STPM 2014, SYARIAH ULANGAN KERTAS 2 PENGGAL2
Bahagian A : Usul Fikah (40 markah)
1(a) (i) Dengan memberikan dalil,berikan pengertian ijmak. [2]
(ii) Terangkan jenis ijmak. [4]
(b) Jelaskan pandangan ulama tentang kehujahan satu daripada jenis ijmak tersebut. [6]
(c) Bincangkan pandngan ulama tentang sandaran ijmak sebagai sumber hukum. [8]
2(a) Dengan memberikan dalil,terangkan pengertian istihsan. [3]
(b) Dengan memberikan contoh,jelaskan empat bahagian istihsan. [8]
(c) Bincangkan pandangan ulama usul fiqh tentang kedudukan istihsan dalam perundangan Islam.
[9]
3(a) Berikan pengertian taqlid dan terangkan hukum bertaqlid dalam masalah fiqh. [6]
(b) Jelaskan pengertian talfiq dan hukumnya menurut pandangan Islam. [6]
(c) Berdasarkan kaedah taqlid dan talfiq,bincangkan pandangan ulama tentang pembayaran zakat
fitrah dengan wang. [8]
Bahagian B : Kaedah Fiqh [40 markah]
4(a) Terangkan maksud kaedah al-Umur bi Maqasidiha beserta dalil. [6]
(b) Jelaskan peranan niat, masa perlu niat, dan mengapakah sesetengah amalan tidak perlu kepada
niat? [8]
(c) " Seorang pelajar bersumpah bahawa dia tidak akan bermain bola, tetapi dia berniat untuk bermain bola keranjang, kemudian dia bermain bola sepak apabila diajak oleh kawan-kawannya. " Dengan menggunakan kaedaah terbitan daripada kaedah al-Umur bi Maqasidiha, huraikan hukum bagi masalah tersebut. [6]
No comments:
Post a Comment