes berikut :
(i) D yang baru setengah jam bergelar isteri telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu sebaik sahaja diberitahu bahawa isterinya pernah bersekedudukan dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka. [3]
(ii) E meninggal dunia di majlis perkahwinannya dengan isteri kedua dandisaksikan oleh iseri pertama. [3].
Bahagian B : Mirath dan Jenayah
4 (a) Dengan memberikan contoh,terangkan jenis al-hajbu. [6]
(b) Jelaskan tiga perbezaan antara al-hajbu dengan al-man'u [6]
( c) Huraikan pembahagian harta pusaka bagi kes yang berikut :
(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri,bapa dan dua orang anak perempuan. [ 4]
(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami,ibu kepada ibu(nenek sebelah ibu),dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa. [ 4]
5. (a) Dengan memberikan dalil,terangkan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman qisas. [5]
(b) Qisas merupakan suatu hak yang boleh diwarisi.Bincangkan pendapat ulamak tentang pelaksanaan hukuman qisas.
(c) F telah menumbuk G kerana mencuri kasutnya.Tiba-tiba,G rebah dan disahkan meninggal dunia.
Huraikan keslahan jenayah dan jenis diyat bagi kes di atas. [ 6 ]
6 ( a) Terangkan syarat pelaksanaan hukuman terhadap jenayah riddah. [9]
( b) H meminta J menjaga lad ATMnya ketika dia menyertai satu ekspidisi ke Gunung Kinabalu. J mengetahui nombor pin kad tersebut keran dia pernah diberitahu oleh H. J telah mengambil sejumlah wang daripada kauan H tanpa pengetahuannya dengan untuk mencuri.
Jelaskan hukum dan alasan bagi kes diatas. [ 5 ]
( c) Huraikan perkaitan antara matlamat pensyriatan hudud dengan daruririyat al-khamsah [6].
No comments:
Post a Comment